Sunday, February 8, 2009

cuti-ku-di-curi

Aku tertarik,
Untuk menjawab,
Persoalan yang ditimbulkan,
Seorang penceramah,
Kursus Asas Kewangan (Aliran Tunai).

“Anda mahu memberikan wang kepada rakyat Palestin, Hamas untuk membeli makanan atau senjata?”

Aku agak kaget,
Pada mulanya,
Kerana dia memberikan,
Soalan berbentuk retorikal.

Tentunya kita orang Islam,
Mahu keduanya,
Makanan dan senjata.

Apa lagi yang hendak dipersoalkan?
Wahai penceramah-pemberi-soalan-retorik?

“How you do anything, is how you do everything”

Katanya, dengan kadar cukup yakin.

Dia seolah-olah,
Membuka ruang,
Kepada-ku,
Untuk menghantamnya,
Kembali.

Melalui persoalan pertama,
Yang berbentuk retorik itu tadi.

Menunjukkan bahawa,
Dia seolah-olah,
Tidak yakin dengan pemerintahan Hamas,

Dan baginya,
Membeli senjata,
Adalah suatu kesalahan.

Jadi,
Melalui kata-katanya,
“How ..................” itu tadi,

Pada-ku,
Dia seorang pengecut,

Dan juga kadang-kala,
Penting diri,
Dalam konteks,
Kepenuhan wang saku seluarnya.

Duit, duit, di mana kau duit?
Itu sahaja.

“There is a limit for you all, you are just 19 years old, and your experience is limited.”

Dia juga,
Mempunyai hobi,
Pada waktu lapangnya,
Memandang rendah tenaga muda.

Tetapi apa-kan daya.

Aku orang kampong,
Yang berbaju melayu merah,
Berambut pendek,

Sedangkan dia,
Seorang miskin,
Yang telah kaya,
Penceramah-si-pemegang-‘microphone’.

1 comment:

faratul nia said...

wawa....
bengagng nampak....
hehe...standard ar 2...
xaci la cakap cuti di curi...bkan pegi full pn kan...
hehe...