Monday, November 22, 2010

Biar apa pun orang kata

Ini bukan entri tragis, ini entri peringatan buat saya.

Badan rasa lemah, hari ini saya hampir-hampir demam, tetapi gagal. Saya lega, tekak yang mulanya rasa kering, kepala yang mulanya berpusing, hidung dipenuhi cairan, semula berfungsi mengikut fitrah sihat. Saya lega, melalui medium dadah dan air suam, saya bertenaga semula selepas beberap jam tertidur.

Tidur dalam ketika demam, sejak kecil lagi, akan saya mimpi perkara yang sangat menakutkan. Ketika kecil, ketika demam, saya asyik termimpikan kematian insan yang disayangi. Dan mimpi itu akan berulang setiap kali virus menyerang tubuh. Tetapi sejak umur saya mencecah 19, kebiasaan itu mula berubah. Saya mimpi yang lain pula, perkara yang lebih mengacau ganggu jiwa.

Mata mula letih dan terasa mengantuk, ketika itu azan maghrib. Saya tertidur dan bermimpi. Mimpi buruk itu sama sahaja, ketika saya demam saya akan mimpikan yang itu, membuatkan hati jadi geram panas tertekan, mulut mula menyumpah apakala terjaga. Cuma kali ini berbeza sedikit, disebabkan tiada tertahan, saya sampaikan merayu dalam mimpi agar cepatlah terjaga. Merayu agar lepaskanlah saya.

Saya tidak akan malu lagi untuk menceritakan pengalaman mimpi saya di sini, ia eksklusif. Saya tidak pernah menceritakannya kepada sesiapa, tetapi saat ini saya putuskan untuk menceritakannya, agar dunia tahu, ketika ini saya sedang berperang dengannya, mimpi itu musuh pertama dan ulung.

Setiap kali ingin demam, saya akan termimpikan yang ini;

Saya sedang duduk melepak di hadapan pintu bilik lama saya di rumah lama, di Simpang Pertang. Pemandangan mengadap ruang tengah, meja makan berwarna gelap. Padanya, kerusi tersusun rapi, tiada ahli keluarga pun yang duduk di situ, hanya ada ayah di hujung ruang, berhampiran pintu dapur. Berdiri tegap, memandang saya. Saya senyum, dan ayah terus dengan muka tegas.

Ayah datang menghampriri saya, dan menyuruh saya bersiap. Katanya Pengarah menerima saya semula untuk menyambung pembelajaran saya. Dengan berat hati dan berdebar, saya bersiap dengan barang-barang, dan mula menaiki kenderaan. Mereka yang ada dalam kereta, termausklah ayah, di hadapan, saya dan mama, di belakang.

Dalam perjalanan, pelbagai konflik dalam jiwa dan minda mula bermain. Mampukah saya mengejar semula pembelajaran yang tertinggal, dan mampukah saya menepis segala tohmahan masyarakat kolej. Itu semua saya fikir, dan mimpi itu, dan kesakitan itu, seperti benar-benar berlaku. Saya resah sepanjang perjalanan.

Sampai sahaja di hadapan asrama kolej, dalam debaran yang melampau, saya salam mama, juga ayah. Ayah tidak lihat muka saya, walaupun saya merayu ayah untuk sekurang-kurangnya menjeling. Ayah tetap enggan, hanya menundukkan pendangan.

Saya masuk kawasan kolej, dengan rasa sakit, dari pandangan orang ramai, dan beban pembelajaran, seperti benar-benar berlaku, dalam mimpi itu ia seperti bukan mimpi. Pada saat itulah, saya mula merayu agar seksaan itu terlepas. Tetapi ia seolah-olah ingin terus menjerat. Saya akan terseksa, hingga mimpi puas mengganyang saya. Saya terpaksa merelakannya, sehingga ia puas, dan saya akan terjaga sendiri.

Saya terjaga, mimpi tamat. Saya terbangun, dengan penuh tekanan. Dada mula rasa sesak sebak, seperti biasa.

Agar mimpi seperti itu tidak berulang lagi, kerana ia membuatkan saya sakit. Saya kini sudah ada hidup sendiri, lepaskanlah saya. Saya merayu. Demi Tuhan! Bantulah saya melawannya.

4 comments:

orang kampong said...

member2 ckp aku trauma...
kene jmpe therapist,,haha
takde mase maaa,,
nk jumpe doktor appointment lutut pun xsempat....

Anonymous said...

are u ok?

orang kampong said...

ok aja

Anonymous said...

mmpi2...
tlg jgn kacau dye...
mimpi2...
please leave him alone..
i'm begging u..
release him please...
its hurting him...
and me as well...

dont worry, i'm hanging up a dreamcatcher for u..
hopefully it will filter your bad dream...*wink*