Wednesday, December 10, 2008

Separuh dekad

Selepas usai kertas terakhir, aku tidak rasa sekelumit bebas. Tetapi kali itu, yang pasti ialah kelegaan memenuhi setiap bilik dalam jiwa sanubari ini. Aku tidak gentar lagi dengan Sijil Pelajaran Malaysia kerana sudah terang lagi bersuluh ia berlari meninggalkan aku sendiri. Hati bertambah girang apabila pengawas kurus ala mirip keturunan orang-orang bangla melepaskan ikatan yang sering mencekekku. Lega memang perkataan paling serasi dan pastinya ‘bebas’ bukan untuk aku.

Aku bersama mungkin 3 orang rakan, Zahin, Kamil serta Aqeel memasang nekad memanjat tangki air sekolah yang tidak ketahuan berapa ketinggiannya. Memanjatnya dengan rasa debar, takut dan juga terselit rasa riak yang kini aku mula mempersoalkan dari mana datang dan untuk apa rasa itu. Panjat, niat di hati memerhati kawasan sekolah serta tidak lupa untuk membuat rekod kerana di tanganku sudah tergenggam cecair pemadam pen-tulis apa-apa yang terlintas kemudiannya.

Terang jelas tenagaku membazir sahaja. Malah sakit di kepalaku makin bertambah akibat terhantuk dalam perjalanan, yang mana aku tidak langsung sempat terngadah. Semuanya bergerak dengan tangkas ketika itu, bukan masa pastinya tetapi gerak kaki. Pembaziran masa dan tenaga. Aku hanya dapat melihat sebahagian besar bumbung sekolah, paya buruk, padang korup, rumah-rumah pentadbir dan tidak tinggal, kawasan perumahan ku sendiri.
Dan oh terlupa,aku turut mendapat benggak di hadapan kepala yang agak tidak rata seluruhnya.

Selepas bersalaman dengan rakan-rakan yang terkadang sahaja lagaknya, aku meminta izin pulang dari warden yang juga terkadang sahaja baik lagaknya terhadapku. Tidak ku sangkal, perangai pelik serta tidak sehaluan dengan insan-insan di atas dan di bawah serta setara ini membuatkan aku dilayan segamaknya. Aku terima hakikat ini juga tidak selalu tetapi yang selalu di kepala ialah pohon pastinya tidak bergerak sendirinya, termasuklah jisim takternampakkan oleh mata logika insan lemah-panggilan si dia. Aku meninggalkan sekolah, rakan-rakan, kenangan serta sejarah emosi yang tidak punya ketetapan. Tinggalkan mereka, oh bebas, kini benar-benar aku berasa bebas, bebas dari lingkungan seksa separuh dekad.

malam mengingatkan

3 comments:

::aku budak baru belajar:: said...

salam...weh...pa khabar????

::aku budak baru belajar:: said...

weh..ko check link ni...http://falsafahpokdeng.blogspot.com/

nabilamillie said...

ermmmmm...
best r time skola....
rindu gle...