Tuesday, June 30, 2009

AWANI U-wartawan

Ini perasaan, selepas mendengar berita di saluran 501, sebelum menyembah Tuhan 4 rakaat..

Ah! Aku kecewa... Malaysia bodoh bangang! Tahi! Apa la sial sangat.. Habis harta rakyat,habis masa depan! Ekonomi kau hancurkan, masuk poket kau, masuk poket bini kau, masuk poket adik kau, masuk poket keluarga kau! Bodoh bangang! Habis, sistem pendidikan pun kau pijak, ubah sana ubah sini, kau nak buat orang lagi bodoh bangang, tak ada ilmu, kau nak hidup senang lenang, membodohkan orang Melayu, pandaikan orang kaya! Yang kaya makin kaya, yang bodoh makin bodoh, miskin tambah miskin! Kalau pandai pun, tapi miskin, kena ikut cakap kau juga, kalau tak, anak beranak tak makan! Kau bodoh bangang! Alangkah! Kecewa, kau makin menekan! Kau main cara Yahudi, nampak sangat! Bodoh! Bangang! Kalau pun pandai, apa jenis pendidikan yang kau beri? Balik kena kerja bawah kau! Kau sibukkan budak pandai dengan macam-macam benda, sampai tertekan, langsung tak ada masa nak baca bahan lain. Kau tentu tahu, yang paling penting dalam masyarakat, sistem politik, sosial, dan ekonomi. Tapi ada kau bukak, telus dengan semua orang apa yang kau buat dekat kami? Kau lekakan, lekakan dengan hedonisme, kalau yang rajin pun, kau paksa telan berjuta maklumat, akhir sekali, tumpah ke kertas saja, langsung lupa! Ah! Sistem yang kau bina memang bangang! Percaya sangat la dengan orang luar, orang putih sana tu!

Friday, June 26, 2009

hamba Yahudi hamba

Semua tahu bahawa Yahudi telah menguasai ekonomi dunia, sehingga hampir golongan Gentiles tidak dapat langsung mencelah. Mereka telah menguasai dari segenap aspek, hampir keseluruhannya, dari primer, sekunder mahupun tertier, hinggalah apa yang tidak jelas - menjadikan orang bukan Yahudi sebagai alat untuk mencapai matlamat mereka, antaranya termasuklah pemimpin-pemimpin negara, yang tanahnya menampung Ka'abah, tanahnya yang menampung universiti 'harapan' agama.

Sekali imbas, memang sukar untuk Gentiles memenangi perang ini, tetapi mari kita berhenti sejenak, dan melihat semula sejarah bagaimana mereka (baca; Yahudi) naik. Ternyata, sungguh mereka menjadi seberjaya ini bukannya mudah. Suatu masa dahulu, di mana sahaja mereka mendarat, pasti akan dipijak, dihina dan dihumban keluar negeri, mereka tidak punya harta dan sering merempat - di Jerman, Rusia, Poland, Amerika Syarikat, suatu masa dahulu. Semua pasti tahu, mereka ini bangsa buangan.

Antara teori kepada kebangkitan ekonomi Yahudi ialah, mereka bukan berfikiran material, tetapi sebaliknya lebih kepada spiritual. Untuk tidak mahu Gentiles mengacau ganggu, kaum laknat ini mula menerapkan ideologi ekonomi yang entah apa-apa termasuklah, kapitalis, liberalisme, neoliberalisme, keynesianisme, neoklasikalisme dan sebagainya. Nah! Hasilnya ini. Mereka bukan mudah-mudah sahaja berada di langit, mereka turut dipijak. Tetapi awas! Kepercayaan merupakan senjata ampuh mereka, prinsip tidak mampu dihinjak.

Seteruanya, keterikatan antara mereka, persaudaraan yang sangat kuat diambil pakai sebagai pemangkin kejayaan sehingga hari ini. Mereka sehingga sanggup memegang 'undang-undang orang asing' (the Law of the Stranger) untuk mengikat ekonomi Gentiles dan menghasilkan kebergantungan- 'unto a stranger thou mayest lend upon usury; but unto thy brother thou shalt not lend upon usury' (definisi undang-undang tersebut). Tetapi kita? Maka di sinilah keberjayaan dasar pecah perintah (devide and govern) nampak jelas, ianya termasuklah ideologi demokrasi, feminisme, sekularisme, patriotisme, nasionalisme, negara bangsa, dan sebagainya. Sikap penting diri mula dicanang dengan rancaknya.

Maka hari ini, kita bagaimana? Adakah isu di negara Palestin akan berakhir dengan hanya menyalurkan berjuta ringgit ke sana atau usaha budak-budak kolej memboikot Milo, McD, Starbuck sudah cukup? Memang benar, usaha-usaha kecil itu penting, tetapi itu untuk orang kecil sahaja layaknya. Kita umat Islam, bukan umat yang kecil-kecil, anak-anak. Kita ada sejarah kita tersendiri bukan?

Di Malaysia, ada satu dasar pecah perintah paling zalim di dunia, paling zalim di dunia - dasar melangitkan bahasa penjajah!

Tuesday, June 23, 2009

mangsa Inggeris

sumpah! apa yang elok sangat bahasa inggeris ini? apa matikah kita kalau keseluruhan kita tak dapat kuasai bahasa inggeris? apa salahkah kalau hendak kerja di bank tak tahu cakap inggeris? apa bodoh sangat dah kalau bercakap bahasa melayu bila bercakap soal politik atau ekonomi dalam media? apa jumud sangat kalau tak pandai cakap inggeris tentang sistem ekonomi dunia? untuk apa orang kampong tahu karya sastera inggeris, sedangkan sastera melayu pun jahil tak tahu apa-apa? dasar apa ini wahai kerajaan Penjajah?

kalau aku katakan begini, katakan aku ini mentah, tidak mengerti apa-apa, terlampau bersemangat dan emosi. tidak mengapa, aku terima, pada ku, apa salahnya jika orang mengatakan aku bodoh, aku memang bodoh, kerana aku masih tidak boleh bercakap bahasa melayu pada laras tinggi walaupun ibu ku melayu, bapa ku melayu, ketua ku melayu!

orang ramai kata, melayu ini bangsa suka pijak bangsa sendiri, aku tidak sangkal yang itu, tetapi adakah orang melayu sahaja yang pijak bangsa melayu? bangsa lain jauh lebih kejam memijak kita, termasuklah penjajah kita dahulu, yang meninggalkan bekas-bekas jahanam dalam tubuh manusia melayu! kaum pendatang di negara kita ini tidak memijak kita kah?

percaya atau tidak, selagi bahasa inggeris diagung-agungkan melangit, selagi itulah bangsa melayu tidak akan maju, tidak akan! selagi itu lah, bangsa melayu akan dipijak jadi sampah kalau bukan benar-benar belajar bahasa melayu, bahasa sendiri!

sumpah, aku tidak anti bahasa inggeris, sedangkan aku sendiri sedang giat cuba menguasainya. tetapi aku percaya serta yakin, jika aku ingin lihat bangsa ku maju, aku perlu serahkan jiwa bangsa ku! aku perlu serahkan jiwa bangsa ku!

aku tahu, aku ini tiada siapa. aku tahu. dan aku ingin kekal begini, biar aku sentiasa sedar di mana letaknya aku ini. mungkin aku akan dianggap sampah masyarakat atau keluarga satu hari nanti (mungkin sudah pun aku ini jadi sampah!), tetapi aku cuba sedaya mungkin, untuk menjadi hanya satu. anak yang soleh (anak yang soleh tidak semestinya mendengar kata).

PPSMI belum mansuh, dan mungkin bahasa akan dihimpit lebih teruk selepas ini. ini hanya kerana dia ingin lihat, jalan raya dihimpit dengan semangat-semangat membakar dada.

aku anti dasar melangitkan bahasa penjajah!

Sunday, June 21, 2009

Si Munafik Kelabu

Pesanan Obama kepada penunjuk perasaan di jalanan Iran.

‘Kami sentiasa berdiri di belakang mereka yang mencari keadilan secara aman. Kami menyokong mana-mana pihak yang mencari resolusi perdamaian kepada konflik dan kami percaya itulah nilai universal yang dipegang oleh rakyat dan pentadbiran AS.’

Siapa dia ini? Apa yang dia faham tentang perjuangan rakyat Iran? Sedangkan ramai cendiakawan tidak dapat mentafsir secara akurat apa yang terjadi ketika Revolusi Iran 1979 (kerana tidak fasih bahasa Parsi), inikan pula manusia kelabu ini.

Apa pula pendapatnya tentang kanak-kanak di Negara Palestin? Adakah ini neutral? Beginikah caranya keluarga mereka ingin membina jambatan dunia Barat-Islam?

Sedangkan media barat mampu mereka-reka rempuhan ganas kapal terbang di WTC dalam peristiwa 9/11, inikan pula membuat penipuan berbentuk gambar perhimpunan jalanan! Mudah benar.

Saturday, June 20, 2009

waswas waras

Immanuel Kant. Beliau adalah seorang idealis Jerman. Ketika berusia 60 tahun, pada 1784, beliau telah menulis sebuah esei. Tajukanya An Ideal for a Universal History from a Cosmopolitan Point of View. Eseinya hanya 16 halaman, tetapi impaknya, cukup kuat. Beliau menyediakan garis kasar tentang sebuah mekanisme iaitu lawan taakulan atau lawan logika. Beliau cuba menghasilkan manusia yang mempunyai sifat suka bergaul dalam cara antisosial atau bukan sosial. Dalam lain kata, ingin jadi peramah, tetapi tidak suka menyapa. Atau memasuki sebuah rumah tanpa pergi ke rumah tersebut.

Indah bukan?

Mekanisme ini sangat mampu meransang fikiran untuk merenung sesuatu perkara secara lebih kritikal. Jika ramai manusia Melayu menguasainya, mungkin cantik dan molek. Ternyata, manusia yang menguasai dunia kini ada yang menggunakan mekanisme tersebut. Antaranya, pencipta telefon, televisyen, internet dan lain-lain. Dengan mekanisme ini jugalah, mereka mengawal ekonomi, politik dan sosial manusia jagat, dengan adanya IMF, World Bank dan WTO, sebagai contoh.

Amaran! Beliau (gambar) bukan Immanuel Kant mahupun Altantuya Shaariibuu!

Saturday, June 13, 2009

Ksatria, Lucifer, Iblis

Apa itu maksudnya syaitan / setan? apa itu maksudnya Iblis? apa itu maksudnya Lucifer? Iblis itu aku tidak tahu, tapi syaitan/setan itu maknanya "pemberontak". Malah, Lucifer itu pula memberi ia erti "pembawa sinar cahaya". Yang jelas, ketiga-tiga itu datangnya dari satu keluarga.

Aku ingin jadi pemberontak tapi bukan ingin jadi syaitan/setan!
Aku ingin membawa sinar harapan kepada keluargaku tapi bukan jadi Lucifer!
Aku ingin patuh,tidak mahu ego melawan, tidak mahu jadi Iblis!

Siapa engkau untuk menyuruh aku itu ini?
Aku tidak mahu jadi Iblis!

Tapi aku ingin jadi pemberontak, bukan pada kedua ibu bapa ku.
Ingin aku bawa sinar cahaya kepada kedua ibu bapa ku.
Tidak mahu aku jadi Iblis.
Ego melawan, kedua ibu bapa.

Siapa yang tahu rasa-ku apa?
Siapa?

Orang yang hanya mendengar pada mereka yang telah berpengalaman dan berpangkat sahaja itu adalah orang yang jahil. Itu pada aku. Aku yang berpangkat Sijil SPM sahaja.

Friday, June 12, 2009

merakyat dengan merumput!

Sempena catatan yang ke-seratus ini, aku ingin membuat pengakuan tentang sesuatu, dan harapnya, pengakuan ini tidak perlu dilakukan terang-terangan.
Catatan kali ini datangnya dari cakap-cakap seorang budak kampong yang gemar benar bermain guli, berseronok sendiri-sendiri, sibuk bermain, berseorangan, sambil diawasi ketat kedua ibu bapa,dua orang abang dan kakaknya. Apakala dia masih bahagia, disamping mereka yang membahagiakannya, dia tetap berasa sedih pilu, kerana guli-gulinya acap kali hilang, entah ke mana. Menurut budak kampong yang keseorangan itu, guli-gulinya disyaki bergolek-golek diam-diam menuju ke dalam kolam ikan di tepi rumahnya, dan telah ditelan kesemuanya oleh ikan-ikan, tanda protes - kerana tidak diberi hak kebebasan mutlak, lalu mati. Dengan rasa hampa dan kecewa, kerana tidak sempat membuat kaji selidik serta laporan atas kehilangan guli-gulinya (angkara ayah kesayangannya tidak membenarkan sebarang bedah siasat dilakukan), dia pun mula mencari tempat untuk mengadu dan menggedik. Separuh jam dia mencari tempat mencurah perasaan, dan akhirnya! Bertemu dia dengan manusia yang membuat catatan ini, dan mula bercakap tidak henti-henti, juga kadang-kadang menyanyi dia lagu-lagu sambil menangis berhingus. Antara yang masih dalam ingatan, begini sedikit-sedikit bunyinya;

“kau pergiiiiiiii.. pergiiiiiiiiii..
sepiiiiiii, tanpa kata…..
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa….”

Dan dengan penuh perasaan, dia mula memetik gitar, ala-ala Aizat, walaupun wajahnya jauh lebih indah, tidak dapat dinafikan! Sedih daku melihat gelagat budak kampong ini, menangis tanpa henti dia. Arakian, selepas dia puas, bercakap, menyanyi, dan bercakap dan menyanyi, dia pun berhenti, lalu berkata,sambil membahasakan dirinya ‘adik’. Manjanik sungguh! Aduh!
“Adik tahu, Obama jadi presiden, memang rancangan dorang. Tapi janganlah sampai adik jadi mangsa!”

Aku, aku dan pokok-pokok serta rumput-rampai sekeliling terdiam. Adakah dia dirasuk ikan-ikan yang kuat memprotes itu? Atau…… ah, sama sekali aku tidak faham.
Sebentar! Mungkinkah dia menyembunyikan sesuatu pada guli-guli, yang suka bergolek-golekan itu?