Monday, December 7, 2009

anti-demokrasi (a)

Semua pengikut perkembangan politik mungkin sekali sudah biasa dengan prinsip Goebbelian, suatu prinsip politik yang kini semakin kerap digunakan. Prinsip yang bersempena dengan nama seorang pembantu propaganda Hitler yang sungguh licik, Paul Joseph Goebbels kini menjadi seperti alat utama dalam kancah politik dunia, tidak kira apa jenis sistem pemerintahannya, samada sekularisme, komunisme mahupun totalitarianisme, prinsip ini seolah-olah diagungkan.

Prinsip yang berteraskan tipu muslihat – penipuan yang diulang-ulang akhirnya akan menjadi suatu kebenaran, kenyataan – ini sejak dari dahulu lagi telah diaplikasi, lebih tepat jika dikatakan prinsip ini telah dilaksanakan sebelum ia mendapat namanya lagi. Maksud saya, hal ini telah berlaku sebelum meletusnya perang dunia ke-2, atau sebelum itu lagi, yakni sejak tersetusnya Revolusi Amerika. Dan ini mampu dibuktikan dengan beberapa kes politik besar dunia, sejak selepas penubuhan negara Amerika Syarikat membawa kehadapan.

Prinsip ini selepas itu semakin kerap digunakan, semakin kerap selepas terciptanya teknologi internet dan satelit yang mampu memberi maklumat secara meluas ke seluruh dunia. Dan tidak keterlaluan jika dikatakan, seluruh dunia kini bergantung maklumat pada media massa dan elektronik. Apa sahaja yang berlaku, akan disampaikan melalui media secara pantas, dan akan berlakunya pengulangan yang begitu ketara, sehingga kadangnya walaupun terdapat unsur berlebih-lebihan, para penyerapnya langsung tidak ambil peduli, kerana seolah-olah pengulangan itu suatu yang benar.

Terdapat banyak peristiwa yang melibatkan masyarakat dunia secara keseluruhannya berlaku semenjak tahun 2001 yang meragukan saya, atau lebih jujur saya anggapkan ia suatu penipuan berbentuk maha. Antaranya termasuklah, peristiwa 9/11, serangan senjata biologi, penggunaan senjata nuklear, kehabisan bekalan minyak dunia, kejatuhan ekonomi global, serangan virus penyakit dan kemunculan penyelamat baru dunia (baca; kulit hitam).

Semua peristiwa itu pada saya adalah keberjayaan media menipu masyarakat global bagi menggapai suatu matlamat atau agenda tertentu. Antara agenda besar yang mahu dicapai termasuklah bekalan gas asli, minyak dan dadah yang berterusan, strategi menambah kuat aspek kebergantungan negara dunia ketiga kepada Bank Dunia dan IMF, penguntungan yang berlipat kali ganda kepada syarikat-syarikat kapitalis (menjual vaksin), dan juga mengalih pandangan masyarakat daripada politik ketakutan (politic of fear) kepada politik pengharapan (politic of hope).

Pada saya hal ini jelas bahawa media telah menipu masyarakat global secara keseluruhannya, dan prestasi media elok benar jika dikatakan mampu dikawal dengan cukup mudah, samada untuk tujuan baik mahupun jahat, atau berat sebelah dan hanya untuk kepentingan sesebuah negara sahaja. Media boleh digunakan bagi mengawal informasi dan juga cara pandang atau kepercayaan masyarakat terhadap suatu perkara walaupun ia suatu penipuan. Media mempunyai kemampuan yang cukup untuk melakukan pengulangan yang maha kerap sehingga masyarakat seluruhnya percaya terhadap perkara yang disampaikan, dan ini sangat bertepatan dengan prinsip Goebbelian tadi.

Berdasarkan prinsip tersebut, kreadibiliti media boleh dipersoalkan, dan sejauh mana ia boleh diharap sebagai sumber informasi yang boleh dipercayai lebih-lebih lagi yang berkaitan isu politik yang merangkumi hampir keseluruhan aspek dalam masyarakat. Dan seperti ramai tahu, tunjang atau akar sistem demokrasi ialah mahkamah, polis dan media. Jika akarnya boleh dipersoalkan, bagaimana pula dengan sistemnya?

Saya anti demokrasi, kerana agama saya tidak mengajarkan curiga. Agama saya agama Islam.

1 comment:

Anonymous said...

Hassan Hayastani PASCA 2012 - ZENTRUM menjemput setiawan belia semua untuk menjadi sebagian dari penyelidik relawan tentang "Konflik Nagorno Karabakh" dan "Krisis Tenaga Biru". Metodenya mudah sahaja, setiawan lakukan kajian secara personal atau berkumpulan dan datanya nanti dapat diserahkan kepada ZENTRUM untuk diproses dan setiawan akan dijemput untuk menyertai kesatuan gerakan dalam seninar-seminar yang akan diadakan

sahut cabaran bro..

http://web.me.com/muringwien/hayastani/I.html