Sunday, December 14, 2008

aku belajar letak gambar dalam enteri


dua ini bergaduh lagi,seronok melihat gelagat mereka,macam budak-budak kecil walaupun muka dua-dua orang barat ini sudah mula berkedut ketika bergambar atau telah pun hancur di makan anak semut hitam dalam kubur sekarang.
mereka masih boleh berbangga,sebelum mati,mereka telah meninggalkan suatu fenomena jagat yakni yang di sebelah atas ini,Georg Wilhelm Friedrich Hegel mempelopori 'manusia matang' manakala yang disebelah bawah,Karl Marx mengepalai 'anti borjuis'.
tidakkah kita orang islam ingin menyelit antara kedua makhluk kanak-kanak kecil ini?kita jauh lebih banyak kelebihan wahai Melayu-Islam.
sahabat-sahabat-ku,tolong bantu sedarkan aku.
(susunan gambar agak berterabur,orang kampong la katakan,belum khatam teknologi barat)

hobi dan kegemaran ku

aku tertarik pada sistem ekonomi Marx (komunisme) yang sangat berbeza dari sistem ekonomi yang mengangkat golongan borjuis (kapatalisme).dua sistem ekonomi ini bertembung dan siapa yang akan menang pada akhir perlumbaan manusia kelak?

dengan munculnya masalah kredit yang mana ramai pakar ekonomi dan jurutera sosial mengatakan bahawa fenomena ini adalah katastrofi ekonomi yang sangat luar biasa,mampukah sistem kapatalis ini bertahan?lebih-lebih lagi Karl Marx telah meninggalkan wasiat terakhirnya untuk sejarah dalam bentuk ramalan iaitu;kejatuhan kapitalisme tak dapat dihindarkan dan merupakan suatu keharusan sejarah.

seperti semua sedia maklum sistem komunisme lebih menjurus kepada ideologi sosialisme yakni sangat mementingkan kemasyarakatan,sekali gus meletakkan harta sebagai hak bersama dan hanya akan diuruskan oleh suatu bangsa yang mempunyai kuasa kesahihan paling tinggi (rujuk ideologi fasisme).tetapi malangnya sistem ini menjurus pula kepada sebuah kerajaan totalitarianisme yang sangat zalim dari kaca mata dunia apabila berlakunya Revolusi Bolshevik 1917.selepas itu lahirlah pemerintah-pemerintah zalim seperti Lenin,Stalin,Hitler dan ramai lagi yang gemar akan penghapusan etnik (pembunuhan beramai-ramai).

sistem ekonomi ini juga bergerak dalam satu falsafah sama yang menolak agama sama sekali,yang menganggap agama sebagai sempadan kepada masyarakat,pencetus pergaduhan. soalannya di sini, bolehkah kita hanya menceduk keluar sistem ekonominya tanpa menceduk kepercayaan ketuhanan mereka sekali?

sayang sekali, Karl Marx dan rakan baiknya,Friedrick Engels telah berjaya mengapungkan sebuah hasil pemikiran yang mantap,tetapi mungkin kerana tahap ambisi yang sangat tinggi,ideologi ini mula menampakkan kelemahannya,serta telah bertemu dengan hantu kejatuhan mereka sendiri pada sekitar tahun 1989.

dan mulalah era ekonomi pasaran terbuka(liberal kapitalisme)menunjukkan kekuatan terpendam yang nampak indah,tetapi sangat menakutkan apabila konsep ini telah disalah tafsir (rujuk konsep getting or making money) lalu mengakibatkan sangat ramai orang kaya bertambah kaya,orang miskin bertambah miskin,tiada kesamarataan dalam pembahagian harta.Karl Marx dengan berani mempersoalkan di mana bebasnya sistem liberal kapitalisme jikalau modal menjadi tuan,manusia masih lagi terkongkong dan langsung tidak bebas (rujuk liberal demokrasi).tidakkah ini suatu fenomena yang sangat menarik?

ketika aku mula cuba memahami semua ini,aku sangat teruja,lalu mengambil keputusan untuk gemar membaca dan menjadi pelik (berbanding rakan-rakan sebaya).tetapi benda-benda politik dan sejarah ini sebenarnya sangat seronok,benar,tiada penipuan secara terbuka,selurunya benar-tersangat lah seronoknya.memang ramai yang tidak memahami apa yang aku tulis,tetapi percayalah,selain untuk difahami,tulisan aku ini juga harapnya menjadi pemangkin kepada rakan-rakanku untuk gemar membaca bahan bacaan yang terpilih,yang berfaedah.

mungkin tulisan kali ini gagal,tetapi tidak mengapa,aku akan cuba lagi,mencipta fenomena baru,remaja Melayu-Islam yang sedar.

Thursday, December 11, 2008

ideologi atau nilai

sumber rujukan : Kamus Dewan Edisi ketiga Cetakan Ketujuh, ketua editor ; Hajah Noresah bt. Baharom, B. Sc. (UM), M.A. (Birmingham)

maksud ideologi : faham (ajaran) yang dipakai atau yang dicita-citakan untuk dasar pemerintahan dan lain-lain. (ms 476)

maksud nilai : 1.taksiran harga 2.harga sesuatu dibandingkan dengan harga yang lain 3.kadar,nisbah 4.darjat,kualiti,mutu,taraf 5.sifat ketinggian (pemikiran, agama, kemasyarakatan, dan lain-lain) 6. (Indonesia) markah (ms 930)

berdasarkan maksud-maksud di atas serta taakulan sendiri yang tentunya lemah ;

1) ideologi bukanlah pemikiran tetapi lebih kepada kefahaman yang merupakan kumpulan pemikiran yang penuh dengan interpretasi manusiawi, yang diakui cukup lemah jika melibatkan kuasa metafizik yakni Allah S.W.T.

2) nilai itu ialah sifat ketinggian (maksud ke-5) yakni sifat yang baik yang sangat bernilai dalam individu,keluarga,masyarakat,negara serta agama. kejahatan,keburukan,khianat,dengki dan sebagainya bukanlah nilai tetapi lebih kepada perwatakan,perbuatan dan nafsu manusia itu sendiri.

mari belajar fahami soalan

contoh soalan 1 ;

diberi huruf A,B,C,D,E, dan F.
berdasarkan imput di atas, apakah huruf yang pertama?

jawapan : A

setuju?

contoh soalan 2 ;

diberi huruf Z,A,B,C,D, dan E.
berdasarkan imput di atas, apakah huruf yang pertama?

jawapan : Z (walaupun huruf A ialah huruf pertama dalam susunan huruf roman)

setuju?

contoh soalan 3 ;

Oleh itu, soalan kepada pembaca dalam kongkongan pendapat ini, adakah islam itu ideologi atau nilai?
(post revolusi atau evolusi? ; isi nilai atau ideologi)

jawapan : nilai

setuju?

Wednesday, December 10, 2008

Separuh dekad

Selepas usai kertas terakhir, aku tidak rasa sekelumit bebas. Tetapi kali itu, yang pasti ialah kelegaan memenuhi setiap bilik dalam jiwa sanubari ini. Aku tidak gentar lagi dengan Sijil Pelajaran Malaysia kerana sudah terang lagi bersuluh ia berlari meninggalkan aku sendiri. Hati bertambah girang apabila pengawas kurus ala mirip keturunan orang-orang bangla melepaskan ikatan yang sering mencekekku. Lega memang perkataan paling serasi dan pastinya ‘bebas’ bukan untuk aku.

Aku bersama mungkin 3 orang rakan, Zahin, Kamil serta Aqeel memasang nekad memanjat tangki air sekolah yang tidak ketahuan berapa ketinggiannya. Memanjatnya dengan rasa debar, takut dan juga terselit rasa riak yang kini aku mula mempersoalkan dari mana datang dan untuk apa rasa itu. Panjat, niat di hati memerhati kawasan sekolah serta tidak lupa untuk membuat rekod kerana di tanganku sudah tergenggam cecair pemadam pen-tulis apa-apa yang terlintas kemudiannya.

Terang jelas tenagaku membazir sahaja. Malah sakit di kepalaku makin bertambah akibat terhantuk dalam perjalanan, yang mana aku tidak langsung sempat terngadah. Semuanya bergerak dengan tangkas ketika itu, bukan masa pastinya tetapi gerak kaki. Pembaziran masa dan tenaga. Aku hanya dapat melihat sebahagian besar bumbung sekolah, paya buruk, padang korup, rumah-rumah pentadbir dan tidak tinggal, kawasan perumahan ku sendiri.
Dan oh terlupa,aku turut mendapat benggak di hadapan kepala yang agak tidak rata seluruhnya.

Selepas bersalaman dengan rakan-rakan yang terkadang sahaja lagaknya, aku meminta izin pulang dari warden yang juga terkadang sahaja baik lagaknya terhadapku. Tidak ku sangkal, perangai pelik serta tidak sehaluan dengan insan-insan di atas dan di bawah serta setara ini membuatkan aku dilayan segamaknya. Aku terima hakikat ini juga tidak selalu tetapi yang selalu di kepala ialah pohon pastinya tidak bergerak sendirinya, termasuklah jisim takternampakkan oleh mata logika insan lemah-panggilan si dia. Aku meninggalkan sekolah, rakan-rakan, kenangan serta sejarah emosi yang tidak punya ketetapan. Tinggalkan mereka, oh bebas, kini benar-benar aku berasa bebas, bebas dari lingkungan seksa separuh dekad.

malam mengingatkan

Kanvas minda

Kini dan mungkin selamanya insan terduduk di muka bumi ini akan jadi juaranya ialah siapa yang berjaya mengongkong majoriti pemikiran dalam kanvas mindanya. Mushkilnya timbul apabila minda mana yang akan terletaknya insan-insan yang terduduk di badan bumi suatu hari nanti, adakah sama dengan hari ini? Oh tidak, insan penaip ini tidak rela.

Selepas peristiwa September tipuan seluruhnya berlaku, majoriti pemikiran insan bumi berjaya diculik masuk ke kanvas yahudi. Mereka dengan mudahnya memenjara ide manusia dengan labelan dan serangan dari aneka sudut, bertujuan tidak lain untuk terus memerangkap pemikiran agar mudah dipelihara bagai anjing yang patuh.

Anjing-anjing ini hendaklah yang muda-muda, punyai gonggongan kuat, otat padat, akal pintar, segalanya pertama. Cuma pengalaman dan pengaruh mungkin kurang dalam diri, yang pasti menguntungkan ketua anjing yang tentunya sifat anjing itu ada. Setiap hari ketua anjing bertambah anjing, tetapi muda mudi tentunya tidak. Itu pasti.

Proses kepastian itu panjang, terpaksa dikunyah masa selumatnya agar tercipta suatu generasi yang mampu mengeluarkan diri dari tembok terbesar dunia.

Mungkin salah si penaip, bukan yahudi tetapi Zionis. Penaip muda mungkin berdarah muda sehingga gamaknya meniru aksi yang bobrok dengan labelan liar terhadap manusia berbeza.
Tetapi soalnya adakah labelan itu cukup liar?

Siapa yang berani mengaku benar-benar tahu kanvas ‘liar’?

bangun dari tidur,tulisan tangan

Siapa jahat di dunia ini?

Masih segar lagi, ombak itu yang menghentam ku. Aku pasti, ombak itu yang menghentamku. Tanpa belas, ombak- ya, ombak itu- membunuh, meragut jantungku. Dia, ombak ganas yang membunuh seluruh harapan, seluruh tempat bergantung. Pada hari bahagia, ombak meragut nyawa ma dan pa. Tanpa belas, tanpa belas kasihan sedikit pun. Kau, ombak, ombak jahat! Kau campak, hentam insan yang melahirkan ku, kau bunuh insan yang menimangku. Mereka lemas akibat lambungan keji kau, kau lambung sampai ke awan, kau hempas sampai ke dasar. Kau hempas mereka sampai pecah muka-muka yang membentuk muka ku. Kau buat semua itu di hadapan ku, mengapa? Kau, ombak, ombak kejam! Aku menangis di hadapan kau, sudah,jangan kau pijak mereka. Tetapi apa yang kau buat? Kuat aku menangis, kuat kau memijak. Ingat! Kau pijak ma, kau pijak pa. Kau yang pijak mereka berdua, kau yang pijak sekali kedua-duanya. Aku menangis, adakah kau menangis sekali? Aku derita, adakah kau menderitainya sekali? Aku keseorangan menangis. Tersedu di hadapan insan-insan yang pecah muka mereka, siapa yang lakukan? Siapa yang lakukan? Kau ombak! Ombak jahat!

Selesai kerja ku, menusuk dan terus menusuk lagi. Menusuk sampai ke tempat paling dalam. Kasihan anaknya, aku peduli apa! Anaknya bodoh, terlampau melampau. Bukan emak bapaknya yang aku humbankan, tetapi jantungnya yang aku ragut. Aku jaga mereka, tetapi aku remuk dia. Dia, anak yang menangis itu! Menangis macam orang gila! Aku tahu hari ini hari bahagia dia, hari penuh dengan harapan. Aku tahu dia sayang akan mereka, tetapi sayangkah mereka akan dia? Mungkin sebelum ini ya, tetapi selepas pelbagai sumpahan terhambur, menyalahkan ku, aku pasti mereka membenci dia, dia, anak yang asyik menangis ketika aku bunuh emak bapaknya di hadapannya sendiri! Puas hati aku. Aku tidak humban mereka denagn kasar, tetapi aku humban dia dengan hina! Dia,anak yang menangis tidak sedar tujuan ku. Dia akan dibenci, oleh emak bapaknya sendiri! Percayalah orang yang mempercayai.

Siapa jahat di dunia ini?

Bukan manusia atau manusia bukan?
Jawapan dalam soalan.

Ujian dalam derita.
Derita dalam kesenangan.
Kesenangan dalam ujian.
Deita dalam derita.

Jawapan dalam soalan.

Malam semalam,25/08/08