Sunday, March 15, 2009

sebagai makluman

Untuk menulis esei bukan mudah, perlu ada sumber. Kerana aku ini, hanyalah seorang pemegang Sijil Pelajaran Malaysia, aku tidak boleh keluarkan pendapat tanpa ada tarikh, nama, sumber, dan lain-lain perkara penting dengan tepat. Oleh itu, aku mengambil pendekatan-pendekatan yang lebih selamat dengan cuba mengapungkan pelbagai persoalan dengan mengharapkan agar para pembaca cuba mencari jawapan, kerana aku juga sedar, siapalah aku untuk memberikan jawapan. Siapa yang mahu dengar jawapan yang aku beri? Huh aku seorang bodoh hina. Tetapi aku masih manusia, jelas.

Oleh itu juga aku cuba sedaya upaya untuk tidak menyertakan apa-apa kesimpulan dalam blog ini dan juga sedaya upaya tidak melakukan proses ‘menyuap’ pembaca dengan informasi-informasi, kerana aku menghormati para pembaca, para pembaca tentunya lebih bijak dan mempunyai hak untuk mencari sendiri. Itulah niat sebenar aku menulis di ruangan ini. Agar para pembaca sama-sama mencari maklumat dan apabila tepu, berkongsi dan berdiskusi secara sihat. Percambahan pendapat itu kegemaran nabi kita.

Agar agama-ku, bangsa-ku dapat lari dari kepumpung sistem yang membuatkan kita sebuah glob, padahal tuhan sendiri telah menciptakan kita ini pelbagai yang mempunyai sama fitrah, sama keperluan.

Tidak ada manusia yang perlukan lebih wang dari manusia yang lain. Bukankah begitu?
(ini jenis persoalan, bukan kesimpulan)

Tuhan benarkan aku lihat jari-jari kaki (lelaki) engkau, mengapa pihak sekolah mewajibkan kita memakai kasut hitam? Kemas? Bukankah ‘kemas’ itu definisinya sangat subjektif? Jikalau kemas, tetapi kuku kaki tidak berpotong, apa guna? Siapa yang tahu kuku kaki-ku sudah potong atau tidak, stoking dan kasut hitam kan ada. Orang lain tidak kan tahu.

Aduh, kacak benar pengantin hari ini, lengkap baju melayu bersamping bagai, dipadan pula dengan sepasang capal. Aduh! Menangkap!

No comments: