Saturday, March 28, 2009

jangan-mula-lupa

Oslo 1993

1. Rakyat Palestin akan diberikan pemerintahan autoriti di Gaza dan Tebing Barat selama lima tahun.
2. Sebelum bermulanya tahun ketiga pemerintahan autoriti, sempadan terakhir akan diletakkan bagi Gaza dan juga Tebing Barat. Ia akan menjadi sempada kekal berdasarkan Resolusi Majlis Keselamatan 242 dan 338.
3. Dalam tempoh dua bulan daripada tarikh perjanjian, kedua-dua belah pihak hendaklah bersepakat mengundurkan rejim Zionis daripada Gaza dan Jericho.
4. Selepas sembilan bulan daripada pemerintahan autonomi, satu pilihanraya perlu diadakan bagi memilih kerajaan PA yang berkuasa di wilayah autonomi. Menjelang pilihan raya itu, tentera rejim Zionis (IDF) perlu berudur dari kawasan penempatan rakyat Palestin.
5. Kerajaan autonomi Palestin hanya berkuasa di Gaza dan Tebing Barat sahaja. Namun, mereka tidak boleh mencampuri urusan hubungan luar dan juga tidak boleh membina kekuatan bagi menangkis ancaman dari luar. Mereka juga tidak berkuasa di kawasan penempatan Zionis di Gaza dan Tebing Barat. Mereka juga tidak mempunyai hak ke atas Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa.
6. Rejim Zionis atau kerajaan Israel mempunyai kuasa veto bagi membatalkan apa-apa keputusan yang dibuat oleh Majlis Legaslatif PA.
7. Apa yang tidak dapat diselesaikan melalui perjanjian damai dapat diselesaikan melalui rundingan bersama yang lain.

Ditandatangani oleh Mahmoud Abbas, mewakili pihak Palestin, dipilih oleh Arafat (arwah).

Berhubung kes ini, HAMAS bertindak dengan matang. Semenjak hari pertama penubuhannya, HAMAS berikrar supaya tidak menumpahkan darah rakyat Palestin walau apapun keadaannya. HAMAS tetap mengotakan janji mereka (ibid). Tempoh selepas Oslo 1993 menyaksikan bagaimana HAMAS melakukan strategi pyramid atau segi tiga dalam membalas tindakan PA. Setiap serangan ataupun penangkapan yang dilakukan oleh PA akan dibalas dengan serangan ke atas kepentingan Zionis. Sekiranya pihak keselamatan PA mengenakan tindakan yang keras, semakin hebat akibat yang akan diterima oleh pihak Zionis.

Sumber; HAMAS, daripada underground kepada parti pemerintah.

No comments: