Wednesday, September 21, 2011

Pak Samad, dulu dan kini.

Kesedaran politik saya banyak dibantu dengan pembacaan karya2 sastera melayu. Hasil penulisan sasterawan negara terutamanya Ishak Haji Muhammad dan A Samad Said banyak membentuk cara saya berfikir dan berprinsip. Tidak saya mahu sembunyikan, saya juga penggemar karya ‘kontrovesi’ penulis muda pada ketika itu, Faisal Tehrani.

Kekaguman saya terhadap karya2 mereka juga mendorong saya untuk meneliliti biografi dan esei2 mereka. Dan yang paling mencuri perhatian saya ialah esei2 Pak Samad. Saya sempat membaca buku yang mengumpulkan esei2 pendek beliau bertajuk Ilham di tepi Tasik.

Dalam satu esei beliau bertajuk Kisah Makna dan Tamsil Amalan Hidup, Pak Samad ada menyebut tentang labelan firaun atau maha firaun itu ‘nampaknya terlepas langsung daripada pengertian atau fikiran yang sihat, santun dan insani. Makanya, ia tidak lagi satu ketulusan dan kejujuran, jika memang maksudnya untuk menginsafkan’. Karya2 yang menggunakan gaya penulisan keras juga beliau anggapkan seperti ‘kecenderungan negatif nampaknya seperti sengaja dinyalakan, malah dipermasyur, sehingga ia benar2 dapat menjadikan senjata menghina lawan. Nyatalah, di sini adab telah dikalahkan oleh nafsu’.

Di akhir esei tersebut, beliau sempat mengkritik dengan nada sinis akan karya Shit tulisan Shahnon Ahmad. Beliau menyebut, ‘bahasa adab tampaknya sengaja cepat diracuni, dan bahasa dengki sepalsunya disantuni.’ Beliau juga kesal dan risau akan masa depan dan adab generasi akan datang jika perihal ini diteruskan. Kerisauan itu dinyatakan, ‘tidak tersedar bahawa kini kita sebenarnya sedang tolong mengajar generasi muda supaya cepat terbiasa dengan kata2 kebuasan haiwan dankebusukan najis itu’.

Beliau bijak menyatakan contoh baik yang harus diikuti jika niat menegur itu hendak diteruskan dengan meletakkan perbandingkan karya Shahnon itu dengan karya Joe Klein yang pada beliau lebih ‘berseri’ dan ‘sedikit sopan’.

Di akhir esei itu juga, pembaca disajikan dengan contoh bentuk kritikan yang pada beliau berseni. Beliau menulis, sebagai jawapan kepada ‘serangan peribadi’ antara kedua sasterawan negara ini. Beliau menulis, ‘pada tangan orang yang pernah mempelopori sogan “Malay Power”, sempat berada dalam UMNO, beralih menjadi pendukung Arqam dan kini mewakili PAS dalam parlimen, ternyata Shahnon banyak pindah-randahnya. Dengan sejarahnya ternyata, agak aneh, saya pula yang dikatakan lalang’.

Dalam esei lain, bertajuk Sastera: Wajah Indah, Wajah Hodoh, Pak Samad ada menyebut tentang seni dari sudut mata pandang seorang yang berpengalaman dalam kesusasteraan melayu seperti beliau. Beliau menyebut, ‘seni yang lahir daripada telanjang budi ini bakal cepat terlorot menjadi persembahan non-seni’.

Dalam esei yang sama bleiau ada menyisipkan pendapat berkaitan karya seni yang paling ideal. Pada beliau seni perlu ‘membimbing ke jalan yang baik, mempertingkatkan kebijaksanaan dan hemah manusia’. Beliau menceritakan bagaimana pendapat ini terhasil, yang mana lahir dari Angkatan Sasterawan 50 atau lebih dikenalisebagai ASAS 50. Beliau mengaku bahawa angkatan ini terdorong dari penubuhan Angkatan 45, tetapi tingkat ‘keras’nya berbeza. Pada beliau karya2 ASAS 50 lebih lembut jika hendak dibandingkan dengan karya2 pembangkit semangat Angkatan 45. ASAS 50 lembut memegang prinsip ‘seni untuk masyarakat’.

Mengapa saya katakan mencuri perhatian saya adalah apabila Pak Samad ternyata mengotakan kata2 beliau iaitu seni itu untuk masyarakat. Pada saya beliau boleh dianggap wira ketika sama2 turun ke jalan raya, mempertahankan Bahasa Melayu, dalam Demonstrasi membantah perlaksanaan PPSMI. Juga, baru2 ini, beliau turut turun ke jalan raya, atas fikir risau beliau akan demokrasi di tanah air tercinta. Beliau menulis beberapa sajak yang menggegar kerusi sang pemerintah, karya2 yang tidak harus dilupakan seperti Unggun Bersih dan Peludah Warna.

Terbaru, saya ada terjumpa di koleksi buku2 abang saya, antologi puisi bertajuk Puisi Jadi Senjata yang disusun oleh Fazallah Pit. Antalogi itu menghimpunkan sajak2 anak muda, menyokong Pak Samad dan Bersih 2.0.

Dalam kata2 awal dari Pak Samad, dalam Demokrasi Terdera, beliau menulis ‘puisi sebenarnya boleh cantik dan boleh hodoh. Dan kerana keadaanya hodoh puisi jarang cantik,walaupun jujur…Tampaknya itulah yang menyala dalam puisi golongan muda ini yang jujur merangkap situasi hewani dengan bahasa yang terkadang kasar, tetapi insani sifatnya.’ Beliau ternyata memuji dan bersetuju dengan karya2 anak muda dalam antologi tersebut.

Namun, saya berasa sedikit hairan apabila membaca karya2 anak muda itu, bermula dari Di Sisi Pak Samad, Anak Muda Berdiri hinggalah kesudahan antologi. Apa yang menghairankan saya adalah perilaku Pak Samad dalm membiarkan anak2 muda menggunakan kata2 keras dan kadang2 menjengkelkan, seolah2 tidak selari pula dengan pendapat beliau sebelum ini.

Contoh kata2 keras yang saya maksudkan termasuklah ‘..terasa bangsat benar…’ dalam Di Sisi Pak Samad, Anak Muda Berdiri, ‘…sifir penduduk negara bodoh…’ dalam Tak Semua Sasterawan Tukang Angguk, ‘kami angjing2 liar, dan babi2 tunggal’, dalam PESAN (Dari Aku Dan Kawan2) dan ‘kekosongan babi’ dalam Hujan Batu, Perangai Hantu. Ada judul sajaknya sahaja sudah memualkan seperti sajak Anjing Bukan Tuhan dan Sabda Anjing.

Beberapa sajak juga menggunakan beberapa ayat yang kurang enak dibaca, yang mana kata Pak Samad bertujuan untuk menghantar mesej murni, seperti dalam Sumpah Salina:

‘Namaku salina

Di mana cinta dilafaz

Di antara celah kangkang

Sejuk dan busuk’

Juga dalam 5 Puluh Juta:

‘Dan helaian 5 puluh juta pepohon bertasbih celaka’

Dan Sabda Anjing:

‘Telaga hidup segera jadi hanyir

Bila anjing2 membuka kata’

Kesemua contoh di atas membuatkan saya banyak berfikir. Pernah saya sendiri mendengar, dalam satu majlis di Klang, Pak Samad ada mengatakan bahawa beliau sudah insaf. Adakah ‘keinsafan’ itu maksudnya tidak lagi berlembut dengan sang penguasa? Atau insaf itu diterjemahkan dalam seruan kepada sajak2 haiwan kotor karangan anak muda? Atau adakah itu erti sebenar keinsafan, menghina sang penguasa, yang sedia hina itu supaya turun melakukan perubahan, melihat rintih rakyat?

Saya menulis esei ini juga bukanlah tujuan saya untuk mengkritik Pak Samad. Malah siapa saya untuk mengkritik beliau, sedangkan banyak isi dalam esei ini hanya cuplikan dari karya Pak Samad dan antologi tersebut. Namun begitu, saya fikir ini perlu, sekurang2nya untuk memaparkan dua dimensi berbeza seorang individu, dulu dan kini. Mengapa ia berubah, dan berubahnya kea rah mana, pembaca sendiri tentukan.

Saya mengikut juga nasihat Pak Samad, dalam karya dramanya Wira Bukit, iaitu kesimpulan dan pengakhiran cerita atau penulisan itu seeloknya dipulangkan kepada pembaca . Di situlah letaknya tiitk indah dalam satu2 karya, iaitu kebebasan untuk memilih, juga mengakhirkannya.

Saturday, December 25, 2010

fiat justitia, ruat coelum

Yang di atas ini maksudnya seperti keris pulang ke tuan.

Badan judisiari merupakan satu organisasi yang terpenting dalam dunia demokrasi. Ini kerana, organisasi ini sahajalah yang diberi kuasa untuk menyelesaikan pertelingkahan jika ada antara organisasi selebihnya, seperti antara badan eksekutif dan legislatif, antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Perlu diingatkan, di Malaysia, selepas berlakunya konflik perlembagaan tahun 1993, suatu pindaan telah dilakukan dengan memberi kuasa dan ruang kepada badan ini untuk juga menyelesaikan permasalahan atas perlakuan Yang di-Pertuan Agong jika ada, dalam kapasiti peribadi baginda sendiri. Dengan kata lain, badan ini sahajalah yang mempunyai kuasa untuk menjaga batas-batas fitrah setiap organisasi juga menghadkan kuasa mereka, dari yang paling rendah hingga yang tertinggi, seterusnya menjadi badan yang menjaga sistem demokrasi secara menyeluruh.

Walaupun begitu, badan judisiari ini tidaklah mempunyai kuasa mutlak. Ia masih diikat dengan perlembagaan yang menghadkan kuasanya. Seperti dalam buku Malaysian Constitution; a critical introduction, hasil tulisan Abdul Aziz Bari, seorang pakar perlembagaan negara ada menyebut; “ ….democracy is intimately related with rules and procedures. These invariably mean the constitution and the law. And the judges are involved as they are the ones who apply and monitor the law and constitution….As the main agent in the country’s disputes-resolving mechanism, the court is there to dispense justice. But at the same time, the courts have to interpret and apply the law and in doing so, the courts must make sure that all the authorities remain within their legal bounds….For the courts, what is crucial is not so much defining those conceptions in scholarly terms, but instead making sure that the practical implications of their judgments do not run counter to those ideals.”

Untuk menterjemahkan apa yang disebut di atas ke dalam dunia nyata, badan ini perlulah bebas dari cengkaman badan legislatif dan eksekutif. Tidak saya katakan badan ini kuasanya perlu mengatasi badan-badan yang lain, tetapi ia perlulah sekurang-kurangnya setara. Secara realitinya, perkara ini sukar untuk berlaku di Malaysia. Ini kerana prinsip pecahan kuasa tidak disebut dalam perlembagaan. Di Malaysia, kuasa tertinggi dan yang paling ‘supreme’ ialah perlembagaan, dan bukannya ‘convention’ seperti apa yang diaplikasi di Britain. Oleh yang demikian, kuasa judisiari ini terdedah kepada pindaan badan legislatif dan eksekutif, dengan erti kata lain, kebebasannya mampu diganggu-gugat.

Dalam sejarah kita Malaysia, kuasa judisiari ini sudah pun dikacau ganggu oleh badan legislatif dan eksekutif. Hal ini berlaku ketika meletusnya krisis tahun 1988, bila mana ego dan ketamakkan kuasa Perdana Menteri ketika itu mengatasi segala-galanya. Ia dipaparkan dengan jelas dalam adegan pemecatan 3 orang hakim termasuklah Tun Salleh Abas yang pada ketika itu bertugas sebagai ketua hakim negara, dan seterusnya pindaan terhadap artikel 121 yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Dalam buku ‘Law, Government And The Constitution In Malaysia’ ada menyebut, “Many senior statesmen, lawyers, and other public figures, principally Tunku Abdul Rahman and Tun Suffian, weighed in with fierce criticism of the Government. The episode was described as an unconstitutional interference with judicial independence.” Perkara ini bukan sahaja mengejutkan politik negara malahan antarabangsa kerana Malaysia dahulunya mahsyur dengan kreadibiliti sistem kehakimannya.

Krisis tahun 1988 ini menjadi batu loncatan kepada kepunahan sistem judisiari di negara kita. Apabila hilangnya kebebesan judisiari, maka hilanglah kemampuannya untuk menjaga sistem demokrasi itu secara menyeluruh. Punah ranaplah demokrasi apabila badan judisiari ini dilacur dan diliwat secara bertalu-talu, dari semua arah. Bermula dari titik itu, kreadibiliti hakim mula dipersoalkan, mula dikatakan agen kerajaan, barua dan sebagainya. Tanggapan ini semakin buruk selepas berlakunya pemecatan Timbalan Perdana Menteri, Anwar pada tahun 1998. Mahkamah seolah-olah dipergunakan dan dijadikan medan untuk menghancurkan imej seseorang.. Saya tidaklah ingin memenangkan Anwar, tetapi kepunahan yang dilakukan ke atas badan judisiari itu yang menarik perhatian saya.

Dalam laporan rasmi kes liwat Anwar 1998; Public Prosecutor v Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim & Anor [2001] 3 Mlj 193, Criminal Trials No 45-51 Of 1998 And No 45-26 Of 1999, yang dihakimi oleh Arifin Jaka, ada membekalkan maklumat penghujahan kepada rakyat, seterusnya memaparkan cara bagaimana mahkamah membuat keputusan atas satu-satu isu. Dalam kes ini, keputusan mahkamah dilakukan atas dasar beberapa hujah termasuklah (Bahasa Malaysia summary) ;

”(10)Adalah keputusan mahkamah bahawa berkenaan dengan tuduhan terhadap kedua-dua tertuduh, Azizan merupakan seorang saksi diharap, yang boleh dipercayai sepenuhnya dan bercakap benar dengan mengambil kira keseluruhan keterangannya tanpa mengira hujah yang tidak konsisten, perbezaan dan penyangkalan yang tidak mengurangkan darjah keberatan dan kebenaran keterangannya berkaitan dengan unsur-unsur tuduhan terhadap kedua-dua tertuduh. Gambaran dan pengalaman secara langsung Azizan bahawa beliau diliwat sesungguhnya menolak sebarang kemungkinan bahawa Azizan telah diajar atau diarah seperti yang dikatakan oleh peguam pembela. Tiada orang atau hakim yang munasabah mungkin mencapai keputusan selain daripada kesimpulan bahawa kedua-dua tertuduh telah meliwatnya. Hanya pihak yang telah dibabitkan secara terus dan aktif dalam perbuatan meliwat ini boleh menghuraikan butir-butir adegan ini.”

Apakah butir-butir adegan itu? Apakah butir-butir yang menyebabkan ‘tiada orang atau hakim yang munasabah mungkin mencapai keputusan selain daripada kesimpulan bahawa kedua-dua tertuduh telah meliwatnya’?

Dalam laporan yang sama, terkandung dalam ‘The prosecution case’, hakim ada menyebut;

“[26]On arrival at the apartment, Sukma himself opened the door and invited him in. He was surprised and stunned when he saw Dato' Seri Anwar was present in the sitting room. He was surprised as he did not expect Dato' Seri Anwar to be there as well. Sukma did not tell him (Azizan) at the time when he invited Azizan to the apartment that some other people would also be in the apartment. Dato' Seri Anwar signaled by using his hand to Azizan to go in to a room which was in fact a bedroom. He was followed into the bedroom by both accused. Azizan continued giving evidence in camera and narrated in great detai l what happened in the bedroom. He said that Dato' Seri Anwar asked him to remove his shirt but he was reluctant to do so as he was sure he would be sodomized. This evidence was objected to by Mr Fernando on behalf of Dato' Seri Anwar on the ground that it is in admissible, irrelevant and highly prejudicial. I over ruled the objection and admitted the evidence as relevant under s 14 of the Evidence Act 1950 ('theAct') being facts showing the existence of the state of mind of Azizan and the intention of Dato' Seri Anwar which is relevant to the issue before this court.

[27] Azizan further said that Dato' Seri Anwar removed his clothings and he was completely naked. In such a situation which was forced on him, Azizan removed his shirt and trousers except his underwear. He said he was shy to remove his underwear. At that time Sukma who was fully dressed was also in the bedroom. Dato' Seri Anwar who was by then lying on the bed pulled Azizan to the bed and removed Azizan's underwear who was by then lying on the bed. What transpired there after was clearly narrated by Azizan. He started by unfolding the preliminary acts performed by Dato' Seri Anwar before the actual act of sodomy was committed. At the request of Dato' Seri Anwar, Azizan sucked his penis. Dato' Seri Anwar kissed him 'dan memperlakukan saya sebagai seorang perempuan dengan mencium saya di bahagian leher, telinga dan kedua-dua puting dada saya'.

[28] Azizan proceeded to describe how this act of sodomy was committed on him. Dato' Seri Anwar inserted his penis into Azizan's anus when he was lying on his back on bed. While in that position Azizan said, 'pada mulanya dia mengangkat kedua-dua belah kaki saya dengan tangannya dan memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya'. Dato' Seri Anwar's penis remained in his anus for about two minutes and Azizan complained of pain. Dato' Seri Anwar then pulled out his penis and applied some cream to it and also around Azizan's anus. He then sodomized Azizan who was then in the 'menonggeng' position from behind for quite some time until he reached orgasm.

[29]Dato' Seri Anwar then went to the bathroom. At that time Azizan was still in the 'menonggeng' position. He saw Sukma was already naked. Sukma was in standing position and he pulled Azizan towards him and sodomized Azizan from behind while in the 'menonggeng' position.

[30] Azizan said he was annoyed with both the accused because they had sodomized him. He said he allowed Dato' Seri Anwar to sodomize him because he was scared of him as he was the Minister of Finance at that time and he feared that Dato' Seri Anwar would take action against him. As for Sukma, Azizan said he allowed him to sodomize him (Azizan) because he was scared Dato' Seri Anwar was present in the room and Azizan was under the impression that both the accused had conspired (berpakat) to sodomize him.”

Pada logik fikiran saya, dengan adanya kecanggihan internet masa kini juga dengan mengambil kira factok-faktor lain, adegan seperti yang diceritakan oleh Azizan di atas sangat boleh diimiginasikan dan difantasikan oleh sesiapa pun, termasuk ustaz-ustaz sekali pun. Hujah yang serapuh itu masih diterima pakai oleh hakim, yang pada saya, sekurang-kurangnya saya, tidak langsung masuk akal.

Saya ingin tegaskan di sini, tiada niat di hati ini untuk mencemar mahkamah. Saya sebagai rakyat, percaya bahawa saya juga punyai hak untuk tidak bersetuju dengan pendapat orang lain, termasuklah hakim sekalipun. Saya punyai hak untuk mengutarakan pendapat dan memberikan komen kepada hasil dapatan mahkamah.

Kecelaruan dan kepunahan ini haruslah di baiki dengan kadar yang segera, bagi menyelamatkan badan judisiari dan seterunya sistem demokrasi itu sendiri. Jikalau perihal ini tidak dapat dilakukan sama sekali, walaupun selepas kerajaan Barisan Nasional ditumbangkan, saya yakin masanya sudah tiba untuk kemunculan suatu sistem baru yang lebih cantik dan molek; menepati fitrah manusia, bukan binatang.

Monday, November 22, 2010

Biar apa pun orang kata

Ini bukan entri tragis, ini entri peringatan buat saya.

Badan rasa lemah, hari ini saya hampir-hampir demam, tetapi gagal. Saya lega, tekak yang mulanya rasa kering, kepala yang mulanya berpusing, hidung dipenuhi cairan, semula berfungsi mengikut fitrah sihat. Saya lega, melalui medium dadah dan air suam, saya bertenaga semula selepas beberap jam tertidur.

Tidur dalam ketika demam, sejak kecil lagi, akan saya mimpi perkara yang sangat menakutkan. Ketika kecil, ketika demam, saya asyik termimpikan kematian insan yang disayangi. Dan mimpi itu akan berulang setiap kali virus menyerang tubuh. Tetapi sejak umur saya mencecah 19, kebiasaan itu mula berubah. Saya mimpi yang lain pula, perkara yang lebih mengacau ganggu jiwa.

Mata mula letih dan terasa mengantuk, ketika itu azan maghrib. Saya tertidur dan bermimpi. Mimpi buruk itu sama sahaja, ketika saya demam saya akan mimpikan yang itu, membuatkan hati jadi geram panas tertekan, mulut mula menyumpah apakala terjaga. Cuma kali ini berbeza sedikit, disebabkan tiada tertahan, saya sampaikan merayu dalam mimpi agar cepatlah terjaga. Merayu agar lepaskanlah saya.

Saya tidak akan malu lagi untuk menceritakan pengalaman mimpi saya di sini, ia eksklusif. Saya tidak pernah menceritakannya kepada sesiapa, tetapi saat ini saya putuskan untuk menceritakannya, agar dunia tahu, ketika ini saya sedang berperang dengannya, mimpi itu musuh pertama dan ulung.

Setiap kali ingin demam, saya akan termimpikan yang ini;

Saya sedang duduk melepak di hadapan pintu bilik lama saya di rumah lama, di Simpang Pertang. Pemandangan mengadap ruang tengah, meja makan berwarna gelap. Padanya, kerusi tersusun rapi, tiada ahli keluarga pun yang duduk di situ, hanya ada ayah di hujung ruang, berhampiran pintu dapur. Berdiri tegap, memandang saya. Saya senyum, dan ayah terus dengan muka tegas.

Ayah datang menghampriri saya, dan menyuruh saya bersiap. Katanya Pengarah menerima saya semula untuk menyambung pembelajaran saya. Dengan berat hati dan berdebar, saya bersiap dengan barang-barang, dan mula menaiki kenderaan. Mereka yang ada dalam kereta, termausklah ayah, di hadapan, saya dan mama, di belakang.

Dalam perjalanan, pelbagai konflik dalam jiwa dan minda mula bermain. Mampukah saya mengejar semula pembelajaran yang tertinggal, dan mampukah saya menepis segala tohmahan masyarakat kolej. Itu semua saya fikir, dan mimpi itu, dan kesakitan itu, seperti benar-benar berlaku. Saya resah sepanjang perjalanan.

Sampai sahaja di hadapan asrama kolej, dalam debaran yang melampau, saya salam mama, juga ayah. Ayah tidak lihat muka saya, walaupun saya merayu ayah untuk sekurang-kurangnya menjeling. Ayah tetap enggan, hanya menundukkan pendangan.

Saya masuk kawasan kolej, dengan rasa sakit, dari pandangan orang ramai, dan beban pembelajaran, seperti benar-benar berlaku, dalam mimpi itu ia seperti bukan mimpi. Pada saat itulah, saya mula merayu agar seksaan itu terlepas. Tetapi ia seolah-olah ingin terus menjerat. Saya akan terseksa, hingga mimpi puas mengganyang saya. Saya terpaksa merelakannya, sehingga ia puas, dan saya akan terjaga sendiri.

Saya terjaga, mimpi tamat. Saya terbangun, dengan penuh tekanan. Dada mula rasa sesak sebak, seperti biasa.

Agar mimpi seperti itu tidak berulang lagi, kerana ia membuatkan saya sakit. Saya kini sudah ada hidup sendiri, lepaskanlah saya. Saya merayu. Demi Tuhan! Bantulah saya melawannya.

Sunday, September 5, 2010

Hari-hari selepas Merdeka


ALIRAN MONTHLY, 3 MAR. '84, p.19


Friday, August 27, 2010

darah dan air mata

Mungkin cita-cita itu sahaja hartaku sekarang.

Untuk melarikan perasaan dan fikiran daripada kemurungan melampau, saya cuba untuk membaca dan menulis. Berbual dan berdamping dengan mereka yang rapat dan layak juga saya pilih untuk tujuan itu. Mereka ramai yang menyokong dalam lenggok bahasa dan gaya yang berbeza. Mewujudkan kepelbagaian, membuatkan hati ini juga punyai pelbagai pilihan. Untuk dijadikan benih, kepada suatu rancangan baru.

Agar segalanya terus melekat;

Ayah; salam dik ayah harap smngat juang adik brtambah, itu bru namanya pjuang. Hasilnya akan lbeh manis.

Angah; xpa bro..rancangan Allah adalah rancangan terbaik untuk kita. Jangan putus asa k bro..teruskan usaha. Kitorang still ada untuk boboy.

Kakak; dik akak syg boy k. akak bukan xnak col tp takot akak yg nangs over dr boy. Akak syg boy tau. xpe ade rzki lain k.

Itu sumber asal, dan selebihnya nasihat-nasihat yang masih berbaki, dan terus kekal.

Mama; mama tak kisah samada adik dapat atau tidak, tapi yang lebih penting ape yang adik rasa. Kami risaukan yang itu. Kita tak tahu apa seterusnya jika ad ik dapat, mungkin baik dan mungkin buruk, percayalah rancangan Tuhan itu yang terbaik untuk kita.

Kaksu; takpelah, masih ada peluang lagi. jangan bebankan diri dengan rasa terhutang atau terhukum, belajar dulu. Nanti asu topupkan boy…hehe

Abang;, kita orang beragama, duit bukan segalanya, ingat dan percaya itu. Apa sahaja doa kita, akan dimakbulkan Tuhan, jika bukan di dunia, Tuhan reserve kat akhirat nanti. Dah berapa ramai orang miskin yang kau kenal boleh berjaya? Jatuh bangun itu perkara biasa dalam hidup. Manusia tidak akan beri kita peluang kedua, tetapi Tuhan akan beri kita peluang kedua, ketiga, keempat dan seterusnya, jangan pernah putus asa. Ingat tak Ramadhan tahun lepas, Tuhan duga boy macam mane, tahun ni pun jadi jugak..mesti ada hikmahnya. Kita lelaki, kena kuat..jangan nangis, abang paham, susah….

Saya pulih buat beberapa jam selepas itu, saya tidur, dan terjaga dengan rempuhan rasa kecewa dalam dada, yang membuatkan dada ini sebak sesak. Tetapi mungkin kerana sudah punyai pengalaman, saya bersedia untuk menghadapi sebarang kebarangkalian. Ketika sedang mencari-cari jalan baru untuk meneruskan misi hidup, saya asyik bertanya pada diri, apakah modal dan harta untuk saya bawa menempuh jalan baru ini.

Saya bersetuju, harta yang ada pada saya kini hanyalah cita-cita.

Entah kenapa, apabila saya cuba muhasabah diri pagi tadi, saya teringat akan cerpen Sasterawan Negara Keris Mas bertajuk ‘Darah dan Air Mata’. Cerpen yang berlatar belakangkan zaman kekacauan Belanda di Indonesia dan ‘Malang, kota dingin yang indah di kaki gunung Bromo’ itu menceritakan perjuangan seorang perajurit Melayu dari Kuala Lumpur bersama-sama penduduk tempatan berperang menentang askar NICA (Netherlands Indies Civil Administration). Dalam ketika perjuangan berlangsung, sempat diselitkan bibit-bibit cinta antara perajurit Melayu dengan Suriati, seorang gadis jururawat Palang Merah yang dipanggil dengan panggilan manja nona, juga secara kebetulan sedang bertugas ketika perajurit tercedera. Adegan romantik mereka tidak kosong, malah penuh makna.

“saya tidak tahu bahasa Inggeris , tuan.” Kata si gadis.
“akhbar melayu tidak ada?”
“tidak ada. Tuan tahukah bahasa inggeris?”
“tahu juga sedikit-sedikit.”
“di mana tuan belajar?”
“di Kuala Lumpur.”
“wah, begitu jauh sekali tuan pergi belajar.”
“tidak jauh, hanya dekat rumah orang tua saya saja.”
“di Kuala Lumpurkah orang tua tuan?”
“ya, saya anak melayu.”
“anak melayu! Menjadi tentera Republik Indonesia?”
“mengapa, hairankah nona anak melayu menjadi perajurit tentera Republik Indonesia?”
“saya tidak hairan, dan saya rasa Malaya satu bahagian daripada Indonesia Raya juga, tetapi tidak saya sangka semangat pemuda-pemuda Melayu akan sampai begitu tinggi.”
“kalau nona membaca sejarah pahlawan-pahlawan Melayu zaman yang lampau tentu nona tidak hairan mendengar bahawa di sana sekarang ada angkatan pemuda yang insaf, yang sedang berjuang dengan semangat merdeka seratus persen.”

Demikianlah hari berlalu dan mereka semakin merapat. Sehinggalah cedera perajurit Melayu itu sembuh, dia kembali ke medan perang, dan tiba gilirannya untuk menerima terjahan peluru di dada. Ketika saat kematiannya, masih dia bersemangat dalam kata-katanya yang terputus-putus;

“Biarlah mereka maju, dan majulah terus saudara sampai musuh-musuh lari dari persada tanah air kita ini. Dan…saya rasa maut telah datang mendekati saya, biarlah saya menemui syahid terlebih dulu. Saudara-saudara teruslah berjuang, jangan berhenti-henti hingga cita-cita kemerdekaan kita tercapai seratus peratus.”

“Pesankan kepada kawan-kawan seperjuangan di Tanah Melayu supaya perjuangan diteruskan dan diperhebat, hingga Malaya merdeka dalam lingkungan Indonesia Raya.”

Cerpen berakhir dengan darah dan air mata. Tragis, juga berat membawa erti kepada saya. Walaupun cita-cita Indonesia Raya tidak dapat diterjemahkan dalam dunia nyata, ia tetap menjadi khazanah dan harta yang bernilai untuk kita sekarang. Perjuangan yang mamakan nyawa, walaupun untuk sekadar cita-cita, sudah cukup memadai jikalau ia wujud segar dan tetap dalam sanubari.

Kapasiti cita-cita itu hal yang berlainan, sepertinya cita-cita Indonesia Raya itu sendiri yang mendapat tentangan kuat sesetengah pihak. Ada yang bersetuju, ada juga menghina. Yang penting pada saya, cita-cita itu wujud, berfungsi sebagai tempat bergantung dan mengadu. Saya kira, cita-cita sahaja harta saya ketika ini. Biarlah kapasiti cita-cita saya, saya dan diri sendiri simpan rapi, tiada pengaruh luar. Agar ketika saat kematian saya kelak, tetap dalam hati ini cita-cita yang satu, tidak bergoncang lagi.

TITIK2

Dengan kesedaran kita tidak pernah merdeka. Jauh lagi saya.

Terima kasih kepada keluarga tersayang, kerana masih menerima sambil membantu dan menyokong. Tiada apa-apa yang mampu diberi, cuma ada cita-cita dan harapan. Juga, buat rakan-rakan dan teman istimewa.

Wednesday, June 16, 2010

Subsidi; tragedi?

Dalam esei hasil tulisan Cheryl Payer bertajuk The Debt Trap: The International Monetary Fund and the Third World, ada menyenaraikan beberapa cadangan 'penstabilan ekonomi' oleh IMF kepada negara-negara yang menjadi ahlinya yang gagal membayar hutang, atau ingin menambah jumlah pinjaman sebelum selesai membayar hutang (termasuk ciri-ciri lain). Cadangan ini lebih bersifat syarat dan lebih ditekankan kepada hanya negara-negara Dunia Ketiga dengan menggunakan kuasa yang terdapat dalam Artikel IV-nya. Cadangan 'penstabilan ekonomi' itu adalah seperti berikut;

1.abolition or liberalization of foreign exchange and import controls;
2.exchange rate devaluation;
3.anti-inflationary domestic programmes, including: (a) control of bank credit and higher interest rate; (b) lower state budget deficits through curbs on government spending, increases in taxes, abolition of subsidies; (c) controls on wage increases; and (d) dismantling price controls; and
4.greater hospitality for foreign private investment.

Saya tidak berminat untuk membincangkan apa yang terkandung dalam cadangan ini dan bagaimana ia dilaksanakan. Dalam entri kali ini, saya lebih tertarik untuk melihat kepada kesan dan impak yang terbit daripada cadangan 'penstabilan ekonomi' ini berdasarkan bukti-bukti sejarah yang berlaku di seluruh dunia. Ia berkisar tragedi yang berlaku kepada negara-negara Dunia Ketiga dan lebih menjurus kepada kesan daripada pemansuhan subsidi. Hal ini kerana polisi tersebut dilihat bertindak secara langsung kepada rakyat dan memberikan impak yang sangat cepat kepada mereka.

Pada bulan Januari 1977, kerajaan Mesir telah memansuhkan subsidi bahan makanan ruji dalam usahanya untuk mengurangkan kadar hutang dan defisit negara. Usaha pemansuhan subsidi ini disokong penuh oleh IMF, kerajaan Amerika Syarikat, Arab Saudi dan Kuwait. Berikutan pemansuhan ini, rakyat telah melakukan beberapa siri tunjuk perasaan di bandar-bandar besar di Mesir, menentangnya. Bagi menyekat tunjuk perasaan tersebut daripada terus merebak, pasukan tentera terpaksa mengambil tindakan, mengakibatkan 24 orang terbunuh.

Pada 1 Julai 1981, kesatuan sekerja tempatan telah mengadakan mogok besar-besaran di Casablanca berikutan pemansuhan subsidi ke atas bahan makanan ruji oleh kerajaan Maghribi. Subsidi itu ditarik balik bagi memenuhi syarat pinjaman IMF berjumlah USD 1.2 billion. Jumlah wang sebanyak itu diperlukan untuk membayar hutang negara pada institusi luar, selain cubaan menstruktur semula aktiviti pinjaman luar negara. Pemansuhan ini mengakibatkan kenaikan harga bahan makanan secara mendadak. Seperti dalam buku 'Unholy Trinity; The IMF, World Bank and WTO' ada menyebut; 'The removal of subsidies caused the price of butter to go up by 76%, wheat flour by 40%, sugar by 37% and cooking oil by 28%'. Mogok tersebut bertukar rusuhan golongan muda, bermula dari pekan-pekan kecil membawa kepada bandar-bandar besar. Hal ini memaksa pasukan polis dan tentera melepaskan tembakan kepada kumpulan rusuhan yang akhirnya mengakibatkan 66 orang terkorban (berdasarkan laporan rasmi kerajaan) atau 673 orang, kebanyakannya kanak-kanak dan golongan remaja (berdasarkan laporan Gerakan Sosialis tempatan).

Boleh disemak, banyak lagi protes, mogok dan rusuhan berlaku berpunca dari permasalahan yang sama, yakni pemansuhan subsidi seperti apa yang berlaku di Republik Dominika pada tahun 1984, di Nigeria pada tahun 1988, di Venezuela pada tahun 1989 dan di Indonesia pada tahun 1998. Kebangkitan rakyat dalam menentang kemiskinan dan pengangguran dibalas dengan pembunuhan kejam pihak kerajaan dan tentera. Mutakhir ini, perihal yang sama berlaku di Kyrgystan, dan ini membuatkan saya lebih yakin untuk menolak cara 'penstabilan ekonomi' ala IMF tersebut.

Pada Isnin, 14 Jun 2010, dilaporkan sekurang-kurangnya 117 orang telah terbunuh, 1500 telah cedera dan 75 000 yang lain telah melarikan diri ke Uzbekistan dalam konflik etnik antara etnik Uzbeks dan Kyrgyz yang meletus di bandar Osh, Kyrgyzstan. Konflik bermula pada hari Khamis yang semakin memuncak menjelang hujung minggu, bukan suasa baru dalam masyarakat negara tersebut. April lalu, kekacauan berlaku di bandar Bishkek yang mengorbankan 85 orang dalam masa dua hari, ketika rakyat berusaha untuk menjatuhkan kerajaan yang dipimpin oleh Kurmanbek Bakiyev (baca; Revolusi Tulip), dan sebagai penggantinya, mereka menerima Roza Otunbayeva, seorang wanita untuk mengapalai kerajaan sementara.

Berikutan konflik tersebut, para pemikir International Crisis Group, dalam kaji selidik umumnya bertajuk 'Kyrgyzstan: A Hollow Regime Collapses' menyalahkan kelemahan kredibiliti dan kepimpinan dalam kerajaan sementara Otunbayeza yang seterusnya membawa kepada meletusnya konflik etnik kali ini. Mungkin benar telahan tersebut, tetapi adakah itu merupakan satu-satunya punca kepada konflik dahsyat ini?

Dr. Balihar Sanghera, seorang pensyarah dalam bidang Sosiologi dan pengarah Sains Sosial di Britain's University of Kent berpendapat, punca sebenar kepada konflik etnik kali ini adalah berpunca daripada ketidakseimbangan pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan Kyrgyzstan, yang berasal daripada reformasi pertanian neoliberalism, yang dipelopori oleh IMF, World Bank dan WTO. Dalam esei bertajuk 'Why are Kyrgyzstan’s slum dwellers so angry?', beliau menulis;

'The International Monetary Fund, World Bank and World Trade Organisation have imposed upon Kyrgyzstan and many other developing countries a package of neo-liberal economic policies. Powerless to resist, governments have had to sign up to these structural adjustment programmes in return for international loans, foreign direct investment and other financial support. Since independence in 1991, Kyrgyzstan has undergone an extensive programme of liberal marketisation and privatisation: privatisation of land and property, a break-up of kolkhozes, reductions in subsidies and import tariffs, liberalisation of commodity prices, cuts in state expenditure, relaxation of foreign ownership rules in key sectors (such as gold mines), opening up of home markets to imports, floating the exchange rate and so on. The shock therapy approach to the ‘transition’ to a market economy has had negative consequences on the Kyrgyzstani agricultural sector and land invasions.' (sumber; http://www.opendemocracy.net)

Jelas sekali, kesan kepada pelaksanaan 'penstabilan ekonomi' ala IMF ini sangat buruk dan busuk. Ia jelas perlu dijauhi dan perlu dihindari, jangan sampai tragedi yang berlaku di negara luar itu berlaku di negara kita, Malaysia. Sesungguhnya kita maklum bahawa menghindari lebih baik daripada mengubati. Dalam kapasiti kesedaran tersebut, perlulah kita menyelidiki, meneliti dan memberi respon kepada apa sahaja tranformasi ekonomi yang dilakukan oleh kerajaan Najib, selari dengan konsep demokrasi kini; Government of the people, by the people, for the people, shall not perish from the Earth (Abraham Lincoln).

Najib telah melakukan banyak perubahan ekonomi. Pada awal pemerintahan beliau, liberlisasi ekonomi telah pun dilakukan; menghapuskan garis panduan FIC, menaikkan had pegangan asing dalam syarikat broker saham dan segmen runcit pengurusan dana saham amanah kepada 70%, pemilikan asing dalam segmen runcit industri pengurusan dana pula dibuka bagi pegangan sehingga 100 peratus dan meliberalisasikan 27 subsektor perkhidmatan. Kerajaan Najib juga nampak komited ingin melaksanakan sistem cukai GST walaupun mendapat bantahan daripada beberapa pihak. Pelbagai cadangan tranformasi ekonomi juga diutarakan, antaranya termasuklah cadangan pengurangan atau pemansuhkan subsidi tol, bahan api dan tenaga serta gula, tepung dan minyak masak, serta cadangan pelaksanaan Model Ekonomi Baru bagi menggantikan Dasar Ekonomi Baru yang dipelopori oleh bapa Najib sendiri, Razak.

Kesemua yang disebut di atas perlulah diperhatikan dengan teliti dan telus oleh rakyat agar kerajaan tidak tersalah pilih jalan untuk memajukan dan memakmurkan negara yang kita cintai ini. Banyak sekali contoh yang boleh kita lihat dan pelajari dari negara dan masyarakat luar, perkara yang ternyata buruk dan busuk perlulah dijauhi segera. Adakah mustahil Malaysia akan bersua hari berdarah seperti negara-negara yang saya sebutkan di atas? Sudah tentu tidak.

TITIK2

Walaupun mungkin itu mata pencarian mereka, katakan tidak pada 'vuvuzela'. Benda itu bikin telinga gua panas!!

Tuesday, June 1, 2010

Keseimbangan; jalan keluar

Sejak kebelakangan ini, melihat kepada politik di Malaysia, ia makin mengarah kepada memperkecil kemampuan dan kebijakan rakyat. Bahasa mudahnya, semakin lama semakin lagaknya seperti memperbodoh rakyat. Kebejatan berleluasa dipertonton secara terangan, tanpa ada segan silu malu. Maruah rakyat seolah dipijak dihinjak, institusi yang diharapkan, dijahanamkan sewenang-wenangnya, duit rakyat diguna dan dibohongi, hilang ketulusan dalam pentadbiran dan pelbagai lagi kerja jahat dilakukan.

Saya kira, semua pengkhianatan dan penganiyaan ini menjadi sebab kukuh kepada masyarakat untuk mencari jalan meloloskan diri dari terus tersepit dalam kebobrokan ini. Usaha itu pelbagai, ada yang menunggu selang lima tahun untuk membuang undi, berhasrat ingin ubah kerajaan. Ada yang keras dan bersemangat, berdemonstrasi menunjuk perasaan, tanda benci dan perlukan perubahan kadar segera. Semua usaha itu harus dipuji kerana mereka membuktikan bahawa segala kezaliman harus dibanteras dan dihapuskan.

Dalam usaha tersebut, walaubagaimanapun masih memerlukan kesederhanaan dan keseimbangan dalam segala hal, lebih-lebih lagi prinsip dan cita-cita perjuangan. Ia tidak boleh terlampau kurang dan tidak boleh pula terlampau berlebih-lebihan, tidak terlampau pengecut, tidak terlampau berani. Hal ini penting agar tidak ada yang tertipu menganut agama baru ciptaan manusia yang berbunyi moden dengan isme-isme yang pelbagai atas kesan kurang pembacaan atau obsesi. Pengakhiran yang paling digeruni adalah apabila segala usaha menjadi-jadi sia-sia dan masih terperangkap dalam belenggu yang sama tanpa apa-apa hasil selepas sekian lama.

Kesederhanaan dan keseimbangan merupakan elemen penting dalam pencarian jalan keluar kepada kezaliman ini. Elemen ini boleh diterjemahkan dengan sifat keterbukaan dan saling menerima pendapat lain sebelum membuat kesimpulan dan pegangan akhir. Keseimbangan mampu dicapai dengan melakukan banyak pembacaan dan perbincangan, yang mana bakal mewujudkan silang idea antara maklumat-maklumat yang diterima. Penolakan keras terhadap sesuatu pendapat sebelum penelitian yang sempurna dilakukan hanya akan merugikan. Tambah rugi dan rosak jika penolakan itu dibuat hanya atas dasar persepsi dan pandangan majoriti.

Agama yang saya anuti mengajarkan, malah menyatakan sifatnya yang terbuka dan anjal dalam segala hal kebijakan, selagi ia tidak menghampiri seterusnya melanggar sempadan yang telah disiapkan. Juga agama saya mengajarkan, walaupun sesuatu pendapat itu bersifat minoriti tetapi dalam masa yang sama mempunyai hujah yang kukuh, ia masih boleh diterima pakai malah kadangnya wajib diterima. Hal ini boleh disemak dengan mempelajari bagaimana cara cendiakawan Islam menentukan hukum yang tidak terkandung dalam al-Quran dan Sunnah. Juga ia boleh disemak melalui pensejarahan Islam iaitu ketika zaman Nabi Muhammad dan kegemilangan kerajaan Islam dalam melesaikan permasalahan harian.

Dalam buku tulisan Haji Abdul Hadi Awang bertajuk Islam & Demokrasi ada menyebut tentang keterbukaan Islam dalam banyak hal, termasuklah kebijakan politik atau kebijakan mengurus masyarakat pada zaman kegemilangan Islam. Beliau menulis;

Apabila Nabi Muhammad menulis surat kepada Raja Habasyah, Raja Mesir dan Raja Rom (Bizantin) yang menganut agama Kristian, beliau bersifat terbuka..... Menyentuh mengenai ciri kebijaksanaan, Nabi Muhammad berkata, 'Kebijaksanaan itu barang tercicir kepunyaan orang yang beriman, maka di mana sahaja dia menemuinya, dialah yang berhak mengambilnya.'”Selain itu, beliau juga ada membicarakan tentang tindakan Khalifah Uthman bin al-Khattab meniru beberapa perkara dalam pentadbiran kerajaan Rom dan Farsi yang mana dilihatnya sesuai dan baik.

Ia jelas menunjukkan sifat keterbukaan dan keanjalan Islam dalam menerima apa jua kebijakan, tidak kira ia berasal dari dalam dunia Islam mahupun dari luar. Dalam konteks hari ini, apa jua jenis kebijakan, tidak kira ia dibuahkan dari minda masyarakat Shiaah mahupun Sunni, harus diselidik sebaik mungkin sebelum diambil dan diaplikasi. Selain itu, pendapat luar seperti pendapat dari dunia demokrasi mahupun komunis harus juga diambil perhatian. Hal ini perlu dilakukan tanpa ada persepsi buruk terhadap satu-satu kumpulan atau masyarakat yang mana bakal mendorong penafian keras dibuat sebelum ada penyelidikan telus dibuat.

Dalam masyarakat Islam Melayu di Malaysia kini, tidak saya katakan semua, tetapi majoritinya akan menolak keras apa jua idea mahupun pendapat daripada dunia komunis, dan percaya hanya dunia demokrasi sahaja jalan yang terbaik. Malah pandangan daripada masyarakat Shiaah turut dilayan sebegitu rupa. Jika hal ini terus-menerus menjadi adat dalam masyarakat Melayu, ia hanya akan memundurkan dan merugikan.

Saya cuba aplikasikan keseimbangan dan kesederhanaan ini dalam diri saya sendiri. Oleh yang demikian, saya cuba melebarkan pembacaan kepada kedua-dua dunia, demokrasi dan komunis. Dalam usaha tersebut, saya dapati kedua-duanya ada kelemahan dan kekuatan masing-masing. Dan ada yang saya rasa perlu dimuatkan dalam entri kali ini.

Dalam buku jenis autobiografi Fidel Castro, hasil wawancara cendiakawan Perancis, Ignacio Ramonet, menceritakan pelbagai perkara termasuklah tentang kehidupan, perjuangan, fahaman dan pemikiran Fidel Castro khususnya dan masyarakat Cuba amnya. Beliau yang mendambakan Karl Marx jelas berfahaman Komunisme membina negara Cuba dalam aliran dan ideologi sosialisme, malah menyatakan dalam perlembagaan mereka bahawa Cuba ialah sebuah negara Sosialis, hanya dengan suatu rampasan kuasa sahaja status itu boleh ditanggalkan dari bumi Cuba. Hal ini menunjukkan betapa kukuh dan yakinnya pegangan beliau dan rakyat terhadap komunisme dan sosialisme.

Masyarakat Melayu Islam di Malaysia tentunya membenci ini, katanya komunis tidak percaya tuhan dan sesat. Saya juga bersetuju dengan itu, kerana itulah dia komunisme dan sosialisme. Tetapi waspada, jangan disebabkan itu, kita tidak melihat idea-idea bernas mereka. Di Cuba, mereka berjaya memberikan perkhidmatan kesihatan dan pendidikan (daripada pra-sekolah hingga universiti) secara percuma kepada seluruh rakyat mereka dalam suasana sekatan ekonomi semakin kuat dilakukan oleh Amerika Syarikat. Bukankah ini suatu kebijakan? Mampukah Malaysia, yang mana rakyatnya juga pemimpinnya majoriti Islam yang percayakan tuhan lakukan ini?

Dalam wawancara tersebut, sempat Fidel Castro menyebut tentang judi di negaranya. Beliau berkata; “Only a tiny percentage of the population use drugs, and we are resolutely fighting against that problem. Lotteries and other forms of gambling were prohibited after the first year of Revolution so that no one would stake his or her hopes of personal progress on chance.

Beliau tidak percaya tuhan, dan beliau tidak beragama. Rakyatnya juga. Tetapi mereka boleh bersepakat menolak judi. Bukankah ini suatu kebijakan yang tidak ada pada masyarakat Malaysia?

TITIK2

Mengutuk tindakan keras Yahudi Zionis, membunuh aktivis menyekat bantuan. Tidak sabar lagi menunggu perang besar-besaran di sana, kerana mungkin itu sahaja jalan keluar buat rakyat Palestin. Demonstrasi dan mesyuarat tidak berkesan lagi.