Monday, February 9, 2009

cuti-ku-di-curi-lagi

“Siapa mahu satu juta ringgit dalam masa dua hari?”

Semua rakyat dalam dewan,
Mengangkat tangan kanan,
Penuh bersemangat.

Kecuali,
Seorang budak kecil,
Dari kampong,
Berpeluk tubuh.

Di sebelahnya,
Ada beg bermacam warna.

Penceramah-pemberi-soalan,
Bertanya,
Mengapa?

Dengan sinis,
Dan.
Dengan kadar tidak bersalah.

Dia menjawab.

“Saya akan berasa sedih,
Jikalau,
Satu juta ringgit milik saya,
Dalam masa dua hari,
Sedangkan,
Sekeliling saya,
Miskin dan papa.”

Budak kampong itu,
Tidak sesekali mahu,

Memijak bangsa sendiri.

No comments: