Friday, August 27, 2010

darah dan air mata

Mungkin cita-cita itu sahaja hartaku sekarang.

Untuk melarikan perasaan dan fikiran daripada kemurungan melampau, saya cuba untuk membaca dan menulis. Berbual dan berdamping dengan mereka yang rapat dan layak juga saya pilih untuk tujuan itu. Mereka ramai yang menyokong dalam lenggok bahasa dan gaya yang berbeza. Mewujudkan kepelbagaian, membuatkan hati ini juga punyai pelbagai pilihan. Untuk dijadikan benih, kepada suatu rancangan baru.

Agar segalanya terus melekat;

Ayah; salam dik ayah harap smngat juang adik brtambah, itu bru namanya pjuang. Hasilnya akan lbeh manis.

Angah; xpa bro..rancangan Allah adalah rancangan terbaik untuk kita. Jangan putus asa k bro..teruskan usaha. Kitorang still ada untuk boboy.

Kakak; dik akak syg boy k. akak bukan xnak col tp takot akak yg nangs over dr boy. Akak syg boy tau. xpe ade rzki lain k.

Itu sumber asal, dan selebihnya nasihat-nasihat yang masih berbaki, dan terus kekal.

Mama; mama tak kisah samada adik dapat atau tidak, tapi yang lebih penting ape yang adik rasa. Kami risaukan yang itu. Kita tak tahu apa seterusnya jika ad ik dapat, mungkin baik dan mungkin buruk, percayalah rancangan Tuhan itu yang terbaik untuk kita.

Kaksu; takpelah, masih ada peluang lagi. jangan bebankan diri dengan rasa terhutang atau terhukum, belajar dulu. Nanti asu topupkan boy…hehe

Abang;, kita orang beragama, duit bukan segalanya, ingat dan percaya itu. Apa sahaja doa kita, akan dimakbulkan Tuhan, jika bukan di dunia, Tuhan reserve kat akhirat nanti. Dah berapa ramai orang miskin yang kau kenal boleh berjaya? Jatuh bangun itu perkara biasa dalam hidup. Manusia tidak akan beri kita peluang kedua, tetapi Tuhan akan beri kita peluang kedua, ketiga, keempat dan seterusnya, jangan pernah putus asa. Ingat tak Ramadhan tahun lepas, Tuhan duga boy macam mane, tahun ni pun jadi jugak..mesti ada hikmahnya. Kita lelaki, kena kuat..jangan nangis, abang paham, susah….

Saya pulih buat beberapa jam selepas itu, saya tidur, dan terjaga dengan rempuhan rasa kecewa dalam dada, yang membuatkan dada ini sebak sesak. Tetapi mungkin kerana sudah punyai pengalaman, saya bersedia untuk menghadapi sebarang kebarangkalian. Ketika sedang mencari-cari jalan baru untuk meneruskan misi hidup, saya asyik bertanya pada diri, apakah modal dan harta untuk saya bawa menempuh jalan baru ini.

Saya bersetuju, harta yang ada pada saya kini hanyalah cita-cita.

Entah kenapa, apabila saya cuba muhasabah diri pagi tadi, saya teringat akan cerpen Sasterawan Negara Keris Mas bertajuk ‘Darah dan Air Mata’. Cerpen yang berlatar belakangkan zaman kekacauan Belanda di Indonesia dan ‘Malang, kota dingin yang indah di kaki gunung Bromo’ itu menceritakan perjuangan seorang perajurit Melayu dari Kuala Lumpur bersama-sama penduduk tempatan berperang menentang askar NICA (Netherlands Indies Civil Administration). Dalam ketika perjuangan berlangsung, sempat diselitkan bibit-bibit cinta antara perajurit Melayu dengan Suriati, seorang gadis jururawat Palang Merah yang dipanggil dengan panggilan manja nona, juga secara kebetulan sedang bertugas ketika perajurit tercedera. Adegan romantik mereka tidak kosong, malah penuh makna.

“saya tidak tahu bahasa Inggeris , tuan.” Kata si gadis.
“akhbar melayu tidak ada?”
“tidak ada. Tuan tahukah bahasa inggeris?”
“tahu juga sedikit-sedikit.”
“di mana tuan belajar?”
“di Kuala Lumpur.”
“wah, begitu jauh sekali tuan pergi belajar.”
“tidak jauh, hanya dekat rumah orang tua saya saja.”
“di Kuala Lumpurkah orang tua tuan?”
“ya, saya anak melayu.”
“anak melayu! Menjadi tentera Republik Indonesia?”
“mengapa, hairankah nona anak melayu menjadi perajurit tentera Republik Indonesia?”
“saya tidak hairan, dan saya rasa Malaya satu bahagian daripada Indonesia Raya juga, tetapi tidak saya sangka semangat pemuda-pemuda Melayu akan sampai begitu tinggi.”
“kalau nona membaca sejarah pahlawan-pahlawan Melayu zaman yang lampau tentu nona tidak hairan mendengar bahawa di sana sekarang ada angkatan pemuda yang insaf, yang sedang berjuang dengan semangat merdeka seratus persen.”

Demikianlah hari berlalu dan mereka semakin merapat. Sehinggalah cedera perajurit Melayu itu sembuh, dia kembali ke medan perang, dan tiba gilirannya untuk menerima terjahan peluru di dada. Ketika saat kematiannya, masih dia bersemangat dalam kata-katanya yang terputus-putus;

“Biarlah mereka maju, dan majulah terus saudara sampai musuh-musuh lari dari persada tanah air kita ini. Dan…saya rasa maut telah datang mendekati saya, biarlah saya menemui syahid terlebih dulu. Saudara-saudara teruslah berjuang, jangan berhenti-henti hingga cita-cita kemerdekaan kita tercapai seratus peratus.”

“Pesankan kepada kawan-kawan seperjuangan di Tanah Melayu supaya perjuangan diteruskan dan diperhebat, hingga Malaya merdeka dalam lingkungan Indonesia Raya.”

Cerpen berakhir dengan darah dan air mata. Tragis, juga berat membawa erti kepada saya. Walaupun cita-cita Indonesia Raya tidak dapat diterjemahkan dalam dunia nyata, ia tetap menjadi khazanah dan harta yang bernilai untuk kita sekarang. Perjuangan yang mamakan nyawa, walaupun untuk sekadar cita-cita, sudah cukup memadai jikalau ia wujud segar dan tetap dalam sanubari.

Kapasiti cita-cita itu hal yang berlainan, sepertinya cita-cita Indonesia Raya itu sendiri yang mendapat tentangan kuat sesetengah pihak. Ada yang bersetuju, ada juga menghina. Yang penting pada saya, cita-cita itu wujud, berfungsi sebagai tempat bergantung dan mengadu. Saya kira, cita-cita sahaja harta saya ketika ini. Biarlah kapasiti cita-cita saya, saya dan diri sendiri simpan rapi, tiada pengaruh luar. Agar ketika saat kematian saya kelak, tetap dalam hati ini cita-cita yang satu, tidak bergoncang lagi.

TITIK2

Dengan kesedaran kita tidak pernah merdeka. Jauh lagi saya.

Terima kasih kepada keluarga tersayang, kerana masih menerima sambil membantu dan menyokong. Tiada apa-apa yang mampu diberi, cuma ada cita-cita dan harapan. Juga, buat rakan-rakan dan teman istimewa.

7 comments:

hafiz ahmad said...

pe cite ni bro?

orang kampong said...

Tuhan itu maha adil dan maha bijaksana..

manusia langsung tidak..

hafiz ahmad said...

ak smlm bru tgerak ati nk beli bku keris mas..tringat ak kat ko..tbe2 ko lak wat blog pasal karya keris mas..semua ni takdir..terima kasih sahabat..

NurIqmA said...

semua org hebat diuji waktu ramadhan..adik adalah org2 yang hebat...akak sayang adik..selalu..kami semua akan bantu boy..itu janji kami..abg emi pun janji buat benda yang sama..

NurIqmA said...

ayah : perjuangan itu memerlukan pengorbanan yang di luar jangkaan jika dibandingkan dengan perjuangan Bong karno dlm buku autobiografinya kita ini masih belum teruji langsung..sekamat menempuh segala cubaan.yang pasti ada jalan keluar.

mama: i'll support you all tha way..we always love u..u are the apple of my eyes, love u more than words can say. always remeber u are the best among the best.

ikmal jam said...

org jempol. zzz..

atong said...

lek bro,.,.ujian tuhan suma tu.,,.,muka kasi sinyum.,....kah3,.,.,,.,