Thursday, December 25, 2008

menjelang 2009

Ain membelikan-ku majalah Newsweek yang dihadapannya diserikan dengan gambar Barrack Hussein Obama yang lagak seperti orang sedang berfikir untuk mendapatkan idea dan ingin sampai kepada tahap taakulan yang tertinggi, untuk diterjemahkan dalam pentadbiran dunia kelak mungkin. Ain barangkali memahami-ku yang minat sungguh dengan politik dunia kini yang semakin hari semakin rosak dan bobrok, oleh itu dengan mudah dia membelikan-ku majalah ini dengan hati terbuka. Ternyata, Ain juga memahami kegemaran-ku yang mungkin membosankan orang lain, aku yang gemar akan future studies, atau jangkaan apa yang akan berlaku masa hadapan, bukan terhadap jangkaan masa depan pasaran cerita kartun Korea atau Jepun mahupun cerita musikal Barat, tetapi terhadap perubahan ekoposial (ekonomi, politik dan sosial) dunia menjelang tahun 2009 hingga 2015 yang sangat menggugah akal rasa-ku ini. Terima kasih aku ucapkan kepada Ain, kerana sanggup berhabis wang membelikan-ku majalah ini, kerana dalamnya tepu dengan imput menarik tentang strategi masa depan kerajaan Amerika Syarikat dalam mengurus tahun pertama kehancuran dan katastrofi luar biasa ekoposial dunia dari sudut mata pandang cerdik pandai orang barat. Berpadanan dengan tajuknya, “How to Fix The World; A GUIDE FOR THE NEXT PRESIDENT”, majalah edisi kali ini banyak juga menjawab bagaimana cara untuk mengembalikan kegemilangan enjin sistem dan gerak kerja yang selama ini dibanggakan seperti kapitalis, demokrasi, globalisasi, pemodenan, dan sebagainya. Ain nampaknya tidak bosan dengan minat-ku.

Edisi kali ini juga ada menyelitkan bagaimana cara Islam dapat dilemahkan dan ditewaskan seterusnya dinyahpergi dari muka bumi ini (ada unsur penambahan serta hiperbola di situ). Hal ini sangat menarik, mana tidaknya, jikalau mereka berani terang-terangan memaklumkan strategi jahat mereka, kita mempunyai peluang untuk lebih bersedia dalam menghadapi segala macam hasad dan dengki yang dilemparkan kepada agama kita dan mengorak langkah membuat serang balas jika mampu. Bukan serang balas senjata, tetapi lebih kepada serang balas kebijakan akal serta strategi.

Cuma menjadi kesukaran samada kita sedar atau tidak, berminat atau tidak untuk mengambil tahu semua ini. Terpulanglah kepada diri sendiri dalam menentukan hal ini, hal berminat atau tidak untuk mengambil tahu.

Perkara yang selalu dianggap perkara bosan.

Watak karut sahaja.

Ia seperti tidak berlaku.

No comments: