Friday, June 12, 2009

merakyat dengan merumput!

Sempena catatan yang ke-seratus ini, aku ingin membuat pengakuan tentang sesuatu, dan harapnya, pengakuan ini tidak perlu dilakukan terang-terangan.
Catatan kali ini datangnya dari cakap-cakap seorang budak kampong yang gemar benar bermain guli, berseronok sendiri-sendiri, sibuk bermain, berseorangan, sambil diawasi ketat kedua ibu bapa,dua orang abang dan kakaknya. Apakala dia masih bahagia, disamping mereka yang membahagiakannya, dia tetap berasa sedih pilu, kerana guli-gulinya acap kali hilang, entah ke mana. Menurut budak kampong yang keseorangan itu, guli-gulinya disyaki bergolek-golek diam-diam menuju ke dalam kolam ikan di tepi rumahnya, dan telah ditelan kesemuanya oleh ikan-ikan, tanda protes - kerana tidak diberi hak kebebasan mutlak, lalu mati. Dengan rasa hampa dan kecewa, kerana tidak sempat membuat kaji selidik serta laporan atas kehilangan guli-gulinya (angkara ayah kesayangannya tidak membenarkan sebarang bedah siasat dilakukan), dia pun mula mencari tempat untuk mengadu dan menggedik. Separuh jam dia mencari tempat mencurah perasaan, dan akhirnya! Bertemu dia dengan manusia yang membuat catatan ini, dan mula bercakap tidak henti-henti, juga kadang-kadang menyanyi dia lagu-lagu sambil menangis berhingus. Antara yang masih dalam ingatan, begini sedikit-sedikit bunyinya;

“kau pergiiiiiiii.. pergiiiiiiiiii..
sepiiiiiii, tanpa kata…..
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa….”

Dan dengan penuh perasaan, dia mula memetik gitar, ala-ala Aizat, walaupun wajahnya jauh lebih indah, tidak dapat dinafikan! Sedih daku melihat gelagat budak kampong ini, menangis tanpa henti dia. Arakian, selepas dia puas, bercakap, menyanyi, dan bercakap dan menyanyi, dia pun berhenti, lalu berkata,sambil membahasakan dirinya ‘adik’. Manjanik sungguh! Aduh!
“Adik tahu, Obama jadi presiden, memang rancangan dorang. Tapi janganlah sampai adik jadi mangsa!”

Aku, aku dan pokok-pokok serta rumput-rampai sekeliling terdiam. Adakah dia dirasuk ikan-ikan yang kuat memprotes itu? Atau…… ah, sama sekali aku tidak faham.
Sebentar! Mungkinkah dia menyembunyikan sesuatu pada guli-guli, yang suka bergolek-golekan itu?

1 comment:

hifa_adi said...

sdhnya.....
jgn pts asa..
teruskan perjuangn....