
kalau aku katakan begini, katakan aku ini mentah, tidak mengerti apa-apa, terlampau bersemangat dan emosi. tidak mengapa, aku terima, pada ku, apa salahnya jika orang mengatakan aku bodoh, aku memang bodoh, kerana aku masih tidak boleh bercakap bahasa melayu pada laras tinggi walaupun ibu ku melayu, bapa ku melayu, ketua ku melayu!
orang ramai kata, melayu ini bangsa suka pijak bangsa sendiri, aku tidak sangkal yang itu, tetapi adakah orang melayu sahaja yang pijak bangsa melayu? bangsa lain jauh lebih kejam memijak kita, termasuklah penjajah kita dahulu, yang meninggalkan bekas-bekas jahanam dalam tubuh manusia melayu! kaum pendatang di negara kita ini tidak memijak kita kah?
percaya atau tidak, selagi bahasa inggeris diagung-agungkan melangit, selagi itulah bangsa melayu tidak akan maju, tidak akan! selagi itu lah, bangsa melayu akan dipijak jadi sampah kalau bukan benar-benar belajar bahasa melayu, bahasa sendiri!
sumpah, aku tidak anti bahasa inggeris, sedangkan aku sendiri sedang giat cuba menguasainya. tetapi aku percaya serta yakin, jika aku ingin lihat bangsa ku maju, aku perlu serahkan jiwa bangsa ku! aku perlu serahkan jiwa bangsa ku!
aku tahu, aku ini tiada siapa. aku tahu. dan aku ingin kekal begini, biar aku sentiasa sedar di mana letaknya aku ini. mungkin aku akan dianggap sampah masyarakat atau keluarga satu hari nanti (mungkin sudah pun aku ini jadi sampah!), tetapi aku cuba sedaya mungkin, untuk menjadi hanya satu. anak yang soleh (anak yang soleh tidak semestinya mendengar kata).
PPSMI belum mansuh, dan mungkin bahasa akan dihimpit lebih teruk selepas ini. ini hanya kerana dia ingin lihat, jalan raya dihimpit dengan semangat-semangat membakar dada.
aku anti dasar melangitkan bahasa penjajah!
No comments:
Post a Comment