Wednesday, September 21, 2011

Pak Samad, dulu dan kini.

Kesedaran politik saya banyak dibantu dengan pembacaan karya2 sastera melayu. Hasil penulisan sasterawan negara terutamanya Ishak Haji Muhammad dan A Samad Said banyak membentuk cara saya berfikir dan berprinsip. Tidak saya mahu sembunyikan, saya juga penggemar karya ‘kontrovesi’ penulis muda pada ketika itu, Faisal Tehrani.

Kekaguman saya terhadap karya2 mereka juga mendorong saya untuk meneliliti biografi dan esei2 mereka. Dan yang paling mencuri perhatian saya ialah esei2 Pak Samad. Saya sempat membaca buku yang mengumpulkan esei2 pendek beliau bertajuk Ilham di tepi Tasik.

Dalam satu esei beliau bertajuk Kisah Makna dan Tamsil Amalan Hidup, Pak Samad ada menyebut tentang labelan firaun atau maha firaun itu ‘nampaknya terlepas langsung daripada pengertian atau fikiran yang sihat, santun dan insani. Makanya, ia tidak lagi satu ketulusan dan kejujuran, jika memang maksudnya untuk menginsafkan’. Karya2 yang menggunakan gaya penulisan keras juga beliau anggapkan seperti ‘kecenderungan negatif nampaknya seperti sengaja dinyalakan, malah dipermasyur, sehingga ia benar2 dapat menjadikan senjata menghina lawan. Nyatalah, di sini adab telah dikalahkan oleh nafsu’.

Di akhir esei tersebut, beliau sempat mengkritik dengan nada sinis akan karya Shit tulisan Shahnon Ahmad. Beliau menyebut, ‘bahasa adab tampaknya sengaja cepat diracuni, dan bahasa dengki sepalsunya disantuni.’ Beliau juga kesal dan risau akan masa depan dan adab generasi akan datang jika perihal ini diteruskan. Kerisauan itu dinyatakan, ‘tidak tersedar bahawa kini kita sebenarnya sedang tolong mengajar generasi muda supaya cepat terbiasa dengan kata2 kebuasan haiwan dankebusukan najis itu’.

Beliau bijak menyatakan contoh baik yang harus diikuti jika niat menegur itu hendak diteruskan dengan meletakkan perbandingkan karya Shahnon itu dengan karya Joe Klein yang pada beliau lebih ‘berseri’ dan ‘sedikit sopan’.

Di akhir esei itu juga, pembaca disajikan dengan contoh bentuk kritikan yang pada beliau berseni. Beliau menulis, sebagai jawapan kepada ‘serangan peribadi’ antara kedua sasterawan negara ini. Beliau menulis, ‘pada tangan orang yang pernah mempelopori sogan “Malay Power”, sempat berada dalam UMNO, beralih menjadi pendukung Arqam dan kini mewakili PAS dalam parlimen, ternyata Shahnon banyak pindah-randahnya. Dengan sejarahnya ternyata, agak aneh, saya pula yang dikatakan lalang’.

Dalam esei lain, bertajuk Sastera: Wajah Indah, Wajah Hodoh, Pak Samad ada menyebut tentang seni dari sudut mata pandang seorang yang berpengalaman dalam kesusasteraan melayu seperti beliau. Beliau menyebut, ‘seni yang lahir daripada telanjang budi ini bakal cepat terlorot menjadi persembahan non-seni’.

Dalam esei yang sama bleiau ada menyisipkan pendapat berkaitan karya seni yang paling ideal. Pada beliau seni perlu ‘membimbing ke jalan yang baik, mempertingkatkan kebijaksanaan dan hemah manusia’. Beliau menceritakan bagaimana pendapat ini terhasil, yang mana lahir dari Angkatan Sasterawan 50 atau lebih dikenalisebagai ASAS 50. Beliau mengaku bahawa angkatan ini terdorong dari penubuhan Angkatan 45, tetapi tingkat ‘keras’nya berbeza. Pada beliau karya2 ASAS 50 lebih lembut jika hendak dibandingkan dengan karya2 pembangkit semangat Angkatan 45. ASAS 50 lembut memegang prinsip ‘seni untuk masyarakat’.

Mengapa saya katakan mencuri perhatian saya adalah apabila Pak Samad ternyata mengotakan kata2 beliau iaitu seni itu untuk masyarakat. Pada saya beliau boleh dianggap wira ketika sama2 turun ke jalan raya, mempertahankan Bahasa Melayu, dalam Demonstrasi membantah perlaksanaan PPSMI. Juga, baru2 ini, beliau turut turun ke jalan raya, atas fikir risau beliau akan demokrasi di tanah air tercinta. Beliau menulis beberapa sajak yang menggegar kerusi sang pemerintah, karya2 yang tidak harus dilupakan seperti Unggun Bersih dan Peludah Warna.

Terbaru, saya ada terjumpa di koleksi buku2 abang saya, antologi puisi bertajuk Puisi Jadi Senjata yang disusun oleh Fazallah Pit. Antalogi itu menghimpunkan sajak2 anak muda, menyokong Pak Samad dan Bersih 2.0.

Dalam kata2 awal dari Pak Samad, dalam Demokrasi Terdera, beliau menulis ‘puisi sebenarnya boleh cantik dan boleh hodoh. Dan kerana keadaanya hodoh puisi jarang cantik,walaupun jujur…Tampaknya itulah yang menyala dalam puisi golongan muda ini yang jujur merangkap situasi hewani dengan bahasa yang terkadang kasar, tetapi insani sifatnya.’ Beliau ternyata memuji dan bersetuju dengan karya2 anak muda dalam antologi tersebut.

Namun, saya berasa sedikit hairan apabila membaca karya2 anak muda itu, bermula dari Di Sisi Pak Samad, Anak Muda Berdiri hinggalah kesudahan antologi. Apa yang menghairankan saya adalah perilaku Pak Samad dalm membiarkan anak2 muda menggunakan kata2 keras dan kadang2 menjengkelkan, seolah2 tidak selari pula dengan pendapat beliau sebelum ini.

Contoh kata2 keras yang saya maksudkan termasuklah ‘..terasa bangsat benar…’ dalam Di Sisi Pak Samad, Anak Muda Berdiri, ‘…sifir penduduk negara bodoh…’ dalam Tak Semua Sasterawan Tukang Angguk, ‘kami angjing2 liar, dan babi2 tunggal’, dalam PESAN (Dari Aku Dan Kawan2) dan ‘kekosongan babi’ dalam Hujan Batu, Perangai Hantu. Ada judul sajaknya sahaja sudah memualkan seperti sajak Anjing Bukan Tuhan dan Sabda Anjing.

Beberapa sajak juga menggunakan beberapa ayat yang kurang enak dibaca, yang mana kata Pak Samad bertujuan untuk menghantar mesej murni, seperti dalam Sumpah Salina:

‘Namaku salina

Di mana cinta dilafaz

Di antara celah kangkang

Sejuk dan busuk’

Juga dalam 5 Puluh Juta:

‘Dan helaian 5 puluh juta pepohon bertasbih celaka’

Dan Sabda Anjing:

‘Telaga hidup segera jadi hanyir

Bila anjing2 membuka kata’

Kesemua contoh di atas membuatkan saya banyak berfikir. Pernah saya sendiri mendengar, dalam satu majlis di Klang, Pak Samad ada mengatakan bahawa beliau sudah insaf. Adakah ‘keinsafan’ itu maksudnya tidak lagi berlembut dengan sang penguasa? Atau insaf itu diterjemahkan dalam seruan kepada sajak2 haiwan kotor karangan anak muda? Atau adakah itu erti sebenar keinsafan, menghina sang penguasa, yang sedia hina itu supaya turun melakukan perubahan, melihat rintih rakyat?

Saya menulis esei ini juga bukanlah tujuan saya untuk mengkritik Pak Samad. Malah siapa saya untuk mengkritik beliau, sedangkan banyak isi dalam esei ini hanya cuplikan dari karya Pak Samad dan antologi tersebut. Namun begitu, saya fikir ini perlu, sekurang2nya untuk memaparkan dua dimensi berbeza seorang individu, dulu dan kini. Mengapa ia berubah, dan berubahnya kea rah mana, pembaca sendiri tentukan.

Saya mengikut juga nasihat Pak Samad, dalam karya dramanya Wira Bukit, iaitu kesimpulan dan pengakhiran cerita atau penulisan itu seeloknya dipulangkan kepada pembaca . Di situlah letaknya tiitk indah dalam satu2 karya, iaitu kebebasan untuk memilih, juga mengakhirkannya.

4 comments:

Mohamad Arif Wajidi b Ahamad Kamal said...

'constant development is the law of life and a man who always tries to maintain his dogmas in order to appear consistent drives himself into a false position'

Ini adalah kata-kata gandhi tentang pembangunan seseorang individu, untuk kekal relevan kita sepatutnya bergerak mengikut masa dan keadaan, berubah bukan bermaksud kita menjual prinsip,berubah bermaksud kita menilai prinsip kita untak mencapai matlamat asal perjuangan.

p/s: ape cerita sekarang? =)

orang kampong said...

nice...:)

pd aku,,mungkin cara adaptasi prinsip boleh berubah,,tapi tunjang pd prinsip tidak boleh diubah sesuka hati mengikut keadaan..mcm al-quran dan ijtihad ulama'2...huhuuh

hehe ak cmni jela...nnt ko balik sini,,ak ingt nk borak2 ngn ko la..mcm2 mau crite..ak lain skrg,,dont weri,,tak keras cm dulu...hehe

syahmi hazim said...

yeke xkeras.. haha.. sebenarnya, ia adalah waqi' dalam berdakwah.. pada aku, xsalah klo kita ubah cara utk menyedarkan rakyat krn keadaan sgt suntuk sekarang ni.. aku juga ad karya dpd saifulislam.. menarik dlm konsep Islami.. tp konsepnya dgn prubahan seni A SAMAD SAID, adalah seiring..

nabilamillie said...

macam mana nak contact u?

dah hilang your number..

nanti u email i >nabilamillie@gmail.com<