Thursday, May 7, 2009

teknologi-manja?

Ahh panas, kolej, panas, aku panas. Petang, selepas gagal dalam percubaan menghadiri kelas kira-kira, aku pulang, bukan kerana aku malas, tetapi tiada apa yang boleh aku lakukan kerana bekalan elektrik terputus. Ahh, aku panas.

Aku baring-baring di bilik Blade, cuba mencari ruang gembira, ruang kesejukan. Tetapi angin sekejap-sekejap saja bertiup. Aku terfikir, dan mula bercakap pada Blade.

Kenapa kita panas?
Sebab kita ada kipas mungkin.

Aku kepanasan.

Monday, May 4, 2009

benar selagi ia baik

Sejauh mana sejarah boleh dikatakan benar?

Sesungguhnya sejarah itu suatu alat yang boleh dimanipulasi sebaiknya dalam menetukan hala tuju hadapan. Contoh paling mudah, apabila bayi kecil hendak dipisahkan dari menyusu badan. Jelas terang kanak-kanak sudah mula mempelajari sejarah.

Penulisan sejarah itu berpunca dari pelbagai sumber yang terkandung dalam sumber pertama dan kedua. Tetapi, sejauh manakah bahan-bahan itu boleh dipercayai dan dianggap benar? Bagaimanakah kita mampu pastikan bahawa lukisan-lukisan lama di dinding gua ialah lukisan pengalaman mereka, bukan sebagai daya kreatif mereka menilik masa depan? Atau sejauh manakah kebenaran setiap tulisan penulis sejarah tentang sesuatu perkara tanpa bias atau kesilapan interpretasi?

Pada hemat penulis, sejarah itu akan ia benar selagi mana ia dapat memberikan kebaikan kepada si penerima sesuatu sejarah. Contohnya, jika kita semak punca kepada bagaimana berlakunya peperangan Jamal, kedua-dua pihak nampaknya benar, dan kedua-dua belah pihak sukar hendak dikatakan telah melakukan kesilapan (sila rujuk pensejarahan Islam – kematian Saidina Uthman serta permulaan pentadbiran Saidina Ali). Persoalan mula timbul, cerita siapa yang benar, cerita dari pihak mana? Oleh yang demikian, pendekatan kepada bagaimana ‘punca’ itu memberi kesan baik kepada manusia jagat haruslah ditekankan. Sebagai contoh, jika ‘sejarah’ itu mengkhabarkan bahawa ‘kesilapan’ isteri nabi, keluar dari mesyuarat, tanda tidak bersetuju dengan tindakan ketua baru, sebagai punca peperangan, maka carilah kebaikan di situ, berdasarkan sumber-sumber agama yang kita pegang, yakni seperti, sentiasa menghormati ketua dan bertindak tidak mengikut emosi semata. Dan hal ini boleh diaplikasi kepada cerita di pihak yang satu lagi.

Mari kita cuba teknik ini dalam cerita-cerita sejarah yang lain, contohnya punca berlakunya peperangan dunia pertama, kelahiran manusia bernama Karl Marx, Stalin, Lenin dan seangkatan, dalang 9/11 dan sebagainya.

Penerimaan kepada ini, mungkin boleh menyelesaikan permasalahan puak Syiah dan Sunni yang telah merugikan Islam setelah sekian lama.

Komen kepada sesi kelas TOK selam tiga minggu, yang membuatkan lidah tersekat-sekat dalam berkata-kata, kerana kebiasan sukar melepaskan.

Thursday, April 30, 2009

azhzurin di depan ku

aku tengah pekakkan telinga,kat tengah2 budak2 kelas,cikgu mc hari ni,aku hepy,macam kawan2 yang lain.sekarang aku tengah gile tengok citer prison break,sampai tak tido, tgk citer tu sampai habis ujian math,yang sebetulnya,sama jugak,aku blajar atau tak,aku tetap sama.aku tak tipu,hidup di kolej menyesakkan,lebih2 lagi,mereka2 ini sangat bijak,sampai tak tersampai akal kepala dan otak nie nak tangkap,sampai sama tahap.oleh sebab mereka terlampau dengan kebijakan,mungkin, aku jadi bosan.dan pasti perasaan aku dan perempuan itu,menyukarkan segala pergerakan.dalam kelas asyik cuba perli,sindir,aku yakin,aku tidak matang dalam hal ni.akhir sekali mungkin aku akan bosan,banyak benda yang menggangu aku menonton prison break yang hero nya bijak menipu aku, dengan renungan mata tajam yang membuatkan dia seperti seorang genius.aku masih dalam kepekakan telinga, disumbat dengan lagu indon dan indie.aku bersyukur hari ini aku bawa earphone,sangat. sebab perempuan itu cuba lagi menyerang aku,dengan pisau sentiasa tersimpan di tempat rahsia di tubuhnya,dia asyik menyanyi,menyeramkan aku,dan pandangan matanya seperti aku berhutang nyawa!aku takot dengan perempuan ini,aku seperti di dalam penjara.ah!dia menyanyi seperti T-bag!aku gentar,perempuan itu menyerang aku lagi,dia selalu datang ke tempat duduk,dan juga merenung dari jauh.nasib aku baik mungkin,sekarang ini dia sedang sibuk menggedik bersama budak2 lain,gelak macam ****.aku terpaksa,kerana aku takot, budak busstand memang begitu mungkin.ah!aku dalam penjara.crite itu benar2 membuatkan aku gila.

mereka berjaya memabukkan manusia dengan filem,kita bila lagi.

perempuan itu memandang ku,dengan pisau di tangan!

ah,aku ingin pulang! menonton citer 2,second season!

Tuesday, April 28, 2009

IB-bukan-Institut-Bahasa

Berikan ku sepuluh pemuda,
Kan ku goncang,
Seantero alam.

Tenaga muda,
Sangat berharga,
Tidak dapat disangkal.

Fikir orang atas angin,
Bagaimana ingin,
Menyembunyikan,
Yang sepuluh ini.

Anak-anak muda,
Perlu pergi sekolah,
Belajar,
Belajar,
Belajar.

Jikalau tidak,
Masa depan entah ke mana.

Kelas pun berlambakan,
Kelas pagi, petang, malam,
Tidak terkecuali,
Sabtu dan Ahad.

Kata guru,
Susah dulu, senang kemudian.

Anak-anak muda,
Rasa penat,
Tetapi tak mengapa,
Sudah besar,
Jadi doktor,
Jadi jurutera.

Belajar semua subjek,
Cita-cita tinggi,
Ingin masuk surat khabar.

Sibuk benar.
Rasa penat,
Buka internet,

Myspace,
Friendster,
Facebook.

Rasa lega,
Belajar,
Belajar,
Belajar.

Langsung lupa,
Jauh perjalanan, luas pengalaman.

Kata orang,
Belajar teori sahaja,
Tidak cukup.

Anak muda,
Belajar penat-penat,
Tiada kerja.

Isi borang,
KPLI.

Hancur!

Buka buku baru,
Ajar anak-anak,
Lebih muda.

Binasa!

Kitaran cukup cantik.

Selesai!
Tersembunyilah,
Sepuluh pemuda.

Thursday, April 23, 2009

satu tolak satu sama dengan kosong

Persatuan itu satu.
Seluruhnya haru,
Sukar setuju,
Kaku keliru.

Mereka sering berprasangka,
Tidak keterlampauan,
Aku kata kita,
Kebodohan dalam kesombongan.

Melayu itu layu,
Orang atasnya, sayu,
Otak kayu,
Hodoh, luar ayu.

Aku,
Kegagalan pertama,
Cita-cita besar,
Mungkin cantik.

Tetapi tidak ku sangka,
Mereka bijak di atas kertas,
Hanya!

Mari, kita meniup belon!

Besar, besar lagi!

Cukup2, esok,
Ada ujian akhir tahun!

Kamu, wakil ke luar negara,
Dari bangsanya yang terpilih.

Tiup belon itu!

Agar itu kan membawa mu,
Pergi lebih jauh,
Jauh dari bangsa mu,
Melayu.

Wednesday, April 22, 2009

bangsa bukan anjing

bukan anjing yang ku gentarkan,
bukan keaslian itu yang aku gundahkan,
bukan kejauhan itu aku gusarkan,
bukan mudah itu yang ku kejarkan.

kau sering memandang anak muda itu,
rendah akal, rendah ketersampaian akal.

bukan anjing yang aku gentarkan.

jangan pula nanti,
anak-anak mu bertanya,
dan kau pula pekakkan telinga.

mengapa bangsa kita begini?
itik kehausan di atas air.

kau, kau.

mereka yang melupakan bangsa sendiri,
sibuk mencari kepayahan,
bantu, angkat bangsa jiran!

bukan anjing itu yang aku gentarkan!

Friday, April 10, 2009

pak bijan dan pak bijih

pak bijan,
cakap itu cakap ini,
tulis itu, tulis ini.

pak bijan,
mahukan negara aman damai,
bersatu padu,
maju pesat membangun.

pak bijan,
berkata lagi,
Malaysia Satu.

kuasa berpusat,
pada satu pihak?

atau..

Malaysia ini hak semua?
tanya pak bijih.

pak bijan,
terus,
cakap sana, cakap sini.

buat geng,
pasca-perang,
geng kapak.

pak bijan suka riang,
orang kampong tahu,
tapi diam.

kasihan mereka yang terbunuh,
itulah nasib,
gemar bergabung,
dengan si Tuah.