Sunday, February 22, 2009

Sarrack Osama



Bobby Dean mencari hadiah.
Untuk isteri tercinta.
Sepasang baju dalam.
Sempena Hari Kelahiran Jesus.
Yang bakal menjelang.

Sedang asyik menunggu.
Model di kedai baju dalam.
Tiba-tiba.

Datang seorang kawan lama.
Danny Zavitz namanya.

Termengah.
Seperti dikejar ejen jahat.
CIA dan FBI.
Serta IMF.
Juga BPR.

Model baju dalam pun muncul.
Menayangkan baju dalam.
Serta tidak lupa.
Badan sekali.

Sambil menyelam minum air.

Tanpa disedari.
Oleh Bobby Dean.
Danny Zavitz.
Memasukkan sehelai kertas.
Ke dalam.
Beg plastik.
Bobby Dean.

Kertas tersebut adalah rahsia.
Kerajaan Sarrack Osama.

Bersambung...

Monday, February 16, 2009

keliling pinggang

wahai Tuhan kami,
lindungilah kami,
dari beban hutang-piutang,
dan,
dari penganiyaan.

hamba kepada hutang,
debt slave.
target puak yahudi.

negara dunia pertama,
beri pinjaman kewangan.
negara dunia ketiga.

international monetary fund,
world bank.

Malaysia, Negara-ku.

PTPTN.

masihkah kau ingat?
sudah langsai?

negara dunia pertama,
jadikan negara dunia ketiga,
hamba hutang.
negara dunia ketiga,
jadikan anak muda dunia ketiga,
hamba hutang-hamba hutang.

jangan kita derhaka pada sultan!
kerana sultan telah banyak berkorban!
untuk periuk nasi rakyat!

minggu bahasa

Aku buka mata.
Tutup.
Buka, sedar.

Hari ini,
Aku ada perhitungan.
Menyanyikan lagu.
Okonkwo yang terubah-suai.

Aku minat menyanyi.
Musik.

Banyak acara lain.
Kolaj,
Sajak,
Komik,
Poster.

Tetapi aku mahu nyanyi.

Selepas mandi.

Aku pun,
Menyarung baju putih,
Terlekat lencana.

Tadika KeMaS Kampong Padang Lebar.

Saturday, February 14, 2009

aku mohon maaf

dari,
Perpustakaan Tun Sri Lanang,

manemukan, suatu pemerhatian,
yang membuat bulu2 tengkuk-ku,
tegak berdiri.

seorang gadis lengkap bertudung,
menutup yang sepatutnya,
mengurung tubuh,
dengan kemanisan bunga-bungaan,
Baju Kurung Melayu-nya,
siap berstoking disebalik sandal.

dipimpin dia,
seorang pakcik, mata tak ternampakkan.
dia dengan kudrat wanitanya,
mengharung anak-anak tangga,
yang aku kutuk dalam hati,
sungguh banyak dan menyakitkan.

dari Stesen Komuter di UKM,
dia memimpin seorang pakcik,
mengarah ke Seremban.

pakcik itu selamat sampai, duduk.

dan wanita kecil itu,
naik semula anak-anak tangga,
yang aku kutuk dalam hati,
sungguh banyak dan menyakitkan,
mengarah pula ke Kuala Lumpur.

AHH!

aku dibelakang,
ketika dia memimpin pakcik itu.
aku hanya melihat,
sedangkan, aku lelaki!

apologetic

Ramai mengadu,
Denda jika melakukan salah,
Tidak memakai tali pinggang keledar,
Bahagian belakang, sangat membebankan.

Keluar aliran pemikiran berbeza,

Walau dendanya semahal mana,
Jika sikap tidak diubah,
Anda tidak mampu mengubahnya.

Sempat lagi,
Diselitkan contoh,

Sukan bermotor-membazir Formula Satu,
Penuh dengan struktur penjaga keselamatan,
Tetapi mati juga Ayrton Senna.

NAH!

Sama sahaja,
Jika ingin baiki sistem ekonomi kini,
Tidak perlu ‘bail-out’ mahupun ‘fiscal policy’.

Jika sifat tamak-memijak-menindas,
Tidak dicantas.

Wednesday, February 11, 2009

tuailait

Coolant tidak jadi mati,
kerana tak tertahan.

melihat gelagat,
si perempuan,
Bella.

sepanjang kematiannya,
Bella berlakon,
bagai nak gila.

melampau,
lebih-lebih.

maklumlah,
Coolant beri peluang.

HUH!
si perempuan,
Bella.
panas.

Bella apa lagi,
terkejut.
melihat Coolant.

"aku benci engkau,
wahai cik Coolant"

Coolant hairan,
pelik.

Monday, February 9, 2009

megahlayu

bangkit rakyat,
sebentar sahaja.

feudal kuning,
terus-terus!

jangan kau undur,
kerana rakyat,
kan melawan,
sekejap-sekejap saja!

feudal kuning,
jika kau perlaku silap,
rakyat kan menentang,

tetapi,
terus-terus!

rakyat kan menentang,
sekejap saja!

feudal kuning,
lakukan-lah apa kemahuanmu,
pada bangsa-ku,

sejak dari dulu,
hingga kini,
lakukan, lakukan,
apa saja!

kerana,
rakyat kan menentang,
sekejap saja.