Saturday, March 14, 2009

penat lelah

disebabkan aku penat menulis, sumpah dan sungguh aku penat!

salah orang tidak memberi atau salah orang yang tidak mencari?

orang yang lemah berbahasa inggeris adakah sama dengan orang yang lemah iman?

aduh maaf, sumpah aku tidak samakan engkau dengan si-laknat Darwin! sumpah dan sungguh!
adakah sama nilai antara pernyataan dan pertanyaan?

siapa gelar kau penderhaka bangsa?

itulah yang aku katakan dan utarakan, membaca dan tahu terlebih dahulu, ini bukan hanya soal memartabatkan bahasa! bukan hanya memartabatkan bahasa! harap kau mengerti.

aku hormat pendangan kau, tetapi aku hanya keluar menulis tentang isu ini selepas kau membuat kesimpulan yang sangat menyentuh hati,

Kesimpulannya jangan jadi bodoh dan jangan jadi anjing yang menyalak kerana terdengar anjing lain menyalak. Fikir dahulu baru menyalak.

sumpah dan sungguh, aku hormat pandangan kau!

untuk pengetahuan kau, keputusan SPM aku, 8A1 3A2 dan 1B4. disebabkan kebodohan dan ketidak-penuhan A1 aku itu-lah, aku membaca terlebih dahulu, sungguh-sungguh aku membaca tentang isu ini, baru aku bertindak.aku tidak menyalak sebelum berfikir, dan lebih hina, aku tidak menyalak kerana terdengar orang lain menyalak.

bukanlah ertinya aku mengatakan kau tidak layak jikalau hendak dibandingkan aku, aku sama seprti kau, malahan lebih hina, pasti! tetapi layakkah engkau mengatakan orang yang ber'demo' itu menyalak?rupanya seperti anjing, kerana anjing sahaja yang menyalak. manusia tidak menyalak, tetapi menjerit!

hujah aku? jikalau ingin menulis di sini, aku penat! sumpah! kau bacalah buku ini,carilah;

'mengapa kami bantah! edisi kedua', cari internet pun boleh, ada format e book.

salah siapa? yang tak memberi atau tak mencari?

aku mohon maaf, tiada niat nak bergaduh,
HAHA
sumpah dan sungguh!

1 comment:

Mohamad Arif Wajidi b Ahamad Kamal said...

aku sikit pun tak marah...sekelumit pun tidak..aku bangga ada sahabat macam kau..dan sungguh aku tak gelarkan orang yang berdemonstrasi itu anjing..aku akan baca buku tu kalau ada kesempatan.Harapnya kita akan lebih banyak berkongsi idea.Aku hormat kau dan usaha kau.Terima kasih.Salam.