Saturday, March 14, 2009

untuk sahabat sang-tahu-cakap-sahaja

Kerana 100% bahan rujukan untuk bidnag-bidang sains dan teknologi adalah dalam bahasa inggeris.
mana kau dapat fakta ni? mana kau dapat peratusan ni? dari buku mana? dari sumber mana? dari kajian mana? siapa yang keluarkan fakta ni? petikan dari momorandum GMP yang diserahkan kepada sultan, "Tidak mereka tahu bahawa sebelum tahun 2003 jumlah tesis Sarjana Sains (M. Sc.) dalam bidang sains dan matematik yang ditulis dalam bahasa Melayu berjumlah lebih 2,000 (dua ribu buah) manakala tesis Doktor Falsafah (Ph.D.) dalam bidang tersebut yang ditulis dalam bahasa Melayu berjumlah lebih kurang 400 buah?" siapa ajar kau kita tak boleh guna tesis sebagai bahan rujukan?

oleh kerana bahan rujukan adalah dalam BI, menyukarkan pelajar utk memahami konsep dan teori asas. Ia memerlukan masa utk pelajar tersebut memahamkan terma-terma tertentu...
pelajar dah masuk universiti, dah ada kelayakan, tidak logik sama sekali tidak faham teori asas yang dikuasai mereka sebelum mengambil peperiksaan PMR dan SPM. pelik campur ajaib kalau teori sudah pun dalam genggeman, ubah terma sahaja, boleh gagal. ini nampaknya kau memandang rendah. maknanya kau katakan doktor, arkitek, angkasawan negara (seorang sahaja) yang beribu sekarang ini (yang belajar matematik dan sains dalam behasa melayu) itu jadi apa yang mereka jadi sekarang sebab lulus peperiksaan bukan sebab mereka kuasai ilmu itu sendiri? begitu? owh malangnya nasib orang Malaysia ada golongan kolar putih yang tidak kuasai ilmu tetapi hanya ada segulung ijazah.

Kenapa Jepun, Perancis, German boleh berjaya dgn bahasa mereka ? Kenapa mereka tak perlu PPSMI untuk berjaya ?
boleh kau senaraikan negara-negara yang maju dalam bidang sains dan teknologi yang mengajar dan belajar sains dan metematik dalam bahasa inggeris? boleh tak? aku mintak tolong kau senaraikan nama negara-negara tersebut. atau kau nak kita jadi pelopor? kau nak cipta sejarah dunia, Malaysia jadi negara pertama yang berjaya? kau sendiri cakap, kita sudah jauh ketinggalan. atau kau hendak guna model evolusionis, evolusi dengan lompatan (evolution by leaps)?

Proses penterjemahan sekiranya hendak dilakukan sekarang, memerlukan banyak sumber kewangan, kakitangan, masa dan prasarana lain yang mana kelihatan agak mustahil.
siapa yang cakap mustahil? kau? apa kelayakan kau? kau pernah cuba?pernah? sumber dari kunjing.blogspot.com yang tidak meletakkan sumber mana beliau ambil, hanya prasangka, berbunyi "Berapa juta telah kerajaan belanjakan untuk ppsmi ini?...terlalu banyak...modul baru dikeluarkan , guru perlu meghadiri kursus."lihat sendiri, kerajaan ada duit, tetapi tidak mahu sahaja, kalau hendak seribu daya, tidak begitu?seluruh contoh yang kau cakap itu bukan perlukan bahasa, tetapi perlukan kefahaman yang jitu, yang tepat. jika kita faham benar tentang teori asas, banyak lagi ciptaan baru boleh kita usahakan. masalahnya, kanak-kanak kecil susah hendak faham! sebagai kajian, cuba kau belajar matematik dalam bahasa arab, berani?

Kanak-kanak kecil bermula sejak dari darjah satu, sekiranya didedahkan dengan subjek sains dan matematik dalam BI, akan mudah memahaminya walaupun mereka tidak pandai berbahasa inggeris dan tidak pernah menggunakan bahasa inggeris.
dari memorandum GMP, "Beberapa banyak kajian yang telah dilakukan oleh pakar-pakar pendidikan dan bahasa di seluruh dunia membuat kesimpulan bahawa manusia, mulai peringkat kanak-kanak, lebih mampu berfikir secara kreatif dan dapat memahami konsep-konsep ilmu dengan lebih mudah dan cepat dalam bahasanya sendiri".orang buat kajian, seluruh dunia buat kajian, membaca. engkau? kau prasangka! kau ada buat kajian? untuk makluman kau, ketua GMP ialah Datuk Dr. Hassan Ahmad, Bekas Ketua Pengarah DBP 1976-1989 dan Bekas Duta Malaysia ke UNESCO 1989-1994. beliau buat kajian, membaca. engkau?engkau? aku tanya lagi, apa kelayakan engkau?

Anak-anak kecil yg berumur 6 tahun berbangsa melayu yang mengikuti keluarga ke United Kingdom terbukti boleh berjaya memahami sains dan matematik dalam BI.
boleh tak kalau menulis, letak nama?siapa 'anak-anak kecil' itu?kau? kau sendiri beritahu, 'mengikuti keluarga ke United Kingdom', 'ke United Kingdom'! tentulah persekitarannya dan gaya pembelajaranya berbeza. layakkah kau samakan tahap persekitaran United Kingdom dengan persekitaran orang kampong? rakyat FELDA?bukti kau pun rapuh, sungguh. kau arif benar bukan teknik membuat kajian, perlu ada pembolehubah dimalarkan (kalau tak faham-constant variable), jadi bagaimana kau boleh buat kesimpulan semua kanak-kanak kecil mudah untuk menerima dan memahami apa yang diajar kepada mereka sedangkan persekitarannya tidak sama?aduh!

Semua pihak perlu membuang sikap prejudis, membuang kacamata politik dalam melihat dan memahami dasar ini.
siapa yang melihat dan memahami dasar ini dari kacamata politik? siapa wahai engkau?siapa? orang berjuang untuk rakyat! untuk golongan yang dinyahkan hak mereka! dasar ini dasar yang dilaksanakan untuk rakyat, dasar ini dasar yang dilaksanakan untuk masyarakat. jikalau dasar ini dasar jenis menindas, layakkah aku mendiamkan diri?layakkah aku memendam rasa?

bahasa aku agak kasar, aku mohon maaf secara terbuka. sesungguhnya, tiada sekelumit niat untuk menyalakan api marah, api pergaduhan. niat ku jelas tuntas,untuk mempertahankan niatku, untuk mempertahan tindakan-ku. aku mohon maaf sekali lagi.

perselisihan pendapat umatku itu rahmat, sabda nabi kita.

5 comments:

ceria seindah suria said...

teaching maths & science in english is a must!
please be far-sighted in this issue on long term basis..
get the facts right, u won't get good job with bad english..
why so "kecoh" bout teaching science & maths in eng..
after all, other subjects in BM..eg moral, sej, geog, sivic..
reverting teaching maths & science to BM is a waste of taxpayers..
new book to be publish in BM at this time of economic downfall..
plus, BM is not capable of explaining some of the terms in these two subjects..

Anonymous said...

Aku setuju dengan kau dalam hal ini.

Tapi aku pelik kenapa kau tentang aku dalam blog sahabat kau.

Pendapat tak perlukan asas fakta.

Kalau begitu, maksudnya pendapat itu telah dialih menjadi fakta sepenuhnya.

Kau boleh cakap pendapat kau di blog kau. Siapa yang tak setuju tak semestinya perlu memasukkan fakta dalam pendapatnya. Kalau begitu, itu namanya membangkang.

Aku hanya tidak bersetuju dengan pendapat sahabat kau. Dan aku masih tertanya-tanya adakah kau tidak bersetuju dengan aku atau dengan sahabat kau?

Sekian. Aku datang dalam aman. Bukan mahu cari gaduh.

Dan aku sangat tak setuju dengan alicia.

orang kampong said...

alicia,
dah tgk bape peratusan subjek y diajar dlm bi kalau hndak dibandingkan dgn bm kat univrst?
cik org islam atau kafir zimmi?
cik dpt kerja sbb cik pandai ckp eglish atau sbb Tuhan pilih cik?
api membakar kertas,tetapi kertas terbakar bukan sbb api cik.
mmbazir?lagi mmbzr kalau budak2 lgsg xphm ape y diajar,,membuang beras kate org ns..
cik suke pandang rendah bahase cik la..cik x bace sejarah melayu melake ek?kesian cik...

takahara,
pendapat mesti ade fakta,,klu x,,pendapat tu jadi prasangka murahan..
contohnya,,aku cakap,,selepas nombr 2 ialah 5 bukan 3 atau 4..siapa y ckp 3 atau 4, sesat...
apa kau rasa?

aku sentiasa menyokong mereka yang tidak berprasangka..
orang yg turun demo tak mengade2,,

blog aku untuk orang2 y inginkan keamanan,,masa depan yang lebih cerah..

Anonymous said...

OK, yang 'lepas dua ialah nombor lima' itu, dipanggil fakta yang salah.

Pendapat tak semestinya salah.

Dan tak semestinya betul.

Pendapat itu neutral. Pengimbang antara yang betul dan yang salah.

Pendapat tak semestinya wajib berdasarkan fakta.

Boleh juga berdasarkan pengalaman sendiri.

Atau pengetahuan yang tak tertulis dalam bentuk hitam putih.

Contohnya, Russell Peters menyatakan pendapatnya bahawa dia tak suka bola sepak. Sebab dua negara yang mewakili dirinya(Kanada dan India, ya dia berdarah India) tidak menyertai Piala Dunia.

(Dia komedian. Sebab tu dia cakap benda mengarut macam tu.)

Sebab itu kadang kala, tak, selalunya, orang bercanggah pendapat. Dan bukan bercanggah fakta.

Dan, saya rasa(tukar guna bahasa sopan, rasa kurang sopan pula guna 'aku engkau' dengan orang yang tak dikenali) saudara salah tafsir maksud prasangka. Saudara turut mengkonfiuskan(ah, what's the word) saya. Menurut Kamus Dewan edisi tahun 1989(dah lama tak beli kamus), prasangka bermaksud sangka(anggapan) buruk terhadap sesuatu(seseorang) sebelum mengetahui(menyelidiki) yang sebenarnya.

Langsung jauh dengan maksud pendapat yang sebenarnya. Jadi tak boleh disamaertikan dengan 'prasangka murahan'.

Sekian.



(topik ini menarik untuk dibincangkan, bukan?)

orang kampong said...

hehe yep,betol.
saya setuju,,terima kasih banyak2..
saya sangat tak suke orang yang suka berprasangka,,
cakap orang melayu ni macam2,,isu ppsmi nie begitu begini,,tetapi langsung tak mengkaji pape,,
saudara blajar teory of knowledge x?
hehe about nombor 2,,itu bukan fakta,,tetapi dianggp 'fakta' buat masa sekarang..ia hanyalah sekadar sistem nombor yang dipersetujui ramai,,contoh paling mudah,,terdapatnya sistem nombor lain yakni sistem nmbr tamdun maya y shgga kini masih tidak dpt diungkai..tetpi tidk dpt disangkal tahap presisnya..

hehe bez gak kalau dapat kongsi banyk perkara lagi..
lebih2 lagi pasal 'blind force'..
the protocol of elders zion,,yang membina sebuah sistem paksaan,,klu kite kaji btol2,,PPSMI antara 'blind force' yang menyiksakan..