Winston Churchill pernah berkata; ‘the farther backward you can look, the farther forward you can see’.
Keputusan mahkamah persekutuan tidak menggemparkan kami. Sehari sebelum keputusan itu dibacakan oleh hakim, pelbagai unjuran idea dilakukan, tetapi lebih kepada yang ringan-ringan sahaja.
Dan ternyata, selepas keputusan kerajaan dan mahkamah dibacakan, dengan keputusan sebulat suara (5 berbalas 0), nizar tumpas. Banyak juga spekulasi yang dilakukan selepas itu, juga idea-idea radikal mula muncul dari pihak yang kecewa terhadap keputusan tersebut. Mungkin yang paling terkesan di kalangan kami ialah rakyat Perak sendiri. Sehingga ada salah seorang dari kami bercadang untuk baring dihadapan kereta bernombor pendaftaran Perak, tanda menunjuk kasih. Tetapi idea itu hanya jadi bahan ketawa, menunjukkan ketidak seriusan kami.
Pada sudut yang lebih serius, idea saya yakni kudeta bersenjata mula dipandang oleh salah seorang dari kami, beliau mula bertanya-tanya adakah mungkin perjuangan bersenjata di
Memandangkan saya bertanggungjawab untuk menarik seberapa ramai untuk tidak mengundi pada pilihanraya akan datang, paling kurang seluruh ahli keluarga saya, isu Perak ini membuatkan saya teruja. Saya bersungguh ingin menjadikannya salah satu penguat hujah kepada idea anti-demokrasi. Saya percaya dan yakin, hal ini bakal menjadi titik tolak kepada kehancuran sistem memandangkan wujudnya terlalu banyak campur tangan badan asing dalam sistem keseimbangan (check and balance) yang terkandung dalam sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.
Saya tidak berminat untuk menghurai apa yang dilakukan bapak-bapak tua di luar
Plato bermuram durja selepas guru kesayangannya mengambil keputusan untuk berjuang dengan meminum racun Hemlock selepas ditekan dan dituduh menghasut dan menyebar idea-idea sesat kepada golongan muda. Socrates dengan berani memilih untuk mati daripada terus menjadi bangkai hidup, tidak menyebarkan kebenaran yang beliau dapati. Kerajaan yang menekan beliau ialah sebuah kerajaan demokrasi. Socrates dibunuh dengan zalim, dan perihal peristiwa ini ada dinukilkan dalam karya agung Plato, Republic.
Pada waktu tuanya, Plato terus menghasilkan karya untuk ditinggalkan kepada generasi akan datang, dan mungkin dengan kesedaran itu, maka muncullah Politicus. Dalam buku tersebut juga ada menyebut tentang bentuk-bentuk negara, yang pada beliau perlu diubah agar lebih realis. Penulis sebelum itu telah mencadangkan pembahagian dua golongan, iaitu golongan yang mengenal undang-undang dan golongan yang tidak mengenal undang-undang dan seterusnya menyusun bentuk negara bagi kedua-dua golongan, setiapnya terkandung tiga bentuk.
Dalam golongan mengenal undang-undang, bentuk terbaik ialah monarki, diikuti aristokrasi dan demokrasi. Dalam golongan tidak mengenal undang-undang pula, bentuk terbaik ialah demokrasi, diikuti oligarki dan tirani.
Menarik bukan?
Memandangkan undang-undang merupakan pelajaran utama saya kini, saya amat tertarik untuk mengikuti perkembangan kes liwat Anwar. Unjuran idea juga dilakukan ke atasnya, dan jikalau Anwar gagal mempertahankan diri, ia merupakan suatu peluang terbesar untuk konsep anti demokrasi muncul. Maka dari sekarang, kita harus bersedia.
3 comments:
http://perisik-rakyat.com/2010/01/rpk-musa-hassan-siapa-memburu-siapa.html
korban perjuangan
ko letak smua komen ko ke FT dalam blog ni..lawan je secara terbuka
http://studentpowerproject.tumblr.com/
Post a Comment