Saturday, June 13, 2009

Ksatria, Lucifer, Iblis

Apa itu maksudnya syaitan / setan? apa itu maksudnya Iblis? apa itu maksudnya Lucifer? Iblis itu aku tidak tahu, tapi syaitan/setan itu maknanya "pemberontak". Malah, Lucifer itu pula memberi ia erti "pembawa sinar cahaya". Yang jelas, ketiga-tiga itu datangnya dari satu keluarga.

Aku ingin jadi pemberontak tapi bukan ingin jadi syaitan/setan!
Aku ingin membawa sinar harapan kepada keluargaku tapi bukan jadi Lucifer!
Aku ingin patuh,tidak mahu ego melawan, tidak mahu jadi Iblis!

Siapa engkau untuk menyuruh aku itu ini?
Aku tidak mahu jadi Iblis!

Tapi aku ingin jadi pemberontak, bukan pada kedua ibu bapa ku.
Ingin aku bawa sinar cahaya kepada kedua ibu bapa ku.
Tidak mahu aku jadi Iblis.
Ego melawan, kedua ibu bapa.

Siapa yang tahu rasa-ku apa?
Siapa?

Orang yang hanya mendengar pada mereka yang telah berpengalaman dan berpangkat sahaja itu adalah orang yang jahil. Itu pada aku. Aku yang berpangkat Sijil SPM sahaja.

No comments: