Tuesday, October 7, 2008

revolusi atau evolusi?

ramai yang kecewa dengan bangsanya sendiri,bangsa melayu.mereka kata,orang melayu hanya pandai melontar retoris kosong serta omongan bocor dan tidak juga lupa,mereka kata orang melayu mudah lupa.mereka kata lagi,orang melayu ini tidak bijak berniaga,pemalas culas,manja bukan kepalang.ini mereka kata,bukan saya yang kata,mereka dan saya bukan 'kita',yakni bukan satu entiti,walaupun mungkin sama bangsa dan agama.banyak lagi mereka kata yang melayu ini buruk-buruk belaka sehinggakan tidak tertinta,semuanya buruk-buruk sahaja.tulisan ini bukan tulisan mengutuk bangsa melayu,bangsa saya sendiri. tetapi lebih ingin mencari jawapan kepada bagaimana untuk orang melayu bangkit dari kemunduran jika benar-benar melayu itu mundur.ini satu gerakan yang bertanggungjawab,bukan gerakan omongan kosong dan busuk.dan sudah pasti jawapannya bukan mengatakan orang melayu ini buruk-buruk sahaja seperti yang mereka lakukan.

cara pertama dari sudut pandang orang teori yang belum teruji dengan praktikal dunia yang sering membunuh adalah, jika melayu itu air di dalam bekas,bekasnya perlulah nilai bukan ideologi. Hal ini harus jelas, kita, saya dan mereka haruslah bijak membezakan keduanya. Kita harus menolak segala bentuk ideologi dan mengambil nilai, kerana mana, nilai itu tidak akan berubah bentuk,tidak sama sekali,sebagai contoh, ‘baik’ tidak akan menjadi ‘jahat’. Baik tetap lah ia dengan kebaikan. Tetapi selepas manusia berlagak pandai, baik itu mampu diubah menjadi jahat, yakni dengan cara ‘udang di sebalik batu’. Siapa yang mengajar manusia mengubah bentuk nilai ini jika tidak ideologi?boleh juga disimpulkan sebagai ideologi ini perkataannya nampak hebat tetapi cukup kotor seperti mana ‘liberalis’ dan ‘sekularis’. Oleh itu, soalan kepada pembaca dalam kongkongan pendapat ini, adakah islam itu ideologi atau nilai?

Cara kedua dari sudut mata pena orang melayu yang masih mencari darah moyangnya yang terhambur di bawah langit merdeka ialah bersandarkan kepada hakikat sesungguhnya musuh dalam selimut ialah musuh yang paling bahaya. Untuk maju, penghapusan etnik jenis hipokrit dan penipu ini haruslah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan telus. Za’ba sendiri memperakui, bangsa melayu ini bangsanya dengki belaka. Ini bukan saya yang kata, tetapi kata-kata tokoh bahasa melayu merangkap tokoh UMNO, parti yang membawa kemerdekaan tanah melayu dengan cara mengampu, jangan kita tolak kenyataan ini, Za’ba pernah menulis, syukur kepada tuhan kita orang melayu dengan tibanya orang putih di tanah ini. Boleh juga disimpulkan bahawa orang melayu sendiri dengan jelas tidak mengenali tokoh yang dipuja dan disanjung hingga ke langit dengan kadar yang persis. Oleh itu, soalan kepada pembaca dalam kongkongan idea ini, siapakah yang benar-benar merdeka dalam meratah hasil mahsul bumi tanah melayu, pemimpin politik atau rakyat jelata?

Cara ketiga dari sudut terpencil rakyat kecil lagi muda yang selalu memencilkan diri kerana takut dianggap radikal dan tidak sesuai dengan rakan-rakannya adalah di bawah premis para intelektuil harus dihargai.

Subuh sudah tiba, huraian masih tersimpan dalam kotak minda, jika ada kesempatan, akan terkeluar juga ia. Dan akan terapung juga cara-cara lainya yang terlalu banyak kerana terlalu banyaknya kerosakan. Oleh itu, soalan kepada pembaca, masih adakah ruang untuk tulisan seterusnya?

071008,kesan tidur tak tentu

3 comments:

faratul nia said...

takutnye....
susah btol ain nk paham...
tp nmpak kowt point dia cket2...
tp yg ain paham 2 berterabur...
ain pn xpasti....
haha...kna xplen la neyh....

Lord Hosni the Wise said...

jawapan 1 - islam itu ialah islam..tidak boleh disamakan dengan nilai mahupun ideologi. islam merujuk kepada pegangan yang kukuh terhadap hukum2 Allah, lantas menegakkannya di atas muka bumi. bukanlah soalnya islam itu adalah ideologi atau nilai, tetapi adakah islam satu peraturan, atau sekadar garis panduan?

jawapan 2 - sudah tentulah pemimpin politik yang merdeka dalam hal ini lantaran penguassan ilmu mereka, lantas kesempatan diambil keatas rakyat yang masih dibelengu kesempitan akal. namun dari segi moral dan etika, kedua-duanya sama tidak merdeka.

jawapan 3 - buah fikiran kebiasaannya sarat dikepala, ditemani hujah2 dan bukti2. namun untuk mengaturkannya di dalam susunan kata amatlah susah jika tidak ada kesungguhan. berkat kesungguhan, pastinya ruang masih terbuka.

soalan pula- apakah yang dimaksudkan zaaba dengan bersyukur orang melayu atas kedatangan orang putih?

orang kampong said...

jawapan 1 ; islam tentunya nilai,baca soalan dengan tenang dan hati terbuka,soalan timbul tidak tenggelam dengan kongkongan isi-isi di bahagian atasnya.jikalau tidak ada kongkongan,sudah tentu islam itu agama Allah,kanak-kanak kecil yang comel lagi bersih hati mereka pun sudah tentu mengerti,jika ayah mereka menjalankan tugas.

jawapan 2 ;'merdeka' cukup luas sehingga sempadannya tak ternampakkan,tetapi dengan usaha padu,ia masih dapat ditangkap dan dicampak dalam kongkongan yang cukup indah permai,merdeka lah kita jika kita tahu apa yang kita mahu dan apa yang kita selesa dengan,kita tahu apa yang hendak dimerdekakan.maka,pemimipin politik dan rakyat,siapa tahu moral dan etika mereka sudah merdeka atau belum?dari butterfinggers,tentang-tentang;
dosa dan pahalaku
tuhan saja
tuhan saja yang tahu

jawapan 3 ; doakan lah wahai sahabatku hosni,agar daku dapat terus berjuang atas tanah yang kotor dan langit yang hitam bukat,agar perjuangan ku benar-benar masak hangus sehingga tanah yang ku pijak ini permai,langit yang ku dukung ini sentosa.marilah kita pulang kepada kesempurnaan.

soalan pula ;pejuang gemar mencari,sila baca biografi Pak Sako,Putera Gunung Tahan.sila dan persilakanlah.