Wednesday, December 10, 2008

Siapa jahat di dunia ini?

Masih segar lagi, ombak itu yang menghentam ku. Aku pasti, ombak itu yang menghentamku. Tanpa belas, ombak- ya, ombak itu- membunuh, meragut jantungku. Dia, ombak ganas yang membunuh seluruh harapan, seluruh tempat bergantung. Pada hari bahagia, ombak meragut nyawa ma dan pa. Tanpa belas, tanpa belas kasihan sedikit pun. Kau, ombak, ombak jahat! Kau campak, hentam insan yang melahirkan ku, kau bunuh insan yang menimangku. Mereka lemas akibat lambungan keji kau, kau lambung sampai ke awan, kau hempas sampai ke dasar. Kau hempas mereka sampai pecah muka-muka yang membentuk muka ku. Kau buat semua itu di hadapan ku, mengapa? Kau, ombak, ombak kejam! Aku menangis di hadapan kau, sudah,jangan kau pijak mereka. Tetapi apa yang kau buat? Kuat aku menangis, kuat kau memijak. Ingat! Kau pijak ma, kau pijak pa. Kau yang pijak mereka berdua, kau yang pijak sekali kedua-duanya. Aku menangis, adakah kau menangis sekali? Aku derita, adakah kau menderitainya sekali? Aku keseorangan menangis. Tersedu di hadapan insan-insan yang pecah muka mereka, siapa yang lakukan? Siapa yang lakukan? Kau ombak! Ombak jahat!

Selesai kerja ku, menusuk dan terus menusuk lagi. Menusuk sampai ke tempat paling dalam. Kasihan anaknya, aku peduli apa! Anaknya bodoh, terlampau melampau. Bukan emak bapaknya yang aku humbankan, tetapi jantungnya yang aku ragut. Aku jaga mereka, tetapi aku remuk dia. Dia, anak yang menangis itu! Menangis macam orang gila! Aku tahu hari ini hari bahagia dia, hari penuh dengan harapan. Aku tahu dia sayang akan mereka, tetapi sayangkah mereka akan dia? Mungkin sebelum ini ya, tetapi selepas pelbagai sumpahan terhambur, menyalahkan ku, aku pasti mereka membenci dia, dia, anak yang asyik menangis ketika aku bunuh emak bapaknya di hadapannya sendiri! Puas hati aku. Aku tidak humban mereka denagn kasar, tetapi aku humban dia dengan hina! Dia,anak yang menangis tidak sedar tujuan ku. Dia akan dibenci, oleh emak bapaknya sendiri! Percayalah orang yang mempercayai.

Siapa jahat di dunia ini?

Bukan manusia atau manusia bukan?
Jawapan dalam soalan.

Ujian dalam derita.
Derita dalam kesenangan.
Kesenangan dalam ujian.
Deita dalam derita.

Jawapan dalam soalan.

Malam semalam,25/08/08

No comments: