Thursday, December 11, 2008

ideologi atau nilai

sumber rujukan : Kamus Dewan Edisi ketiga Cetakan Ketujuh, ketua editor ; Hajah Noresah bt. Baharom, B. Sc. (UM), M.A. (Birmingham)

maksud ideologi : faham (ajaran) yang dipakai atau yang dicita-citakan untuk dasar pemerintahan dan lain-lain. (ms 476)

maksud nilai : 1.taksiran harga 2.harga sesuatu dibandingkan dengan harga yang lain 3.kadar,nisbah 4.darjat,kualiti,mutu,taraf 5.sifat ketinggian (pemikiran, agama, kemasyarakatan, dan lain-lain) 6. (Indonesia) markah (ms 930)

berdasarkan maksud-maksud di atas serta taakulan sendiri yang tentunya lemah ;

1) ideologi bukanlah pemikiran tetapi lebih kepada kefahaman yang merupakan kumpulan pemikiran yang penuh dengan interpretasi manusiawi, yang diakui cukup lemah jika melibatkan kuasa metafizik yakni Allah S.W.T.

2) nilai itu ialah sifat ketinggian (maksud ke-5) yakni sifat yang baik yang sangat bernilai dalam individu,keluarga,masyarakat,negara serta agama. kejahatan,keburukan,khianat,dengki dan sebagainya bukanlah nilai tetapi lebih kepada perwatakan,perbuatan dan nafsu manusia itu sendiri.

mari belajar fahami soalan

contoh soalan 1 ;

diberi huruf A,B,C,D,E, dan F.
berdasarkan imput di atas, apakah huruf yang pertama?

jawapan : A

setuju?

contoh soalan 2 ;

diberi huruf Z,A,B,C,D, dan E.
berdasarkan imput di atas, apakah huruf yang pertama?

jawapan : Z (walaupun huruf A ialah huruf pertama dalam susunan huruf roman)

setuju?

contoh soalan 3 ;

Oleh itu, soalan kepada pembaca dalam kongkongan pendapat ini, adakah islam itu ideologi atau nilai?
(post revolusi atau evolusi? ; isi nilai atau ideologi)

jawapan : nilai

setuju?

Wednesday, December 10, 2008

Separuh dekad

Selepas usai kertas terakhir, aku tidak rasa sekelumit bebas. Tetapi kali itu, yang pasti ialah kelegaan memenuhi setiap bilik dalam jiwa sanubari ini. Aku tidak gentar lagi dengan Sijil Pelajaran Malaysia kerana sudah terang lagi bersuluh ia berlari meninggalkan aku sendiri. Hati bertambah girang apabila pengawas kurus ala mirip keturunan orang-orang bangla melepaskan ikatan yang sering mencekekku. Lega memang perkataan paling serasi dan pastinya ‘bebas’ bukan untuk aku.

Aku bersama mungkin 3 orang rakan, Zahin, Kamil serta Aqeel memasang nekad memanjat tangki air sekolah yang tidak ketahuan berapa ketinggiannya. Memanjatnya dengan rasa debar, takut dan juga terselit rasa riak yang kini aku mula mempersoalkan dari mana datang dan untuk apa rasa itu. Panjat, niat di hati memerhati kawasan sekolah serta tidak lupa untuk membuat rekod kerana di tanganku sudah tergenggam cecair pemadam pen-tulis apa-apa yang terlintas kemudiannya.

Terang jelas tenagaku membazir sahaja. Malah sakit di kepalaku makin bertambah akibat terhantuk dalam perjalanan, yang mana aku tidak langsung sempat terngadah. Semuanya bergerak dengan tangkas ketika itu, bukan masa pastinya tetapi gerak kaki. Pembaziran masa dan tenaga. Aku hanya dapat melihat sebahagian besar bumbung sekolah, paya buruk, padang korup, rumah-rumah pentadbir dan tidak tinggal, kawasan perumahan ku sendiri.
Dan oh terlupa,aku turut mendapat benggak di hadapan kepala yang agak tidak rata seluruhnya.

Selepas bersalaman dengan rakan-rakan yang terkadang sahaja lagaknya, aku meminta izin pulang dari warden yang juga terkadang sahaja baik lagaknya terhadapku. Tidak ku sangkal, perangai pelik serta tidak sehaluan dengan insan-insan di atas dan di bawah serta setara ini membuatkan aku dilayan segamaknya. Aku terima hakikat ini juga tidak selalu tetapi yang selalu di kepala ialah pohon pastinya tidak bergerak sendirinya, termasuklah jisim takternampakkan oleh mata logika insan lemah-panggilan si dia. Aku meninggalkan sekolah, rakan-rakan, kenangan serta sejarah emosi yang tidak punya ketetapan. Tinggalkan mereka, oh bebas, kini benar-benar aku berasa bebas, bebas dari lingkungan seksa separuh dekad.

malam mengingatkan

Kanvas minda

Kini dan mungkin selamanya insan terduduk di muka bumi ini akan jadi juaranya ialah siapa yang berjaya mengongkong majoriti pemikiran dalam kanvas mindanya. Mushkilnya timbul apabila minda mana yang akan terletaknya insan-insan yang terduduk di badan bumi suatu hari nanti, adakah sama dengan hari ini? Oh tidak, insan penaip ini tidak rela.

Selepas peristiwa September tipuan seluruhnya berlaku, majoriti pemikiran insan bumi berjaya diculik masuk ke kanvas yahudi. Mereka dengan mudahnya memenjara ide manusia dengan labelan dan serangan dari aneka sudut, bertujuan tidak lain untuk terus memerangkap pemikiran agar mudah dipelihara bagai anjing yang patuh.

Anjing-anjing ini hendaklah yang muda-muda, punyai gonggongan kuat, otat padat, akal pintar, segalanya pertama. Cuma pengalaman dan pengaruh mungkin kurang dalam diri, yang pasti menguntungkan ketua anjing yang tentunya sifat anjing itu ada. Setiap hari ketua anjing bertambah anjing, tetapi muda mudi tentunya tidak. Itu pasti.

Proses kepastian itu panjang, terpaksa dikunyah masa selumatnya agar tercipta suatu generasi yang mampu mengeluarkan diri dari tembok terbesar dunia.

Mungkin salah si penaip, bukan yahudi tetapi Zionis. Penaip muda mungkin berdarah muda sehingga gamaknya meniru aksi yang bobrok dengan labelan liar terhadap manusia berbeza.
Tetapi soalnya adakah labelan itu cukup liar?

Siapa yang berani mengaku benar-benar tahu kanvas ‘liar’?

bangun dari tidur,tulisan tangan

Siapa jahat di dunia ini?

Masih segar lagi, ombak itu yang menghentam ku. Aku pasti, ombak itu yang menghentamku. Tanpa belas, ombak- ya, ombak itu- membunuh, meragut jantungku. Dia, ombak ganas yang membunuh seluruh harapan, seluruh tempat bergantung. Pada hari bahagia, ombak meragut nyawa ma dan pa. Tanpa belas, tanpa belas kasihan sedikit pun. Kau, ombak, ombak jahat! Kau campak, hentam insan yang melahirkan ku, kau bunuh insan yang menimangku. Mereka lemas akibat lambungan keji kau, kau lambung sampai ke awan, kau hempas sampai ke dasar. Kau hempas mereka sampai pecah muka-muka yang membentuk muka ku. Kau buat semua itu di hadapan ku, mengapa? Kau, ombak, ombak kejam! Aku menangis di hadapan kau, sudah,jangan kau pijak mereka. Tetapi apa yang kau buat? Kuat aku menangis, kuat kau memijak. Ingat! Kau pijak ma, kau pijak pa. Kau yang pijak mereka berdua, kau yang pijak sekali kedua-duanya. Aku menangis, adakah kau menangis sekali? Aku derita, adakah kau menderitainya sekali? Aku keseorangan menangis. Tersedu di hadapan insan-insan yang pecah muka mereka, siapa yang lakukan? Siapa yang lakukan? Kau ombak! Ombak jahat!

Selesai kerja ku, menusuk dan terus menusuk lagi. Menusuk sampai ke tempat paling dalam. Kasihan anaknya, aku peduli apa! Anaknya bodoh, terlampau melampau. Bukan emak bapaknya yang aku humbankan, tetapi jantungnya yang aku ragut. Aku jaga mereka, tetapi aku remuk dia. Dia, anak yang menangis itu! Menangis macam orang gila! Aku tahu hari ini hari bahagia dia, hari penuh dengan harapan. Aku tahu dia sayang akan mereka, tetapi sayangkah mereka akan dia? Mungkin sebelum ini ya, tetapi selepas pelbagai sumpahan terhambur, menyalahkan ku, aku pasti mereka membenci dia, dia, anak yang asyik menangis ketika aku bunuh emak bapaknya di hadapannya sendiri! Puas hati aku. Aku tidak humban mereka denagn kasar, tetapi aku humban dia dengan hina! Dia,anak yang menangis tidak sedar tujuan ku. Dia akan dibenci, oleh emak bapaknya sendiri! Percayalah orang yang mempercayai.

Siapa jahat di dunia ini?

Bukan manusia atau manusia bukan?
Jawapan dalam soalan.

Ujian dalam derita.
Derita dalam kesenangan.
Kesenangan dalam ujian.
Deita dalam derita.

Jawapan dalam soalan.

Malam semalam,25/08/08

Saturday, November 22, 2008

dua jam sebelum kematian lahuma

selasa yang lalu,kami (baca;brother 11,22,33) telah mempersembahkan sebuah tanggungjawab besar.tetapi ia seolah-olah gagal.ramai yang tidak dapat menangkap padu isi-isi yang cuba kami utarakan.kecewa,tentunya tetapi kami tetap lega,kami telah mempersembahkan sesuatu yang kami anggarkan sangat baharu dan segar buat tatapan umum.memang banyak kelemahan tetapi ada cara baru dalam penyampain dan kami berjaya lari dari kebiasaan serta tahap klise yang melampau.kami juga berjaya untuk tidak melayan rakan-rakan sekelas kami seperti kanak-kanak tadika yang comel-comel.

permualaan dengan gimik lakonan yang tidak menjadi dan cukup melawan watak sebenar (baca;lahuma dan leman) dengan gaya yang agak manja dan kelakar.tetapi kami juga sempat menyelitkan mesej mantap yakni dengan dialog lahuma iaitu 'jeha,di mana kau,aku sakit,jeha dan tujuh orang anak-ku' nah di situ,kami memasukkan nilai romantika yang menyusup lembut yakni lahuma hanya mengingati nama isterinya sahaja tanpa langsung menyebut nama anak-anaknya satu persatu.kami cuba membuktikan bahawa peranan seorang isteri sangat tinggi nilainya,tanpa dapat disamakan dengan tujuh atau lapan mahupun sembilan dan sepuluh anak.drama diteruskan dengan perkenalan watak-watak yang tepu dengan sindiran keras dan lembut. yang menarik perhatian penulis adalah apabila watak roni (baca;leman) menyanyikan lagu serunai malam,mesej yang cuba disampaikan ialah agar kita orang muda kembali kepada budaya kemelayuan.

tetapi berapa ramaikah di dalam kelas itu yang sedar?

jikalau disuapkan semua sekali isi tersirat dalam drama tersebut,adakah gerangan yang ingin terus membaca?

anak muda kini,termasuk yang menulis ini juga mual dengan drama melayu yang entah di mana unsur budayanya,jikalau pun ada,siapa yang mahu menonton?siapa yang mahu menonton drama melayu klasik?siapa yang mahu menonton tarian melayu asli?tarian melayu asli?

mungkin pelajar-pelajar KMS. mungkin kanak-kanak tadika KEMAS. mungkin..

siapa tahu..

Tuesday, October 7, 2008

revolusi atau evolusi?

ramai yang kecewa dengan bangsanya sendiri,bangsa melayu.mereka kata,orang melayu hanya pandai melontar retoris kosong serta omongan bocor dan tidak juga lupa,mereka kata orang melayu mudah lupa.mereka kata lagi,orang melayu ini tidak bijak berniaga,pemalas culas,manja bukan kepalang.ini mereka kata,bukan saya yang kata,mereka dan saya bukan 'kita',yakni bukan satu entiti,walaupun mungkin sama bangsa dan agama.banyak lagi mereka kata yang melayu ini buruk-buruk belaka sehinggakan tidak tertinta,semuanya buruk-buruk sahaja.tulisan ini bukan tulisan mengutuk bangsa melayu,bangsa saya sendiri. tetapi lebih ingin mencari jawapan kepada bagaimana untuk orang melayu bangkit dari kemunduran jika benar-benar melayu itu mundur.ini satu gerakan yang bertanggungjawab,bukan gerakan omongan kosong dan busuk.dan sudah pasti jawapannya bukan mengatakan orang melayu ini buruk-buruk sahaja seperti yang mereka lakukan.

cara pertama dari sudut pandang orang teori yang belum teruji dengan praktikal dunia yang sering membunuh adalah, jika melayu itu air di dalam bekas,bekasnya perlulah nilai bukan ideologi. Hal ini harus jelas, kita, saya dan mereka haruslah bijak membezakan keduanya. Kita harus menolak segala bentuk ideologi dan mengambil nilai, kerana mana, nilai itu tidak akan berubah bentuk,tidak sama sekali,sebagai contoh, ‘baik’ tidak akan menjadi ‘jahat’. Baik tetap lah ia dengan kebaikan. Tetapi selepas manusia berlagak pandai, baik itu mampu diubah menjadi jahat, yakni dengan cara ‘udang di sebalik batu’. Siapa yang mengajar manusia mengubah bentuk nilai ini jika tidak ideologi?boleh juga disimpulkan sebagai ideologi ini perkataannya nampak hebat tetapi cukup kotor seperti mana ‘liberalis’ dan ‘sekularis’. Oleh itu, soalan kepada pembaca dalam kongkongan pendapat ini, adakah islam itu ideologi atau nilai?

Cara kedua dari sudut mata pena orang melayu yang masih mencari darah moyangnya yang terhambur di bawah langit merdeka ialah bersandarkan kepada hakikat sesungguhnya musuh dalam selimut ialah musuh yang paling bahaya. Untuk maju, penghapusan etnik jenis hipokrit dan penipu ini haruslah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan telus. Za’ba sendiri memperakui, bangsa melayu ini bangsanya dengki belaka. Ini bukan saya yang kata, tetapi kata-kata tokoh bahasa melayu merangkap tokoh UMNO, parti yang membawa kemerdekaan tanah melayu dengan cara mengampu, jangan kita tolak kenyataan ini, Za’ba pernah menulis, syukur kepada tuhan kita orang melayu dengan tibanya orang putih di tanah ini. Boleh juga disimpulkan bahawa orang melayu sendiri dengan jelas tidak mengenali tokoh yang dipuja dan disanjung hingga ke langit dengan kadar yang persis. Oleh itu, soalan kepada pembaca dalam kongkongan idea ini, siapakah yang benar-benar merdeka dalam meratah hasil mahsul bumi tanah melayu, pemimpin politik atau rakyat jelata?

Cara ketiga dari sudut terpencil rakyat kecil lagi muda yang selalu memencilkan diri kerana takut dianggap radikal dan tidak sesuai dengan rakan-rakannya adalah di bawah premis para intelektuil harus dihargai.

Subuh sudah tiba, huraian masih tersimpan dalam kotak minda, jika ada kesempatan, akan terkeluar juga ia. Dan akan terapung juga cara-cara lainya yang terlalu banyak kerana terlalu banyaknya kerosakan. Oleh itu, soalan kepada pembaca, masih adakah ruang untuk tulisan seterusnya?

071008,kesan tidur tak tentu