Sunday, May 31, 2009

aduhai, jangan marah

“Meskipun Islam memperlihatkan kuasanya dalam kebangkitan semulanya pada masa ini, namun hakikatnya agama ini hampir tidak mempunyai daya tarikan di luar kawasan yang memang dari mula lagi tidak jatuh di bawah pengaruh kebudayaan Islam. Nampaknya zaman penaklukan budaya Islam sudah berakhir : pengikutnya yang telah menyeleweng boleh ditarik semula, tetapi agama ini tidak mempunyai makna bagi orang muda di Berlin, Tokyo, atau Moscow. Walaupun hampir satu bilion orang-satu perlima penduduk dunia-berbudaya Islam, namun mereka tidak mampu mencabar demokrasi liberal di kawasannya sendiri pada tahap gagasan. Mereka sudah tentu boleh mencabar demokrasi liberal menerusi bom dan peluru pengganas, suatu cabaran yang bermakna tetapi tidak penting. Malah dunia Islam pasti kelihatan lebih mudah terjejas oleh gagasan liberal dalam jangka panjang dan bukan sebaliknya, kerana liberalisme telah menarik minat ramai orang muslim, dan orang Muslim yang berkuasa juga, sepanjang satu setengah abad yang lalu. Sebahagian daripada sebab bagi kebangkitan fundamentalis yang berlaku kini ialah kekuatan ancaman terhadap masyarakat Islam yang tradisional, yang dapat dilihat daripada nilai Barat yang liberal.”

“ ‘Sains Islam tidak mampu menghasilkan kapal terbang pejuang pengebom F-4 dan kereta kebal Chieftain yang diperlukan untuk mempertahankan Iran di bawah Khomeini, daripada jirannya yang bercita-cita tinggi, iaitu Iraq. Iran di bawah sistem pemerintahan Islam boleh menyerang rasionalisme Barat yang menghasilkan senjata sedemikian kerana hanya Iran mampu membeli senjata itu dengan pendapatan daripada rizab minyaknya. Hakikat bahawa pemerintah Iran boleh melihat sahaja sumber yang berharga itu memancut keluar dari tanah membolehkan mereka memuaskan hati mereka dengan melibatkan diri dalam rancangan seperti revolusi Islam sedunia, sesuatu yang tidak dapat dicapai oleh negara lain yang tidak dikurniakan sumber yang sedemikian berharga.”

dari The End of History and The Last Man; Francis Fukuyama


Dari dalam kepala orang kampong, yang dihiasi dengan rambut kerinting mengerbang sana-sini, hal ini bukan salahnya itu agama, tetapi tidak syak lagi, para pengikutnya yang tiada benar bekerja – membuat apa yang disuruh ke atas mereka. Tidak tersangkal, orang kampong juga gelagatnya begitu. Tetapi dia (baca; orang kampong) tetap berhajat menyumbang sesuatu kepada dirinya. Tetap bertanya sendiri-sendiri, mengapa tidak kumpulannya Melayu perguna kekuatan diri; adaptis-kreatis?

mereka ini orangnya atas angin, tiadalah bijak mana, tiadalah betul semua.

3 comments:

mamat syafiq said...

x de hal punye beb...
apsal ko x amek baju2 tu. banyak dowh, dah le mahal...
aku ingatkan ko tingalkan printer tu skali..ngah3

Lord Hosni the Wise said...

weh...al maududi tu sape?

kat mane ble ak tau lanjut pasal die?

orang kampong said...

al-maududi ni antara ulama' power r kat india dulu,dia yang mengasaskan idea penubuhan republik islam Pakistan, tapi malangnya, selepas satu rampasan kuasa, dia dipenjarakan selepas berjaya memisahkan diri drpd india..

untuk tahu lebih lanjut,,ko boleh lawat perpustakaan seremban yang kecil molek berhampiran terminal one (bangunan UMNO),,atau jalan yang lebih mudah,,ko pegi jengok2 himpunan buku kat surau al-furqan,,banyak buku pasal al-maududi,,pemikiran dia semua..

gud luck bro!
mari kita berkongsi..