Tuesday, January 27, 2009

Jangankan bermain api

Bukan niat,
Si kanak-kanak tadika,
Ini ingin melawan guru besar,
Sekolah Rendah Campur Bangsa,
Kampong Padang Lebar.

Tetapi, kanak-kanak,
Tadika pelik dan hairan.

Mengapa guru besar,
Sekolah mereka,
Yang sesungguhnya memang besar,

Melarang kanak-kanak,
Untuk membeli makanan di kantin.

Katanya,
Pakcik kantin jahat,
Pakcik kantin tiada guna.

Dalam ketika sama,
Kanak-kanak selalu nampak,
Guru-guru, cikgu-cikgu lain,
Seronok makan tengah-hari,
Di kantin itu.

Yang lebih pelik,
Pakcik kantin sendiri mengadu.

Sewa bangunan kantin,
Mahal sungguh.

Tanya seorang kawan,
Kanak-kanak.

Pakcik bayar pada siapa?

Guru besar,
Sekolah Rendah Campur Bangsa,
Kampong Padang Lebar,

Yang sebelahnya,
Kampong Sri Melenggang.

TITIK2

Ulama’ mewajibkan boikot.
Apa komen ulama’ pula kepada,
Perbuatan munafik,
Sang-Penutup-Sempadan-Rafah?

Jangan-kan memadam api,
Jika baranya,
Di tiup-tiupkan.

Sunday, January 25, 2009

melayu-sang kaum pendiam

Mimbar Jumaat kata, sistem ekonomi Islam di Malaysia SANGAT BERJAYA

Jikalau begitu, mengapa orang Melayu-Islam di Malaysia masih ramai yang miskin?
Ramai orang kaya, orang senang, orang Cina, India bukan?
Adakah sistem ekonomi Islam hanya menguntungkan orang bukan Islam?
Atau orang Melayu-Islam pemalas culas, tidak pandai manipulasi?
Jadi, jikalau begitu, orang Cina, India lebih faham pandai bijak ekonomi Islam? Begitu?
Jadi, salahnya semua orang Melayu?
Orang Melayu ramai, pihak Melayu mana yang hendak dipersalahkan?
Melayu kampong? Melayu bandar?
Melayu kolar biru? Melayu kolar putih?
Orang Melayu politik? Orang Melayu ekonomi?
Melayu pergi surau? Melayu solat rumah saja?
Melayu Islam? Melayu Islam Hadhari?
Perdana Menteri orang apa?
Timbalan Menteri orang apa?
Menteri Kewangan orang apa?
Menteri Luar orang apa?
Bangsa yang miskin, susah orang apa?
Salah siapa?
Salah orang Melayu?
Orang Melayu ramai, pihak Melayu mana yang salah?
Siapa penipu, siapa yang kena tipu?
Siapa yang sebenarnya mainkan nama Islam?
Sistem ekonomi Islam tolong orang atasan dan orang bukan Islam sahaja?

Melayu tak guna!
Kalau diam terus, apakala diinjak dan dipijak bangsa sendiri.

Saturday, January 24, 2009

Dewan Baru THO (On-Off)

Mari.
Siapa yang membaca.
Kita protes.

Protes kerja Yahudi zion.
Protes serangan Yahudi zion.

zionis yang tentunya keji.
zionis yang tentunya tidak.

Berdiri sendiri.
Melainkan hanya guna.
Orang dalam.

Musuh dalam selimut.
Yang jauh lebih keji!

Dia yang menutup pintu sempadan.
Di Rafah!

Dia yang mengutuk hina.
Syiah yang berjuang di Lebanon sana!

Dia yang mengepalai.
Liga Arab longlai!

Dia yang teratas.
Tampuk raja-raja culas.

Dia yang berdiam diri megah.
Di hadapan Kaa’bah!

Hapuskan mereka ini.
Yang sama-sama berjuang.
Dalam barisan Yahudi Zion.

Untuk menghancurkan kami.

Kami.

Kami!

Penganut agama Tuhan Kaa’bah.

Wednesday, January 21, 2009

boi-kot-bo-doh

semua boikot
semua boikot
boikot semua

tetapi kapitalis
masih diteruskan

kumpul duit banyak-banyak
beli ubat
dekat orang itu juga

boikot dan boikot
terus memboikot

tetapi sia-sia
mungkin

Kampung Padang Lebar
masih serupa
begitu sahaja

Wednesday, January 14, 2009

songkok hitam-putih

kanak-kanak tadika.
bising, memekakkan telinga.
guru-guru mereka.

guru-guru mereka,
pakai,
kain pelekat,
kain songket,
warna hitam.

kanak-kanak tadika.
Kampong Padang Lebar.
tahu, mengetahui.
agama rasmi,
kampong mereka.

tapi mereka merasa pelik.
benar-benar pelik.

adakah feudal kuning.
mampu mengalahkan.
Islam hijau?

berkabung, 40 hari.
sempena memperingati.
orang feudal kuning.
nun di bawah sana.

kampong padang lebar.
masih seperti biasa.

Sunday, January 4, 2009

kms

hari ini aku pulang ke kolej.
sangat teruja.
dan.
tidak sabar.

untuk memulakan.
tempo yang mungkin berlainan.
aku lebih bebas kali ini.

walaupun tanggapan masyarakat.
yang tak terkongkongkan.
memandang hina.

biarkan-lah mereka.
melayu memang begitu.

Saturday, January 3, 2009

twilight 2

Beella masih berlakon.
Selepas kematian Coolant
(watak dari karya wajidi)

Berlakon dengan bersungguh-sungguh.
Tidak mahu.
Menghampakan Coolant.

Kata Coolant ketika saat kematiannya.
Selepas diterjemahkan orang kampong.

“Beella, berlakonlah semahumu.
Jangan hampakan daku.
Berlakon-lah dan buat-lah.
Apa sahaja kemahuan.
Sang direktor.
Peluk-lah lelaki itu.
Jika itu yang mampu menghidupkan.
Watak liar-mu”

Beella terus menangis.
Terharu.

Beella pun berjanji.
Tidak akan menghampakan.
Coolant dan lelaki-lelaki lain-nya.

comel

Aku berjalan.
Keseorangan.
Di.
Sepang International Airport.

Tiba-tiba.
Aku didatangi seorang budak.
Perempuan melayu.

Tidak begitu comel.
Tetapi cuba untuk berlaku comel.

Aku ka-si-han lihat dia.
Kerana.
Ingin kelihatan comel.
Alahai.

Dan tiba-tiba lagi.
Budak perempuan melayu,
yang ingin kelihatan comel itu.
Bertanya satu soalan.
Sambil.
Menghisap jari.

“Mana kena buat dulu,
agihkan semula kekayaan negara
atau keluarkan segala hasil kekayaan?”

Aku kaget.

Soalannya persis dalam hujah Vargas LIosa.
Tentang amalan merkantilisme.
Negara-negara Amerika Latin.

Aku mula.
Menggigit jari.

Kerana ternampak sesuatu.

soalan SPM

melayu mundur

Sebab melayu malas?
Kenapa melayu malas?
Tidak sedar kepentingan?
Kenapa tidak sedar kepentingan?
Sebab bloggers tak beri tahu?
Sebab ketua melayu tak beri tahu?
Siapa ketua orang melayu?
Ketua kampong?
Pegawai daerah?
Yang Berhormat?
Menteri besar?
Perdana menteri?
Salah siapa?
Rakyat jelata?

TITIK2

SPM (Siapa Pemimpin Melayu)

Friday, January 2, 2009

yahudi keji

Aku menentang keras.
Dan secara terbuka.
Segala bentuk serangan.
Serangan udara yang sedang meratah.
Serangan darat yang bakal tiba.
Terhadap penduduk Semenanjung Gaza.

Oleh Yahudi Bajingan Durjana.
Yang memijak darah dan tanah.
Bukan hak sendiri.
Yang hanya tahu menempel pada tanah.
Tanah dan darah kami!

Mati mati.
Yahudi Keji.
Yang bongkak diri.
Di tanah bumi nan suci.

Wahai kami.
Bangkitlah.
Tolonglah.
Ambillah.
Wahai ketahuan.
Wahai informasi.

Terhadap kekejaman.
Terhadap genosid radikal manusia ini.

Tolonglah.
Sekurang-kurangnya.
Mengambil tahu.

Tahu.

Bahawa Yahudi ini.
Kejam Nista.

Ambil tahu.
Sehingga sedar.
Sedar hingga berani.
Berani hingga bertindak.

anti-Internal-Security-Act

“Soal pulang dan bermastautin di Malaysia itu tadi adalah soal prinsip satu masalah besar. Prinsip ini saya pegang teguh bukan kerana Chen Ping memegang saya tidak boleh tinggal di Malaysia, tetapi kami semua sedar, jika kami pulang dalam keadaan iklim politik ISA tidak berubah, di mana hendak kami letakkan maruah kami sebagai manusia yang bebas dan merdeka.”

Rashid Maidin, pejuang yang dilupakan

twilight


Selepas ‘projek’ mereka gagal.

Beella dan Eddward.
Baring-baring bersama.
Di atas katil.
Beella.

Beella seperti kantuk.
Eddward tidak boleh tidur.

Beella tak tertahankan.
Kantuknya.
Lalu tertidur di tepian.
Dada Eddward.

Eddward rasa geram.
Juga cemburu.
Mengapa Beella tidur.
Meninggalnya!

Eddward pun.
Mula bercakap sendirian.
Lagak ala–Socrates.

Eddward bercakap bahasa orang putih.
Kerana Eddward bukan orang kampong.

Bunyinya kurang jelas.
Tetapi orang kampong dapat juga.
Sedikit-sedikit mendengar.

“If you get a good wife, you'll be happy. If you get a bad one, you'll become a philosopher.”

Pilu bunyinya.

Orang kampong.
Faham.
Mungkin pernah merasa.

TITIK2

gambar sekadar hiasan
watak; elak dari plagiat


Thursday, January 1, 2009

2009

tahun baru
tetap
disaji benda lama.

aku tetap sedih dan pilu.
tersangat.
sangat!

ingin sahaja aku memarah.
tak ketentuan arah.

tetapi apa-kan daya.
aku ini binatang jalang.
yang hanya berkata-kata.
omongan kosong dan hening.

amarahku ini tak tertahankan.
dalam waktunya.
aku sedih, pilu!

maruah.
kau dan aku.
tercampak nun jauh.
langsung hilang.

sebagai manusia bebas.

bebas dari penindasan.
Sang Yahudi durjana.

kanak-kanak Palestin.
terhambur darah kecil.
mati tercampak.
dipungut bapa.

kanak-kanak kita.
menjadi model, waktu kecil.
mati hina.
dipungut jantan.

mahukah kita?
jadi seperti mereka?

terkemudian.
baru bangkit?
baharu berasa sedih dan pilu?

di mana pertolongan kita?
cukup sekadar berdoa?

kita berhutang dengan mereka.
mereka yang dipijak di tanah sendiri.

kita berhutang!
apa kita mahu katakan.
apa kita mahu jawabkan.

ketika kita berhadapan.
dengan Tuhan Ka'abah kelak?

......................

tergamakkah aku?
mengucapkan Selamat Tahun Baru?

sedangkan aku kini,
asyik melayan kemahuan Yahudi.
masih seperti dulu.

aku perlu kembali.

Kopi Kapal Api

“ni kena dua copy ni bang”.
Sambil menyerahkan geran tanah itu semula.

Pakcik dari Kampong Bayai.
Pergi ke RK House.
Cawangan Jempol.
Sebelah Pejabat Daerah.

Selepas beberapa ketika.
Pakcik datang bersama-sama.
Dua cawan kopi.

Pegawai keliru.
Mahu ketawa besar
Atau sekadar.
Berdiam diri, sepi.

Takut dimaki.
Pakcik mula berapi.

.........

harta karun.
satu.
merojak bahasa amalan nista.
dua.
belia benci rasuah.