Saturday, June 20, 2009

waswas waras

Immanuel Kant. Beliau adalah seorang idealis Jerman. Ketika berusia 60 tahun, pada 1784, beliau telah menulis sebuah esei. Tajukanya An Ideal for a Universal History from a Cosmopolitan Point of View. Eseinya hanya 16 halaman, tetapi impaknya, cukup kuat. Beliau menyediakan garis kasar tentang sebuah mekanisme iaitu lawan taakulan atau lawan logika. Beliau cuba menghasilkan manusia yang mempunyai sifat suka bergaul dalam cara antisosial atau bukan sosial. Dalam lain kata, ingin jadi peramah, tetapi tidak suka menyapa. Atau memasuki sebuah rumah tanpa pergi ke rumah tersebut.

Indah bukan?

Mekanisme ini sangat mampu meransang fikiran untuk merenung sesuatu perkara secara lebih kritikal. Jika ramai manusia Melayu menguasainya, mungkin cantik dan molek. Ternyata, manusia yang menguasai dunia kini ada yang menggunakan mekanisme tersebut. Antaranya, pencipta telefon, televisyen, internet dan lain-lain. Dengan mekanisme ini jugalah, mereka mengawal ekonomi, politik dan sosial manusia jagat, dengan adanya IMF, World Bank dan WTO, sebagai contoh.

Amaran! Beliau (gambar) bukan Immanuel Kant mahupun Altantuya Shaariibuu!

No comments: