Tuesday, October 7, 2008

revolusi atau evolusi?

ramai yang kecewa dengan bangsanya sendiri,bangsa melayu.mereka kata,orang melayu hanya pandai melontar retoris kosong serta omongan bocor dan tidak juga lupa,mereka kata orang melayu mudah lupa.mereka kata lagi,orang melayu ini tidak bijak berniaga,pemalas culas,manja bukan kepalang.ini mereka kata,bukan saya yang kata,mereka dan saya bukan 'kita',yakni bukan satu entiti,walaupun mungkin sama bangsa dan agama.banyak lagi mereka kata yang melayu ini buruk-buruk belaka sehinggakan tidak tertinta,semuanya buruk-buruk sahaja.tulisan ini bukan tulisan mengutuk bangsa melayu,bangsa saya sendiri. tetapi lebih ingin mencari jawapan kepada bagaimana untuk orang melayu bangkit dari kemunduran jika benar-benar melayu itu mundur.ini satu gerakan yang bertanggungjawab,bukan gerakan omongan kosong dan busuk.dan sudah pasti jawapannya bukan mengatakan orang melayu ini buruk-buruk sahaja seperti yang mereka lakukan.

cara pertama dari sudut pandang orang teori yang belum teruji dengan praktikal dunia yang sering membunuh adalah, jika melayu itu air di dalam bekas,bekasnya perlulah nilai bukan ideologi. Hal ini harus jelas, kita, saya dan mereka haruslah bijak membezakan keduanya. Kita harus menolak segala bentuk ideologi dan mengambil nilai, kerana mana, nilai itu tidak akan berubah bentuk,tidak sama sekali,sebagai contoh, ‘baik’ tidak akan menjadi ‘jahat’. Baik tetap lah ia dengan kebaikan. Tetapi selepas manusia berlagak pandai, baik itu mampu diubah menjadi jahat, yakni dengan cara ‘udang di sebalik batu’. Siapa yang mengajar manusia mengubah bentuk nilai ini jika tidak ideologi?boleh juga disimpulkan sebagai ideologi ini perkataannya nampak hebat tetapi cukup kotor seperti mana ‘liberalis’ dan ‘sekularis’. Oleh itu, soalan kepada pembaca dalam kongkongan pendapat ini, adakah islam itu ideologi atau nilai?

Cara kedua dari sudut mata pena orang melayu yang masih mencari darah moyangnya yang terhambur di bawah langit merdeka ialah bersandarkan kepada hakikat sesungguhnya musuh dalam selimut ialah musuh yang paling bahaya. Untuk maju, penghapusan etnik jenis hipokrit dan penipu ini haruslah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan telus. Za’ba sendiri memperakui, bangsa melayu ini bangsanya dengki belaka. Ini bukan saya yang kata, tetapi kata-kata tokoh bahasa melayu merangkap tokoh UMNO, parti yang membawa kemerdekaan tanah melayu dengan cara mengampu, jangan kita tolak kenyataan ini, Za’ba pernah menulis, syukur kepada tuhan kita orang melayu dengan tibanya orang putih di tanah ini. Boleh juga disimpulkan bahawa orang melayu sendiri dengan jelas tidak mengenali tokoh yang dipuja dan disanjung hingga ke langit dengan kadar yang persis. Oleh itu, soalan kepada pembaca dalam kongkongan idea ini, siapakah yang benar-benar merdeka dalam meratah hasil mahsul bumi tanah melayu, pemimpin politik atau rakyat jelata?

Cara ketiga dari sudut terpencil rakyat kecil lagi muda yang selalu memencilkan diri kerana takut dianggap radikal dan tidak sesuai dengan rakan-rakannya adalah di bawah premis para intelektuil harus dihargai.

Subuh sudah tiba, huraian masih tersimpan dalam kotak minda, jika ada kesempatan, akan terkeluar juga ia. Dan akan terapung juga cara-cara lainya yang terlalu banyak kerana terlalu banyaknya kerosakan. Oleh itu, soalan kepada pembaca, masih adakah ruang untuk tulisan seterusnya?

071008,kesan tidur tak tentu