Tuesday, March 31, 2009

boleh-tak-kau-diam-?

hidup di kolej yang membosankan,
sungguh kau tidak menipu,
tetapi apa kan daya,
terpaksa juga kau lalui,
dengan hari-hari yang menyesakkan,
minat sebenar mu.

di sebalik cita-cita yang tebal,
tak dapat kau sangkal,
darah muda memang begitu.

kau,
kau telah hilang tempat mencurah,
bukan hilang,
lebih tepat, tidak pernah ada!

di kolej ini,
kau menahan rasa mu,
kau sorokkan, penuh padat.

jelas caturan kau dahulu,
ternyata salah silap!

menyampah cuba menyumpah.

Saturday, March 28, 2009

jangan-mula-lupa

Oslo 1993

1. Rakyat Palestin akan diberikan pemerintahan autoriti di Gaza dan Tebing Barat selama lima tahun.
2. Sebelum bermulanya tahun ketiga pemerintahan autoriti, sempadan terakhir akan diletakkan bagi Gaza dan juga Tebing Barat. Ia akan menjadi sempada kekal berdasarkan Resolusi Majlis Keselamatan 242 dan 338.
3. Dalam tempoh dua bulan daripada tarikh perjanjian, kedua-dua belah pihak hendaklah bersepakat mengundurkan rejim Zionis daripada Gaza dan Jericho.
4. Selepas sembilan bulan daripada pemerintahan autonomi, satu pilihanraya perlu diadakan bagi memilih kerajaan PA yang berkuasa di wilayah autonomi. Menjelang pilihan raya itu, tentera rejim Zionis (IDF) perlu berudur dari kawasan penempatan rakyat Palestin.
5. Kerajaan autonomi Palestin hanya berkuasa di Gaza dan Tebing Barat sahaja. Namun, mereka tidak boleh mencampuri urusan hubungan luar dan juga tidak boleh membina kekuatan bagi menangkis ancaman dari luar. Mereka juga tidak berkuasa di kawasan penempatan Zionis di Gaza dan Tebing Barat. Mereka juga tidak mempunyai hak ke atas Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa.
6. Rejim Zionis atau kerajaan Israel mempunyai kuasa veto bagi membatalkan apa-apa keputusan yang dibuat oleh Majlis Legaslatif PA.
7. Apa yang tidak dapat diselesaikan melalui perjanjian damai dapat diselesaikan melalui rundingan bersama yang lain.

Ditandatangani oleh Mahmoud Abbas, mewakili pihak Palestin, dipilih oleh Arafat (arwah).

Berhubung kes ini, HAMAS bertindak dengan matang. Semenjak hari pertama penubuhannya, HAMAS berikrar supaya tidak menumpahkan darah rakyat Palestin walau apapun keadaannya. HAMAS tetap mengotakan janji mereka (ibid). Tempoh selepas Oslo 1993 menyaksikan bagaimana HAMAS melakukan strategi pyramid atau segi tiga dalam membalas tindakan PA. Setiap serangan ataupun penangkapan yang dilakukan oleh PA akan dibalas dengan serangan ke atas kepentingan Zionis. Sekiranya pihak keselamatan PA mengenakan tindakan yang keras, semakin hebat akibat yang akan diterima oleh pihak Zionis.

Sumber; HAMAS, daripada underground kepada parti pemerintah.

lidah-mudah-ludah

dari,
sistem demokrasi,
tidak kan wujudnya,
perpaduan,
tidak kan.

bagi-ku.

mereka bercakap,
sambil melupakan sejarah,
dengan tidak membaca dan merujuk,
hanya logik,
sumber dari pengalaman,
yang lebih cetek,
dari air longkang!

bercakap penuh semangat,
berdasarkan pengalaman,
yang mudah, sungguh!

tanpa payah,
tidak langsung lelah.

kepompong logika,
longkang kecil.

Tuesday, March 24, 2009

negara-polis

jumaat lepas,
berkesempatan untuk,
bersolat di masjid negara.

mendengar khutbahnya,
sambil cuba mencuri,
roh yang mula pudar.

tok imam,
dengan semangat,
membaca dan terus membaca,
apa yang diberi.

membaca dan terus membaca.

sempena hari polis,
25 mac 2009 ini,
pihak masjid mengucapkan,
ribuan terima kasih,
serta tahniah,
kerana mereka taat,
dan membuat kerja!











sumber gambar; telefon-mobil-ku, serta blog-blog lain (tidak pasti).
harap tiada saman-menyaman.

Monday, March 23, 2009

percubaan-pertama-revolusi

aku cuba tidak,
hanya-tahu-cakap-sahaja.

hari ini,
percubaan pertama.

diet-ku,
hanya,
roti dan 'susu'.

benar-benar aku lupa,
sumpah dan sungguh!

aku minta tolong,
ain beli milo.

maaf,
milo produk nestle.

aku ingin boikot,
dan tidak juga ingin membazir.

tidak kali kedua.

Friday, March 20, 2009

revolusi-tak-tertangkap

aku suara penyair dari dunia 'kan datang,
zamanku sendiri tak faham maknaku mandalam,
Yusufku bukanlah sedia bagi pasar ini,
putus harapku dari kawan-kawanku lawas,
Gunung Sinaiku menyala bagi Musa yang akan datang,
samudera mereka diam dan tenang penaka embun,
tapi embunku gelisah penaka taufan membadai,
laguku dari alam lain, bukan seperti senandung mereka,
gentaku ini memanggil musafir lain,
ayuh kawan ikut bertemasya.

Muhammad Iqbal, Asrar-I Khudi

Wednesday, March 18, 2009

sembuh dan mula tumbuh

Hujan turun dengan lebatnya,
Semalam,
Tetapi hari ini tidak lagi.

Cuaca cantik,
Saya tak tipu,
Sungguh, cuaca izinkan kita,
Kali ini saya jujur.

Saya nak kita keluar,
Lihat dia terbenam,
Cantik, maha ayu mataharinya,
Tetapi apa kan daya,
Saya mampu tunjuk,
Dari dalam bas sahaja.

Hehe,

Sayang
sangat comel.

Kenapa?
Nampak sedih saja?
Esok kan masih ada?

Saya janji,
Saya bangun awal,
Kita jumpa awal,
Kita seronok awal.

Nampak gembira,
Walaupun saya tetap,
Bangun lambat.

Jalan-jalan,
Makan-makan,
Rehat-rehat,
Lihat-lihat,

Suka,
Kita tak lagi luka,
Sembuh,
Dan mula tumbuh.

Banyak kejutan,
Saya cuba beri,
Cuba juga saya berlawak,
Bersungguh benar,
Nampaknya.

Kehangatan itu,
Yang saya cari.

Saya suka,
Awak mungkin suka.

Senyum, comel.

“baby ain abg,
memang comel pon”

Saya terdengar,
Orang sebelah kita,
Bercakap sesuatu.

Tuesday, March 17, 2009

si-tembam-putih

duduk2 orang kampong,
Orang Kampong Padang Lebar,
di sebuah kedai kopi,
sebelah masjid besar sungguh.

seorang orang India,
datang termengah,
bukan ingin minum2,
tetapi asyik terjerit,
dan menjerit,
sambil menyerang,
si-tembam-putih.

"kau pembunuh!"

apalagi,
pemilik kedai kopi pun,
atas nasihat pelanggan setia-nya itu,
menghalau keras.

"jangan kau jejak kaki lagi,
di kedai kopi-ku ini,
selama setahun lagaknya,
wahai Goblind!"

TITIK2

Dubush, pelancong dari Perancis,
datang bertandang,
bertamu di kedai kopi,
dengan muka masamnya.

pandang tajam,
melihat si-tembam-putih,
sambill menghambur sesuatu.

"aku akan buat buku,
khas untuk engkau!"

si-tembam-putih,
selepas itu,
gelak-gelak 'cover'.

"ini semua gosip liar,
sumpah!
aku tak pernah jumpa,
perempuan tu,
sumpah!"

pemilik kedai kopi,
angguk.
Orang Kampong Padang Lebar,
geleng.

Monday, March 16, 2009

harimau dan bunga raya

Orang Kampong Padang Lebar,
Ingin benar belajar,
Ilmu hisab dan ilmu kejadian,
Dalam bahasa orang putih.

Kata orang Kampong Padang Lebar,
Nanti mudah,
100% bahan rujukan di sekolah atas,
Dalam bahasa orang putih.

Orang putih yang datang dari barat,
Rasa pelik, dua benda.

Satu,
Mana orang Kampong Padang Lebar,
Dapat peratusan itu?

Dua,
Siapa punya sekolah atas,
Orang Melayu atau orang putih?

Orang putih pun sorak gembira.

Harimau yang ditelinga kirinya,
Ada bunga raya merah,
Dah terkena jerat.

Harimau yang kuat ngaumannya,
Tetapi hati lemah gemalai!

Orang Kampong Padang Lebar,
Masih berkeras,
Mahu belajar,
Ilmu hisab dan ilmu kejadian,
Dalam bahasa orang putih.

Tetapi hanya,
Mengamuk di kedai kopi.

Sunday, March 15, 2009

mari ubah

“Melayu sudah jadi seperti ‘ayam kelaparan di atas padi, itik kehausan di atas air. Di atas bangkai kebulur langau. Di belakang kerbau lapar bangau. Dalam reban kempunan musang. Dalam lubuk tak kenyang memerang.’”

Pak Sako, tradisionalis

sebagai makluman

Untuk menulis esei bukan mudah, perlu ada sumber. Kerana aku ini, hanyalah seorang pemegang Sijil Pelajaran Malaysia, aku tidak boleh keluarkan pendapat tanpa ada tarikh, nama, sumber, dan lain-lain perkara penting dengan tepat. Oleh itu, aku mengambil pendekatan-pendekatan yang lebih selamat dengan cuba mengapungkan pelbagai persoalan dengan mengharapkan agar para pembaca cuba mencari jawapan, kerana aku juga sedar, siapalah aku untuk memberikan jawapan. Siapa yang mahu dengar jawapan yang aku beri? Huh aku seorang bodoh hina. Tetapi aku masih manusia, jelas.

Oleh itu juga aku cuba sedaya upaya untuk tidak menyertakan apa-apa kesimpulan dalam blog ini dan juga sedaya upaya tidak melakukan proses ‘menyuap’ pembaca dengan informasi-informasi, kerana aku menghormati para pembaca, para pembaca tentunya lebih bijak dan mempunyai hak untuk mencari sendiri. Itulah niat sebenar aku menulis di ruangan ini. Agar para pembaca sama-sama mencari maklumat dan apabila tepu, berkongsi dan berdiskusi secara sihat. Percambahan pendapat itu kegemaran nabi kita.

Agar agama-ku, bangsa-ku dapat lari dari kepumpung sistem yang membuatkan kita sebuah glob, padahal tuhan sendiri telah menciptakan kita ini pelbagai yang mempunyai sama fitrah, sama keperluan.

Tidak ada manusia yang perlukan lebih wang dari manusia yang lain. Bukankah begitu?
(ini jenis persoalan, bukan kesimpulan)

Tuhan benarkan aku lihat jari-jari kaki (lelaki) engkau, mengapa pihak sekolah mewajibkan kita memakai kasut hitam? Kemas? Bukankah ‘kemas’ itu definisinya sangat subjektif? Jikalau kemas, tetapi kuku kaki tidak berpotong, apa guna? Siapa yang tahu kuku kaki-ku sudah potong atau tidak, stoking dan kasut hitam kan ada. Orang lain tidak kan tahu.

Aduh, kacak benar pengantin hari ini, lengkap baju melayu bersamping bagai, dipadan pula dengan sepasang capal. Aduh! Menangkap!

Saturday, March 14, 2009

penat lelah

disebabkan aku penat menulis, sumpah dan sungguh aku penat!

salah orang tidak memberi atau salah orang yang tidak mencari?

orang yang lemah berbahasa inggeris adakah sama dengan orang yang lemah iman?

aduh maaf, sumpah aku tidak samakan engkau dengan si-laknat Darwin! sumpah dan sungguh!
adakah sama nilai antara pernyataan dan pertanyaan?

siapa gelar kau penderhaka bangsa?

itulah yang aku katakan dan utarakan, membaca dan tahu terlebih dahulu, ini bukan hanya soal memartabatkan bahasa! bukan hanya memartabatkan bahasa! harap kau mengerti.

aku hormat pendangan kau, tetapi aku hanya keluar menulis tentang isu ini selepas kau membuat kesimpulan yang sangat menyentuh hati,

Kesimpulannya jangan jadi bodoh dan jangan jadi anjing yang menyalak kerana terdengar anjing lain menyalak. Fikir dahulu baru menyalak.

sumpah dan sungguh, aku hormat pandangan kau!

untuk pengetahuan kau, keputusan SPM aku, 8A1 3A2 dan 1B4. disebabkan kebodohan dan ketidak-penuhan A1 aku itu-lah, aku membaca terlebih dahulu, sungguh-sungguh aku membaca tentang isu ini, baru aku bertindak.aku tidak menyalak sebelum berfikir, dan lebih hina, aku tidak menyalak kerana terdengar orang lain menyalak.

bukanlah ertinya aku mengatakan kau tidak layak jikalau hendak dibandingkan aku, aku sama seprti kau, malahan lebih hina, pasti! tetapi layakkah engkau mengatakan orang yang ber'demo' itu menyalak?rupanya seperti anjing, kerana anjing sahaja yang menyalak. manusia tidak menyalak, tetapi menjerit!

hujah aku? jikalau ingin menulis di sini, aku penat! sumpah! kau bacalah buku ini,carilah;

'mengapa kami bantah! edisi kedua', cari internet pun boleh, ada format e book.

salah siapa? yang tak memberi atau tak mencari?

aku mohon maaf, tiada niat nak bergaduh,
HAHA
sumpah dan sungguh!

untuk sahabat sang-tahu-cakap-sahaja

Kerana 100% bahan rujukan untuk bidnag-bidang sains dan teknologi adalah dalam bahasa inggeris.
mana kau dapat fakta ni? mana kau dapat peratusan ni? dari buku mana? dari sumber mana? dari kajian mana? siapa yang keluarkan fakta ni? petikan dari momorandum GMP yang diserahkan kepada sultan, "Tidak mereka tahu bahawa sebelum tahun 2003 jumlah tesis Sarjana Sains (M. Sc.) dalam bidang sains dan matematik yang ditulis dalam bahasa Melayu berjumlah lebih 2,000 (dua ribu buah) manakala tesis Doktor Falsafah (Ph.D.) dalam bidang tersebut yang ditulis dalam bahasa Melayu berjumlah lebih kurang 400 buah?" siapa ajar kau kita tak boleh guna tesis sebagai bahan rujukan?

oleh kerana bahan rujukan adalah dalam BI, menyukarkan pelajar utk memahami konsep dan teori asas. Ia memerlukan masa utk pelajar tersebut memahamkan terma-terma tertentu...
pelajar dah masuk universiti, dah ada kelayakan, tidak logik sama sekali tidak faham teori asas yang dikuasai mereka sebelum mengambil peperiksaan PMR dan SPM. pelik campur ajaib kalau teori sudah pun dalam genggeman, ubah terma sahaja, boleh gagal. ini nampaknya kau memandang rendah. maknanya kau katakan doktor, arkitek, angkasawan negara (seorang sahaja) yang beribu sekarang ini (yang belajar matematik dan sains dalam behasa melayu) itu jadi apa yang mereka jadi sekarang sebab lulus peperiksaan bukan sebab mereka kuasai ilmu itu sendiri? begitu? owh malangnya nasib orang Malaysia ada golongan kolar putih yang tidak kuasai ilmu tetapi hanya ada segulung ijazah.

Kenapa Jepun, Perancis, German boleh berjaya dgn bahasa mereka ? Kenapa mereka tak perlu PPSMI untuk berjaya ?
boleh kau senaraikan negara-negara yang maju dalam bidang sains dan teknologi yang mengajar dan belajar sains dan metematik dalam bahasa inggeris? boleh tak? aku mintak tolong kau senaraikan nama negara-negara tersebut. atau kau nak kita jadi pelopor? kau nak cipta sejarah dunia, Malaysia jadi negara pertama yang berjaya? kau sendiri cakap, kita sudah jauh ketinggalan. atau kau hendak guna model evolusionis, evolusi dengan lompatan (evolution by leaps)?

Proses penterjemahan sekiranya hendak dilakukan sekarang, memerlukan banyak sumber kewangan, kakitangan, masa dan prasarana lain yang mana kelihatan agak mustahil.
siapa yang cakap mustahil? kau? apa kelayakan kau? kau pernah cuba?pernah? sumber dari kunjing.blogspot.com yang tidak meletakkan sumber mana beliau ambil, hanya prasangka, berbunyi "Berapa juta telah kerajaan belanjakan untuk ppsmi ini?...terlalu banyak...modul baru dikeluarkan , guru perlu meghadiri kursus."lihat sendiri, kerajaan ada duit, tetapi tidak mahu sahaja, kalau hendak seribu daya, tidak begitu?seluruh contoh yang kau cakap itu bukan perlukan bahasa, tetapi perlukan kefahaman yang jitu, yang tepat. jika kita faham benar tentang teori asas, banyak lagi ciptaan baru boleh kita usahakan. masalahnya, kanak-kanak kecil susah hendak faham! sebagai kajian, cuba kau belajar matematik dalam bahasa arab, berani?

Kanak-kanak kecil bermula sejak dari darjah satu, sekiranya didedahkan dengan subjek sains dan matematik dalam BI, akan mudah memahaminya walaupun mereka tidak pandai berbahasa inggeris dan tidak pernah menggunakan bahasa inggeris.
dari memorandum GMP, "Beberapa banyak kajian yang telah dilakukan oleh pakar-pakar pendidikan dan bahasa di seluruh dunia membuat kesimpulan bahawa manusia, mulai peringkat kanak-kanak, lebih mampu berfikir secara kreatif dan dapat memahami konsep-konsep ilmu dengan lebih mudah dan cepat dalam bahasanya sendiri".orang buat kajian, seluruh dunia buat kajian, membaca. engkau? kau prasangka! kau ada buat kajian? untuk makluman kau, ketua GMP ialah Datuk Dr. Hassan Ahmad, Bekas Ketua Pengarah DBP 1976-1989 dan Bekas Duta Malaysia ke UNESCO 1989-1994. beliau buat kajian, membaca. engkau?engkau? aku tanya lagi, apa kelayakan engkau?

Anak-anak kecil yg berumur 6 tahun berbangsa melayu yang mengikuti keluarga ke United Kingdom terbukti boleh berjaya memahami sains dan matematik dalam BI.
boleh tak kalau menulis, letak nama?siapa 'anak-anak kecil' itu?kau? kau sendiri beritahu, 'mengikuti keluarga ke United Kingdom', 'ke United Kingdom'! tentulah persekitarannya dan gaya pembelajaranya berbeza. layakkah kau samakan tahap persekitaran United Kingdom dengan persekitaran orang kampong? rakyat FELDA?bukti kau pun rapuh, sungguh. kau arif benar bukan teknik membuat kajian, perlu ada pembolehubah dimalarkan (kalau tak faham-constant variable), jadi bagaimana kau boleh buat kesimpulan semua kanak-kanak kecil mudah untuk menerima dan memahami apa yang diajar kepada mereka sedangkan persekitarannya tidak sama?aduh!

Semua pihak perlu membuang sikap prejudis, membuang kacamata politik dalam melihat dan memahami dasar ini.
siapa yang melihat dan memahami dasar ini dari kacamata politik? siapa wahai engkau?siapa? orang berjuang untuk rakyat! untuk golongan yang dinyahkan hak mereka! dasar ini dasar yang dilaksanakan untuk rakyat, dasar ini dasar yang dilaksanakan untuk masyarakat. jikalau dasar ini dasar jenis menindas, layakkah aku mendiamkan diri?layakkah aku memendam rasa?

bahasa aku agak kasar, aku mohon maaf secara terbuka. sesungguhnya, tiada sekelumit niat untuk menyalakan api marah, api pergaduhan. niat ku jelas tuntas,untuk mempertahankan niatku, untuk mempertahan tindakan-ku. aku mohon maaf sekali lagi.

perselisihan pendapat umatku itu rahmat, sabda nabi kita.

untuk sang-tahu-cakap-sahaja (respon buat kucing anjing)

kenapa kalau sains dan metamatik diajar dalam bahasa inggeris kita anggap bahasa melayu akan hilang dan pupus...kenapa?
siapa yang menganggap jikalau sains dan metamatik diajar dalam bahasa inggeris, bahasa melayu akan hilang dan pupus? orang yang 'menyalak' tak anggap macam tu. orang yang hanya pandai cakap dan tulis dalam blog @ pengecut sahaja yang anggap begitu.

berapa banyak sangat buku-buku ilmiah diterjemah ke dalam bahasa kita?
sebab orang melayu bangga sangat dengan bahasa orang putih yang dianggap 'bahasa global', 'bahasa kemajuan'. siapa hendak maju, siapa hendak dapat kerja, perlu kuasai bahasa inggeris, bodoh alang, sungguh bodoh dan cetek ilmu! mana kau letak ilmu akidah kau? kalau pandai 'goreng' bahasa inggeris, isi macam budak tadika, sampah sahaja layaknya. ini orang yang 'menyalak' dah lama tahu, orang yang pandai cakap saja tak mahu ubah kah? owh terlupa, dia hanya pandai cakap sahaja, tak pandai buat.

sudahlah bangsa melayu malas membaca.
sudah kau baca buku 'mengapa kami bantah PPSMI?' yang jumlah muka suratnya lebih 200 muka dan penyusunnya ialah Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan? profesor emeritus. owh kau hanya lulusan Sijil Pelajaran Malaysia, yang tidak penuh bilangan A1 nya. owh terlupa kau juga melayu, kau juga malas membaca. dan owh kau juga hanya pandai berkata-kata, tak pandai mencari. jikalau tidak bersetuju tidak mengapa, tetapi jangan tunjukkan kebodohan dan kebiadapan kau.

Kalau betul kita hendak memartabatkan bahasa melayu terjemahlah setiap buku ilmiah.
itu cara kau memartabatkan bahasa? ahh culas pemalas. sungguh.

suatu masa dahulu karya Faisal Tehrani dianggap karya picisan.
siapa yang menganggap karya beliau picisan? bacalah buku 'karya nan indah' hasil tulisan beliau sendiri, karya beliau bukan dianggap picisan, tetapi dianggap terlampau berat, terlampau padat dengan isi, sehingga nilai kerehatan pembaca diketepikan. itulah puncanya karya beliau sukar untuk diketangahkan oleh penerbit-penerbit buku. kau sungguh suka menuduh rupanya.

Bagaimana eropah bangkit pada zaman reinasennce?
memang benar mereka belajar bahasa arab, tetapi mereka tidak paksa anak muda mereka belajar matematik dan sains dalam bahasa arab. ketika itu, mereka tidak gunakan bahasa arab dalam kelas, mereka tidak gunakan kemahiran bertutur bahasa arab ketika mencari kerja, mereka tidak menggunakan bahasa arab sebagai penentu. mereka hanya menterjemahkan bahasa itu, dan diajarkan kepada anak muda mereka dalam bahasa inggeris. tetap dengan bahasa ibunda mereka!

janganlah kerana kita tidak mampu menguasai bahasa inggeris kita berselindung di sebalik alasan memartabatkan bahasa melayu.
siapa 'kita' yang kau cakapkan itu? siapa? orang yang kau katakan 'menyalak' itu tidak langsung anti bahasa inggeris. memang aku belum mampu menguasai bahasa inggeris, tetapi aku sedang giat ke arah itu. kau tahu apa permintaan Gerakan Mansuh PPSMI (GMP)? sudahkah kau membaca memorandum yang dihantar ke istana? tahukah engkau apa permintaan kami selain pemansuhan PPSMI?tahukah engkau? jikalau engkau tidak tahu, layaklah aku gelar engkau, 'sang-tahu-cakap-sahaja'.

Hasilnya adalah yang lemah dibuang dan yang kuat bertambah.
alangkah zalimnya engkau! lemah yang hendak kau buang itu adalah kaum sebangsa kau, seagama dengan kau! teori revolusi mana yang kau ambil? jangan kau kata teori Charles Robert Darwin (1809-1882), 'natural selection; or the survival of the fittest' itu yang kau ambil. kau ingat mereka ini binatang? siapa kau untuk membuang yang lemah? siapa kau? siapa kau? ambilah contoh-contoh revolusi islam, baca dan selidikilah puas-puas. mereka langsung tidak membuang yang lemah. dalam Islam wahai sang-tahu-cakap-sahaja, yang lemah itu perlu kita jaga, perlu kita lindungi mereka. yang batil itu perlu kita buang, bukan yang lemah. owh kau hanya pandai berkata-kata. sungguh!ahh jikalau begini lagaknya, semua orang takut jika engkau mahu berevolusi.

suatu masa dahulu pelajar luar bandar inilah yang memenuhi universiti tanah air kita.
jikalau menulis,boleh letak tahun yang tepat? merujuk perkara di atas, 'suatu masa dahulu' pelajar luar bandar ini belajar matematik dan sains dalam bahasa apa?

kita masih melayu yang sama...melayu yang layu..
engkau berselesa di kolej, orang melayu hampir 70 000 turun ke jalan raya, mengadu kasih, di sembur gas kimia dan air, bertahan, muka terbakar lagaknya, lidah tekak perit, mata pedih, sesak nafas, dada rasa ingin pecah, muntah-muntah, hanya ingin bertemu sultan! kau masih berselesa di kolej, berkata-kata kosong wahai sang-tahu-cakap-sahaja. kau tidak menghadapnya! melayu ini yang kau katakan layu? mereka berperang dengan FRU, kau berselesa di kolej. mereka yang berperang ini melayu, mereka ini yang kau kata kan layu?bila jadi begini, kau mungkin akan kata, orang melayu bodoh, cari nahas. owh, kau memang sang-tahu-cakap-sahaja yang tulen.

100 atau 1000 tahun lagi bangsa kita adalah bangsa yang berjaya kerana kita mampu berubah.
berjaya disebabkan akarnya akar bahasa inggeris. tidakkah kau malu?adakah kau telah memijak maruah kau sebagai seorang melayu? kata orang putih, "owh bangsa melayu sudah maju, kalau tidak mereka kuasai bahasa kita, manakan mampu mereka maju". itu yang kau mahu? jenis bangsa itu yang kau mahu? kau mahu anak-anak kau menanggung malu disebabkan kebodohan bapanya?

Bodohlah kita untuk menebang pokok yang baru separuh umur sebelum memberi peluang untuk ia membesar dan berbuah.
siapa lebih bodoh, menebang pokok yang belum tumbuh buah atau menebang pokok yang sudah berbuah dan berhasil? alangkah berkali-kali bodoh kerana dasar sebelum ini sudah pun menghasilkan ramai cerdik pandai, arkitek,doktor,ahli perniagaan, guru, dan jangan lupa, dasar ini juga telah melahirkan 'angkasawan' Negara (walaupun aku anggap ini misi makan-duit-rakyat). kau gemar kata orang bodoh, sedih beribu kali pilu.

Kesimpulannya jangan jadi bodoh dan jangan jadi anjing yang menyalak kerana terdengar anjing lain menyalak. Fikir dahulu baru menyalak.
sesungguhnya, sungguh kasar bahasa-mu, sungguh, aku tidak tipu.ini kah bahasa yang dapat kau lontarkan? inikah contoh manusia islam yang menyokong penuh pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris? adakah ini kesannya?adakah ini impak kau melupakan bahasa melayu dalam metematik dan sains?sehingga kau tidak dapat lagi mengeluarkan kata-kata yang lebih lembut? sungguh, aku malu! sungguh, tidak ku sangka! ini cara kau menegur.

jikalau memarah,
marah yang lembut,
jikalau menegur,
tegur beralas.

dari Usman Awang.

*bahasa agak kasar tetapi tiada maaf dipinta.
walaupun begitu, tidaklah layak untuk aku tidak menghormati pandangan kau wahai manusia sang-tahu-cakap-sahaja. dan aku akui bahasa kau sesungguhnya kasar, dan tidaklah aku katakan bahasa ku lembut. aku juga telah menghambur kata-kata yang tentunya menyentuh hati manusia normal. aku meminta maaf secara terbuka, walaupun aku kecewa. aku mohon maaf, kerana ini cara orang melayu. aku memohon maaf kerana aku yakin, ini bukan salah kau, tetapi salah tidak lain dan tidak bukan sistem orde dunia baru.

sesungguhnya, bukan bahasa itu yang aku utamakan, tetapi aku utamakan dan perjuangkan manusia. manusia yang bahasa mereka bahasa ibunda-ku. bahasa melayu!

Friday, March 13, 2009

anda berminat?

Demokrasi.Rakyat memerintah.

Sekularisme.
Keduniaan.

Liberalisme.Bebas maksimum.

Kapitalisme.
Modal sebagai tuan.

Totalitarianisme.Kerajaan berpusat, kuasa penuh.

Autolitarianisme.
Kediktatoran, ketenteraan.

Globalisasi.Satu dunia satu entiti.

Fasisme.
Semangat bangsa.

Konservatif.Pulang kepada akar.

Sosialisme.
Sama-rata dalam masyarakat.

Etnosentrisme.Bangkit cara sendiri.

Pluralisme.
Menyamakan. Majmuk.

Fundamental. Keterlaluan.

Apologetic.
Islam disembunyikan.

Terbuka dalam teguran.

Thursday, March 12, 2009

jalan-ku mula, kiri kanan

mula, jalan-ku mula ke kiri dan kanan,
agaknya,
aku sedang sesat,
dalam kesesatan,
aku mula malas belajar,
hati-ku mula keras,
aku mula tidak dapat menerima gagal,
aku mula tidak dapat terima kebencian,

egois

jalanku mula ke kiri kanan,
mula goyah,
apabila hari-hariku,
tindakan-ku,
buat orang kecewa.

jalanku mula ke kiri kanan,
ujian subjek-ku hancur,
dan lebur,
aku mula keras hati.

prinsip mula ke kiri dan ke kanan.

tidak tetap, teguh.
aku mungkin perlu berehat.

mencuri masa bertutur untuk membaca.

Wednesday, March 11, 2009

juang itu sukar payah

“Jadi tidak hairanlah kiranya saya sentiasa memikirkan untuk melepaskan diri dari cengkaman pihak berkuasa penjajah British itu. Saya tidak mahu mati dalam kem tahanan, saya tidak mahu kojol dalam penjara. Terasa jijik jikalau mati di situ. Rugi tenaga dan rugi nyawa sahaja. Kalau mati, biarlah mati bermakna. Mati dalam pertempuran, kena tembak atau kena bom menentang musuh nusa dan bangsa – penjajah British. Apa gunanya aku berlapuk dalam kem tahanan ini, dari muda sampai ke akhir hari tua aku. Pemikiran begini sentiasa menghantui benak hati saya.”

Rashid Maidin, pejuang yang dilupakan

Monday, March 2, 2009

sarrack osama ke-2

Sarrack Osama risau.
Rahsia kerajaanya.
Bakal diketahui.

Walaupun.
Danny Zavitz telah mati.
Dilanggar.
Kereta bomba.
Sarrack tetap gelabah.

Kertas tersebut.
Sebenarnya terkandung.
Sepucuk surat.

Surat dari Peron.
Kepada Carlos Ibanez.
Presiden Chile.
Tidak bertarikh, tetapi bertahun.
1953.

Surat itu berbunyi;

“Beri kepada rakyat, terutama pekerja, segala apa yang mungkin. Apabila kamu merasakan bahawa seolah-olah kamu sudah memberi mereka terlalu banyak, beri lagi kepada mereka. Kamu akan melihat hasilnya. Semua orang akan cuba menakut-nakutkan kamu dengan bayang-bayang kehancuran ekonomi yang mengerikan. Tetapi semua itu satu penipuan. Tidak ada apa-apa lagi yang lebih anjal daripada ekonomi, yang amat ditakuti oleh semua orang kerana tiada seorang pun yang memahaminya.”

Sarrack sebenarnya.
Ingin mengunakan surat tersebut.
Sebagai suatu petua ekonomi.

Untuk kerajaan barunya.
Kerajaan Kampong Padang Lebar.