Wednesday, December 31, 2008

dari Chairil Anwar

AKU

Kalau sampai waktuku
'Ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau

Tak perlu sedu sedan itu

Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang

Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang

Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri

Dan aku akan lebih tidak perduli

Aku mau hidup seribu tahun lagi

Maret 1943

indah benar,
puisi si pejuang.

Tuesday, December 30, 2008

hartal

Semalam, aku membuat ulang-kaji.
Menonton semula dokumentari.

Sepuluh tahun sebelum merdeka.

Sangat aku teruja. Hingga. Menggugah rasa.

Pujian besar buat usaha penghasilan ini.
Dan sokongan padu.
Buat karya-karya elektronik seumpanya.
Yang bakal muncul. Pasti.

Agar lebih kita membuka mata.

Sedar dan insaf.
Serta merdeka.

Merdeka dengan Darah.
Sang Saka Dwiwarna.

transformers 2

Kapten Archibal Wickwiky baru bercerai.
selepas terjumpa Megatron.
kerana dia ingin mengasaskan Sector 7.
yang mungkin membahayakan.
kesihatan sang isteri.

tanpa berfikir panjang.
isterinya memotong rambut.
dan membuat sidang akhbar.
memaklumkan.
dia masih bujang.

kononnya.

Monday, December 29, 2008

transformers

Kapten Wickwiky kantuk, guru fiziknya lambat masuk.

Kelas hampir tamat, lima minit lagi.

Tiba-tiba gurunya, Archibal muncul. Termengah.

Dengan yakin, Cikgu Archibal menulis sesuatu di papan putih.

“Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang”

Semua murid ternganga.

Sebelum keluar, Cikgu Archibal senyum sinis.
Penuh aneh. Berkata.

“Ini asas teori Newton pertama.”

Kelas tamat.

feudal kuning

ketua kampong Kampong Koru baru meninggalkan orang kampongnya.
katanya bumi sudah padat.

jadi.
4 orang bawahannya berbincang.
dan melantik yang baru. tapi hampir sama.

Kampong Koru sudah ada ketua.
Bukriz Binawer namanya.

orang kampong tak ramai peduli pun.

Sunday, December 28, 2008

1430

selamat tahun baru.

harapan.

dapat solat penuh.

dapat membaca tahap dewata.

itu sahaja untuk tahun ini.

-1430-

surat khabar hari ini

pada pandangan peribadi-ku, aku tidak bersetuju akan ransangan ekonomi Malaysia berjumlah RM 7 billion dan ura-ura akan diganda dua berbaloi jika digunakan pada projek-projek insfrastruktur dan pembangunan tempatan dalam mengurangkan kadar pengangguran yang begitu besar menjelang tahun 2009.

manakan tidak, melalui prinsip kapitalisme, keuntungan ialah segala-galanya. dalam pasca-Great Depression kali ini, kantraktor-kontraktor di Malaysia mesti mengidamkan tahap keuntungan yang tertinggi, oleh itu sudah tentu mereka akan lebih cenderung dalam mengambil tenaga-tenaga buruh dari luar, yang lebih rajin, lebih berdikari, dan mungkin sekali lebih bersyukur dengan gaji yang diberi walaupun rendah.

ia akan menjadi sia-sia berlaka. rakyat Malaysia akan terus menganggur. dengan hanya pembinaan projek mega, masalah pengangguran tidak kan berjawab sama sekali.

oleh itu, bagaimana kita mahu meningkatkan peluang pekerjaan di tanah air ini?

Saturday, December 27, 2008

hari ini dan ini

Hari ini aku lelah.

Aku keluar lagi dengan dia.

Jelajah. Ke Kuala lumpur-coklat-kotor.
Jelajah mencari buku-buku hobi.

Dapat.
Fidel Castro, Pramoedya Ananta Toer, Rahmat Harun, Henry Ford.

Seronok sangat aku.
Rasa ingin-ku peluk dia.
HAHA.
Pabila kujejak kaki di Ricecooker!

spiderman

Peter dan Harry berkawan baik.

Peter selalu memakai baju merah, asyik bergayut-gayutan.

Harry selalu memakai baju hijau, bersama pelantar terbangnya.

Marry jatuh cinta pada Peter, yang selalu memakai baju merah.

Tetapi disebabkan ego, Marry gemar buat Peter cemburu.

Marry, Peter dan Harry berkawan baik.

Marry selalu memakai baju kurang kain.

Peter pada mulanya cemburu.

Tetapi sebelum Peter menjadi Spiderman, nampaknya dia lebih matang!

Friday, December 26, 2008

sarcasm



gambar hanya sebagai hiasan

rojak

Kanak-kanak bawa basikal, jaya kempen Jerit.
Ekploitasi budak kecil.

Kanak-kanak nyanyi berlakon, jaya Tom Tom Bak.
Cari bakat baru.

Pekerja tak pakai kasut kulit, tali leher.
Tak beretika.

Pekerja pakai kain singkat, belah dan ketat.
Tak mengapa.

Thursday, December 25, 2008

bushoe

mengantuk. baru bangun tidur. agak bosan. tak tahu nak buat apa. buka komputer. masuk internet. terbuka enjin carian Yahoo. ternampk muka Bush, ternampak kasut. aku terfikir.

semua orang mesti sukakan musuhnya bodoh dan tidak pandai.

jadi Bush, aku suka kamu.

bush baik, rosakkan banyak perkara.

sangat banyak.

kempen demokrasi. sistem kapitalis. imej negara Uncle Sam. wajah baik CIA. hubungan diplomatik dengan negara kuat. gerak kerja globalisasi. banyak lagi (mengantuk, sukar untuk berfikir)

jadi Bush ada baiknya.

rugi Muntazar al-Zeidi baling kasut, dunia sudah sedia maklum,

Bush itu jahat. Amerika itu jahat. sistem mereka jahat.

orang Islam kuatnya hanya membaling kasut?

semua kita sudah tahu AMERIKA JAHAT.

kerana kebodohan Bush.

jadi Bush, aku suka kamu.

jadi Obama, kita harus jaga-jaga.

menjelang 2009

Ain membelikan-ku majalah Newsweek yang dihadapannya diserikan dengan gambar Barrack Hussein Obama yang lagak seperti orang sedang berfikir untuk mendapatkan idea dan ingin sampai kepada tahap taakulan yang tertinggi, untuk diterjemahkan dalam pentadbiran dunia kelak mungkin. Ain barangkali memahami-ku yang minat sungguh dengan politik dunia kini yang semakin hari semakin rosak dan bobrok, oleh itu dengan mudah dia membelikan-ku majalah ini dengan hati terbuka. Ternyata, Ain juga memahami kegemaran-ku yang mungkin membosankan orang lain, aku yang gemar akan future studies, atau jangkaan apa yang akan berlaku masa hadapan, bukan terhadap jangkaan masa depan pasaran cerita kartun Korea atau Jepun mahupun cerita musikal Barat, tetapi terhadap perubahan ekoposial (ekonomi, politik dan sosial) dunia menjelang tahun 2009 hingga 2015 yang sangat menggugah akal rasa-ku ini. Terima kasih aku ucapkan kepada Ain, kerana sanggup berhabis wang membelikan-ku majalah ini, kerana dalamnya tepu dengan imput menarik tentang strategi masa depan kerajaan Amerika Syarikat dalam mengurus tahun pertama kehancuran dan katastrofi luar biasa ekoposial dunia dari sudut mata pandang cerdik pandai orang barat. Berpadanan dengan tajuknya, “How to Fix The World; A GUIDE FOR THE NEXT PRESIDENT”, majalah edisi kali ini banyak juga menjawab bagaimana cara untuk mengembalikan kegemilangan enjin sistem dan gerak kerja yang selama ini dibanggakan seperti kapitalis, demokrasi, globalisasi, pemodenan, dan sebagainya. Ain nampaknya tidak bosan dengan minat-ku.

Edisi kali ini juga ada menyelitkan bagaimana cara Islam dapat dilemahkan dan ditewaskan seterusnya dinyahpergi dari muka bumi ini (ada unsur penambahan serta hiperbola di situ). Hal ini sangat menarik, mana tidaknya, jikalau mereka berani terang-terangan memaklumkan strategi jahat mereka, kita mempunyai peluang untuk lebih bersedia dalam menghadapi segala macam hasad dan dengki yang dilemparkan kepada agama kita dan mengorak langkah membuat serang balas jika mampu. Bukan serang balas senjata, tetapi lebih kepada serang balas kebijakan akal serta strategi.

Cuma menjadi kesukaran samada kita sedar atau tidak, berminat atau tidak untuk mengambil tahu semua ini. Terpulanglah kepada diri sendiri dalam menentukan hal ini, hal berminat atau tidak untuk mengambil tahu.

Perkara yang selalu dianggap perkara bosan.

Watak karut sahaja.

Ia seperti tidak berlaku.

Wednesday, December 24, 2008

pelik

Aku terjaga dari tidur. Terjaga dan terfikir terus. Tidakkah kita berasa pelik, bagaimana salah seorang daripada 10 orang militan berani mati yang menyerang Mumbai boleh terlepas dari kematiannya lalu tertangkap begitu sahaja? Tahap kepelikan bertambah-tambah apabila bagaimana dia begitu berani berjalan di stesen keretapi dengan lagak bersahaja bersama raifal di tangan, seolah-olah menyerah diri, dan sanggup menghadapi apa sahaja yang akan diperlaku selepas penangkapannya? Pelik. Dia seolah-olah lebih rela dibelasah seksa daripada mati sebagai seorang ‘pejuang’.

Aku cuba mengaitkan ini semua dengan berita semalam, lelaki-sanggup-kena-seksa itu mengaku bahawa dia berkerakyatan Pakistan dan memberitahu bahawa 9 yang lain turut berasal dari negara yang sama. Kemudian, program berita yang sama turut memaklumkan bahawa tentera udara Pakistan sudah memulakan sesi latihan sebagai persediaan bagi sebarang kemungkinan serangan luar. Perang besar mungkin berlaku.

Pelik. Tidakkah ini pelik? Ia seolah-olah sebuah konspirasi terancang oleh pihak ketiga dalam melaga-lagakan kedua-dua negara seteru ini. Pelik dan pelik lagi, bagaimana pihak ketiga ini boleh membuat suatu konspirasi (jika ia memang konspirasi) sejelas dan terang-terangan seperti ini? Bukankah pihak ketiga ini lebih cekap dan berpengalaman sebagai ‘batu api’ dunia? Bukankah perang Iraq-Quwait suatu masa dahulu juga disebabkan ‘batu api’ ini? Bukankah perang di Afghanistan juga puncanya daripada serangan pengganas 9/11 yang masih boleh diragui siapa angkaranya?

Aku cuba mendalamkan lagi fikir akal-ku, cuba melogikkan soalan yang aku bina ini. Semakin dalam, semakin jauh, aku tersedar suatu hal. Serangan di bandar Bollywood ini hanya berlaku beberapa bulan selepas George W. Bush (baca; celaka) menandatangi perjanjian nuklear A.S-India, yang membenarkan pembangunan industri nuklear mereka kepada 50 hingga 120 atau lebih bom nuklear. Hal ini menunjukkan keberjayaan India dalam melobi Amerika Syarikat sekali gus menjadi negara yang harus digeruni lebih-lebih lagi negara Republik Islam Pakistan.

Tidakkah ini semua bersangkut-paut? Tidakkah ini pelik?

Dan drama selama tiga hari di Mumbai mengingatkan kita. Tanpa ada rasa bersalah, mereka dibunuh begitu sahaja, lagaknya seperti manusia haiwani yang tidak ada perasaan kasih dan belas. Aku hanya diri-ku, mengutuk keras serangan ini. Kerana agama-ku tidak pernah mengajar adab berperang seperti mereka, manusia haiwani.

Biasa-lah, bahasa perli itu kekal.
Agar kekalnya indah, jika cantik,
Kekalnya perit, jika sakit.

terjiwang sebentar

i hear she's kickin ass across the board and rock two hundred thousand higher scorer just in time to save the world of being taken over
she's a warrior
i couldn't play again because the game it never end it never even landed on the can and never let me in to spend my quarter
there's no love for me no more

say it isn't so
how she easily come, how she easy go
please don't tell her that i miss her
because i don't

she was the girl with the broadest shoulders but she would die before i crawled over them
she is taller than i am
she knew i wouldn't mind the view there
or the altitude with a mouth full of air
she let me down and doubt came out until the now became later

say that it isn't so
how she easily come, how she easy go
please don't tell her that i've been meaning to miss her
because i don't

not for her
it's not that i'm mad to forgive
forget what i said
that i'm crazy like the rest of us
but i'm crazier when i'm next to her

so why after the all of everything that came and went i care enough to still be singing of the bitter end and broken eras
i told you i don't but
i am only trying to be the best with my intent to cure the rest is sure to lay me ease the plural hurts of the words of reverse psychology
that's easier said
easier than done
please don't dare to tell her what i've become
please don't mention all the attention i have drawn
please don't bother cause she'll feel guilty when i'm gone

because i'm crazy like the rest of us
but i'm crazier when i'm next to her

and it's amazing how she's self-assured
and i know she'd hate me if she knew my words
do i hurt anymore
do i hurt, well
i don't

Lagu Angkatan Pemuda Insaf

Darah Rakyat

Darah rakyat masih berjalan
Menderita sakit dan miskin
Bila datangnya pembalasan
Rakyat menjadilah hakim
Rakyat menjadilah hakim
Ayuh! Ayuh!
Berjuang sekarang
Kemerdekaan sudah datang
Merah panji-panji kita
Merah warna darah rakyat
Merah warna darah rakyat


sumber; memoir ahmad boestamam

bila aku mahu insaf?

Tuesday, December 23, 2008

rugi tenaga muda




Gambar dari blog Rustam Sani

Testament Politik API
Oleh Ahmad Boestamam

Penutup

Sekarang bangsa Melayu sedang bergerak. Sedang menyusun tenaga raksaksa untuk perjuangan merebut kebahagiaan, keagongan dan kemerdekaan bangsa dan tanah air. Maka dalam menyusun tenaga raksaksa dari bangsa Melayu ini tenaga pemuda tidak-lah boleh disia2kan, tidak-lah boleh diabai2kan. Tidak-lah akan menjadi kokoh dan tegoh barisan perjuangan jika tenaga pemuda tidak diperuah apalagi kalau dichemohkan.

Bangsa melayu harus pandai menghargakan tenaga pemuda terutama tenaga pemuda2 yang insaf.

Dengan kesadaran yang bulat dan penoh dari sekalian bangsa Melayu dan dengan kerjasama yang tetap dan tegoh dari pemuda2nya kemerdekaan Malaya pasti akan terchapai dengan ta’shak lagi dan dengan sachepat mungkin.

MERDEKA pasti MERDEKA
MERDEKA dengan DARAH


bunyinya agak radikal, blog ini hanya sekadar himpunan peribadi. agar jangan tersilap lagi di kemudian hari.


ada orang ingin belajar bahasa perli. bahasa sindiran. semoga berjaya.

Sunday, December 21, 2008

binatang jalang

apa pun yang berlaku kini, aku harus berani bertindak. aku mengaku aku telah banyak tersilap langkah,tetapi berilah peluang, seperti jatuhnya kerajaan Jepun dan jatuhnya ramai pemimpin ganas seperti Stalin, Hitler, Lenin dan rakan-rakan, tetapi mereka mampu bangkit, jatuh semula, dan bangkit lalu terpijak perangkap samar kesilapan, lalu bangkit semula.

benar kata-kata ayah, sangat malu tahap kepalang jika lelaki jatuh hanya disebabkan perempuan,dan kini aku merasakannya. sangat pahit dan jijik sekali, habis segala cita-citaku menjadi omongan kosong dan retorikal hampas sahaja. alangkah bodohnya aku, langsung tidak tegas dengan diri sendiri. bodoh,aku malukan keluarga. mulai saat ini, pergi mati segala macam binatang jalang.

ternyata

siapa menabur angin,
akan menuai badai,

ternyata

melatah orang,
jelas terang
terkena diri,
selalu sembunyi.

Saturday, December 20, 2008

mengapa 'orang kampong' dipilih

Antara buku yang menjadi kegemaran ku pada tahap yang paling ialah buku Memoir Pak Sako, Putera Gunung Tahan yang ku beli di Pesta Buku Antarabangsa, di PWTC (tidak syak lagi, buku ini bertaraf antarabangsa). Malang bagiku jika aku tidak mampu mengkhatamkannya. Selepas habis selesai buku ini ku kunyah isinya (bak kata Pak Samad), aku mula berangan untuk menjadi orang kampong yang sejati, cuba membuktikan orang kampong lebih terbuka mindanya, tidak jumud, seperti labelan kebanyakan orang bandar di luar sana terhadap orang kampongan seperti saya mungkin. Cukuplah sekadar saya meletakkan kata pendahuluan pada buku ini sebagai bukti bagaimana sifat Pak Sako yang ku kagumi.

“Dalam memoirnya ini dia banyak menceritakan hal kampungnya, tentang kaum keluarganya, tentang kehidupan orang-orang kampung yang dikenalinya dan kerjayanya sebagai seorang pegawai pentadbir di bawah Inggeris....memang Sako sebenarnya tebal dengan nilai-nilai tradisi, masih kuat berpijak kepada nilai-nilai kampung walaupun dia begitu lama berkeliling di bandar dan di kota seluruh Tanah Melayu. Tetapi jiwanya masih terikat di kampung. Hatinya masih bertaut kepada kampung halamannya. Nilai-nilai ini semakin jelas manakala Sako menjangkau umur yang lanjut. Falsafah hidupnya jelas daripada tulisan-tulisannya di Utusan Melayu dan Utusan Zaman serta di Utusan Malaysia. Tulisan-tulisannya ‘Di Simpang-Simpang Jalan’ dengan memakai nama pena ‘Pak Pandir Moden’ dan ruangan ‘Ini, Itu dan lain-lain’ dengan memakai nama penanya ‘Hantu Raya’ membayangkan Sako sebenarnya adalah seorang tradisionalis.....orang-orang melayu sekarang tidak makan pucuk ubi, tidak makan ikan-ikan sungai, anak-anak muda sekarang tidak pernah melihat kijang dan pelanduk melainkan di kebun binatang, Sako selalu merungut.”

Kata pendahuluan oleh Tan Sri A. Samad Ismail, Memoir Pak Sako Putera Gunung Tahan

Dalam buku ini juga terdapat banyak lagi bukti yang menunjukkan kita boleh membangun dengan cara bangsa kita sendiri, dengan cara ‘orang kampongan’(pulang kepada akar bangsa), bukan terikut-ikut rentak Barat yang belum tentu baik buruk mereka.

‘Bangsa membaca, bangsa membangun’

Friday, December 19, 2008

minggu demokrasi

Minggu ini minggu yang sibuk, aku baru selesai menghabiskan tugasan yang diberikan oleh angah-ku. Bukan tugasan mudah tentunya, tetapi ia sangat seronok dan berguna buat aku yang kurang ilmu serta rendah tahap pembacaan ini. Walaupun aku berasa sangat mual untuk menghabiskan buku-buku politik yang sangat tebal dan banyak, ia tetap menyeronokkan. Tugasan yang meminta-ku membuat perbandingan sistem demokrasi di Malaysia dan Amerika Syarikat serta kebaikan dan keburukannya sangat menduga, aku perlu menghabiskan masa yang cukup panjang di perpustakaan dan di hadapan komputer ini untuk mendapatkan hasil yang lengkap dan separa padu. Waima, aku tetap berpuas hati kerana aku mula tahu dan mengerti pelbagai perkara tentang sistem pentadbiran sesebuah negara termasuklah proses pilihan raya serta cara pengiraan undi di Amerika Syarikat yang mungkin sebelum ini aku terlepas pandang.

Kesimpulan ringkas yang boleh diambil daripada kelelahan ini, sistem demokrasi di negara kita ini boleh dipertingkatkan serta dibaik pulih dalam memperoleh sistem demokrasi yang mantap dan telus tanpa ada sebarang penipuan dan manipulasi dari sesetengah pihak. Cara pengiraan undi di negara kita ini juga agak ketinggalan zaman dan pada hemat saya, tidak benar-benar mengambil kira suara ramai walaupun ia bersifat majoriti. Selain itu, aku juga agak kesal apabila melihat koleksi-koleksi buku di perpustakaan dalam bahagian politik yang penuh dengan buku Bahasa Inggeris sahaja.

Aku tidaklah tergugat dan lemah semangat dalam membaca buku bahasa barat itu tetapi persoalan mula timbul, di mana penterjemah-penterjemah bahasa kita, adakah subjek kepolitikan, Matematik dan Sains serta Teknologi hanya untuk orang yang mengerti bahasa Inggeris? Bagaimana pula dengan orang kampong yang mungkin tidak fasih serta kurang koleksi pembendaharaan kata bahasa Inggeris mereka? Mana yang lebih penting untuk dikuasai terlebih dahulu,bahasa atau isi, sedangkan kita sudah memiliki bahasa kita sendiri? Adakah kita ini kaum paleolitik awal yang tidak mempunyai bahasa dan menggunakan bahasa isyarat sahaja? Adakah Bahasa Melayu darjatnya hanya bahasa khayalan semata yang layaknya untuk angan-angan kosong Mat Jenin?

Hal ini semua walaubagaimanapun tidak melemahkan semangat-ku dalam meningkatkan darjat Bahasa Melayu kerana mana aku tahu dan mengerti, untuk mendapatkan negara yang maju dan membangun, kita perlulah melakukannya dengan cara kita, bukan dengan cara bangsa lain. Aku tidaklah anti Bahasa Inggeris, tetapi aku masih berpegang bahawa aku belum cukup menguasai Bahasa Ibunda-ku ini dan aku sama sekali tidak menginginkan apa yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Kini, aku hanya perlukan kebijakan stretegi yang mampan dan sokongan yang padu.

Thursday, December 18, 2008

Sultan Alauddin negarawan ulung



Aku bersama abang-ku yang sulung dan yang di tengah itu, Faisal Tehrani.



para pelakon bersama pengarah, Dr. Abu Hasan Hasbullah dan penulis skrip, Faisal Tehrani.
Teater 2 Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun sungguh menggamit, menggugah rasa penonton, antara dialog yang menikam dan memakan hati, diluahkan oleh watak Tun Senaja ;
“Banyak perkara tuanku. Yang paling utama, titah tuanku mahu melaksanakan undang-undang Islam yang benar setelah pulang dari haji menakutkan kita semua. Sangat-sangat menakutkan kita. Kerana Islam lebih menakutkan dari Melayu. Kalau tuanku melaksanakan Melayu dalam istana kita semua masih dapat berbahagia, tetapi kalau melaksanakan Islam tiada ruang semua bernafas. Kalau syahid kalimatnya, maka syahidlah baginda sultan. Yang utama dan berkepentingan, tiada Islam mengekang kita dari berbuat apa yang kita suka. (Nada mengejek) Demi Tuhan Kaabah! Ya demi Tuhan penjaga yang makruf dan pencela segala yang mungkar, Tuhan yang mencabut nyawa untuk golongan Tamil kembali bertakhta.Jadi tuanku, izinkan kita melihat tuanku berangkat ke barzakh tanpa rasa bersalah."
Cuplikan dari paripurna.wordpress.com, KATAFILU DI KAKILANGIT.

Perjuangan itu tentunya sukar. Teramat.

nasihat Pak Samad

Aku kerap kali terserempak dengan A. Samad Said, negarawan bagi-ku. Ada juga aku berjumpa dengan tokoh sastera ini di Pasar Seni, KL Sentral dan PWTC (ketika pesta buku). Apakala ternampak akan beliau, pasti jantung berdegup laju, kaki terpaku utuh, mulut terdiam kata, mata terpana bulat, hati bergetar kalut. Adakah aku telah jatuh cinta kepada seorang Sasterawan Rakyat ini? Setiap kali aku terserempak dengan beliau, pasti aku teringat akan nasihatnya yang dimuatkan dalam buku bertajuk Ilham Di Tepi Tasik, esei berjudul Sastera: Wajah Indah,Wajah Hodoh.

Masih segar akan nasihatnya yang berbunyi;

“Setiap karya sastera selalunya dan sepatutnya membimbing ke jalan yang baik, mempertingkatkan kebijaksanaan dan hemah manusia. Dari Hikayat Hang Tuah ke Naratif Ogonshoto unsur itu sentiasa ada. Yang tergelincir tentu saja wajar dinasihati, sementara yang salah dibetuli, semuanya masih secara seni. Walaupun benar dari satu sisi sastera memerlukan “kenyataan” realiti, tapi, ia masih memerlukan kebijaksanaan yang biasanya jarang datang mendadak daripada hanya kenyataan.”

Beliau menyambung lagi,

“Bumi Manusia oleh Pramoedya Ananta Toer dan Tulang-Tulang Berserakan oleh Usman Awang masing-masing sempat melestarikan kehidupan sebenar masyarakat zaman darurat Indonesia dan Malaya dengan pesanan kemanusiannya. Kedua-dua karya itu tidak merakamkan kenyataan semata. Kenyataan di sini adalah realiti yang sudah bertapis daripada kasar kepada halus, menyisipkan ajaran, saranan atau bimbingan secara lembut sehingga falsafah manisnya ialah: yang wajar dijeritkan; yang cemar, dibisikkan.”

Fikir-ku terus disapa oleh tulisan Usman Awang pula,

“Jika menegur, tegur beralas;
Jika memarah, marah yang lembut.”


Terasa di hati kecil-ku ini, teringin menghasilkan karya sastera. Mungkin ‘blog’ ini sebagai titik mulanya.

Bak kata Faisal Tehrani,

“Ini nyanyi rindu,
Kerja tuhan
Siapa tahu”

Tuesday, December 16, 2008

yo yoo yo!

(tiada kena-mengena dengan orang yang masih mati atau yang sudah meninggal dunia)

Gadis bertutup kepala tetapi terdedah dada bertanya balaknya, dengan memek muka paling manja yang mampu dihasilkan, cuba sekadar memulakan perbualan, “Eh u, demokrasi tu ape ek? I wonder la. Actually semalam i terbace blog si tuuuut, entah ape yang dye merepek pon i tak paham.”

Balaknya yang bertubuh kurus teramat tetapi masih berbaju ketat, sama seperti gadis itu dengan kadar yang penuh slamber menjawab dengan muka yang sinis,“U ni pun, ignore je la, dye tu bukan betul sangat, benda-benda ni sume tak masuk exam pun kan, buang mase je pk berat-berat, wasting ur time darling.”

Gadis sunti itu kemerahan malu, bukan sebab ditegur jangan memikirkan hal tersebut, sebaliknya kerana balak kesayangan memanggilnya ‘darling’, ahh romantis habis. Tergugat iman gadis sunti (?) tersebut lalu terus meng’cover’,“Erm betol jugak, tapi liberal tu ape plak? I confuse lah. By the way, u suro i tak yah pk nie sebab tak masuk exam or sebab u tak tau? hihihi,” sambil menutup mulut tanda sopan, orang timur lah katakan.

Teragak-agak, balaknya tak mahu kalah, cuba mencari idea luar dari tajuk, “2-2 la kot. U ni banyak bunyi la, jangan melawan, nanti masuk ISA, u nak? U tak rasa bertuah ke hidup kat negara kite ni, jadi anak tumpah darah daging Malaysia? Cukup la, u ni tak pandai bersyukur tau. Walaupun kolej kite kecik, tapi ok la, dapat 100 hengget sebulan lagi, cube u pergi Somalia, mana nak dapat, lanun je yang kaya kat sana.”

Gadis tersebut mula rasa kagum, balaknya tahu hal-hal semasa, termasuklah isu ISA dan isu lanun di Somalia yang sudah lapuk itu. Baginya, balaknya ialah balak yang terbaik dan terpintar pernah dia ada, up-to-date. Dengan rasa kagum yang bukan kepalang, gadis itu mengambil keputusan untuk memberi balaknya habuan, “Erm iyela-iyela, i tak tanye lagi. Eh u, ada cerita Anak Halal la, ish beznya, jom sayang pergi tengok, i belanje!”

Mereka dengan rasa gumbira meneruskan perjalanan, berpeluk tanda kasih dan sayang tak berbelah bahagi. Pergh!

sudah tiba masanya

“Perkembangan industri moden.......melenyapkan dasar atas mana kaum borjuis berproduksi dan mendapatkan hasil produksi. Oleh kerana itu apa yang terutama dihasilkan kaum borjuis ialah penggali-penggali lubang kuburnya sendiri. Jatuhnya kaum borjuis dan kemenangan kaum proletar, kedua-duanya tidak dapat dihindarkan”

Karl Marx, manifesto komunis

Monday, December 15, 2008

kampong ku malu lagi

“saya minta maaf, saya tau semuanya salah saya,” merah padam muka Ali Ketopi, malu agaknya.

Dengan tenang, coach yang pernah membawa kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan pasukan tersebut membalas, “tak pa, dua tahun lagi kita cuba lagi na,”

“tapi yang tadi tu, kesalahan paling bodoh yang pernah saya buat coach, arghhhh,” dia mula emosi!

“eh Ali, hang jangan lagu ni, aku tau hang bodoh, eh silap-silap, aku tau itu kesalahan bodoh. Barangkali paling bodoh dalam sejarah bola sepak kampong kita, tapi tak pa lah. Benda dah jadi, malu memang malu,”

“saya tau tu coach, patutnya saya lompat tinggi sikit tadi, tak da la bola tu masuk. kita kalah dengan kampong jiran lagi. Dah la taun-taun sebelum ni pun kita kalah. Saya penjaga gol terbaik kampong kita coach, malu saya, saya buat salah bodoh!”

“sapa kata hang penjaga gol terbaik? Tak pa lah. lepas ni pun, aku tak jadi coach team bola sepak kampong ni lagi. I dah give up,hmm” nada sangat meminta simpati, manalah tahu kampong lain ingin mengambilnya pula.

“maaf coach,”

“tak pa lah na,” sambil menepuk bahu bahagian tepi Ali Ketopi, marah agaknya.

Malaysia,2 – Vietnam,3

Sunday, December 14, 2008

aku belajar letak gambar dalam enteri


dua ini bergaduh lagi,seronok melihat gelagat mereka,macam budak-budak kecil walaupun muka dua-dua orang barat ini sudah mula berkedut ketika bergambar atau telah pun hancur di makan anak semut hitam dalam kubur sekarang.
mereka masih boleh berbangga,sebelum mati,mereka telah meninggalkan suatu fenomena jagat yakni yang di sebelah atas ini,Georg Wilhelm Friedrich Hegel mempelopori 'manusia matang' manakala yang disebelah bawah,Karl Marx mengepalai 'anti borjuis'.
tidakkah kita orang islam ingin menyelit antara kedua makhluk kanak-kanak kecil ini?kita jauh lebih banyak kelebihan wahai Melayu-Islam.
sahabat-sahabat-ku,tolong bantu sedarkan aku.
(susunan gambar agak berterabur,orang kampong la katakan,belum khatam teknologi barat)

hobi dan kegemaran ku

aku tertarik pada sistem ekonomi Marx (komunisme) yang sangat berbeza dari sistem ekonomi yang mengangkat golongan borjuis (kapatalisme).dua sistem ekonomi ini bertembung dan siapa yang akan menang pada akhir perlumbaan manusia kelak?

dengan munculnya masalah kredit yang mana ramai pakar ekonomi dan jurutera sosial mengatakan bahawa fenomena ini adalah katastrofi ekonomi yang sangat luar biasa,mampukah sistem kapatalis ini bertahan?lebih-lebih lagi Karl Marx telah meninggalkan wasiat terakhirnya untuk sejarah dalam bentuk ramalan iaitu;kejatuhan kapitalisme tak dapat dihindarkan dan merupakan suatu keharusan sejarah.

seperti semua sedia maklum sistem komunisme lebih menjurus kepada ideologi sosialisme yakni sangat mementingkan kemasyarakatan,sekali gus meletakkan harta sebagai hak bersama dan hanya akan diuruskan oleh suatu bangsa yang mempunyai kuasa kesahihan paling tinggi (rujuk ideologi fasisme).tetapi malangnya sistem ini menjurus pula kepada sebuah kerajaan totalitarianisme yang sangat zalim dari kaca mata dunia apabila berlakunya Revolusi Bolshevik 1917.selepas itu lahirlah pemerintah-pemerintah zalim seperti Lenin,Stalin,Hitler dan ramai lagi yang gemar akan penghapusan etnik (pembunuhan beramai-ramai).

sistem ekonomi ini juga bergerak dalam satu falsafah sama yang menolak agama sama sekali,yang menganggap agama sebagai sempadan kepada masyarakat,pencetus pergaduhan. soalannya di sini, bolehkah kita hanya menceduk keluar sistem ekonominya tanpa menceduk kepercayaan ketuhanan mereka sekali?

sayang sekali, Karl Marx dan rakan baiknya,Friedrick Engels telah berjaya mengapungkan sebuah hasil pemikiran yang mantap,tetapi mungkin kerana tahap ambisi yang sangat tinggi,ideologi ini mula menampakkan kelemahannya,serta telah bertemu dengan hantu kejatuhan mereka sendiri pada sekitar tahun 1989.

dan mulalah era ekonomi pasaran terbuka(liberal kapitalisme)menunjukkan kekuatan terpendam yang nampak indah,tetapi sangat menakutkan apabila konsep ini telah disalah tafsir (rujuk konsep getting or making money) lalu mengakibatkan sangat ramai orang kaya bertambah kaya,orang miskin bertambah miskin,tiada kesamarataan dalam pembahagian harta.Karl Marx dengan berani mempersoalkan di mana bebasnya sistem liberal kapitalisme jikalau modal menjadi tuan,manusia masih lagi terkongkong dan langsung tidak bebas (rujuk liberal demokrasi).tidakkah ini suatu fenomena yang sangat menarik?

ketika aku mula cuba memahami semua ini,aku sangat teruja,lalu mengambil keputusan untuk gemar membaca dan menjadi pelik (berbanding rakan-rakan sebaya).tetapi benda-benda politik dan sejarah ini sebenarnya sangat seronok,benar,tiada penipuan secara terbuka,selurunya benar-tersangat lah seronoknya.memang ramai yang tidak memahami apa yang aku tulis,tetapi percayalah,selain untuk difahami,tulisan aku ini juga harapnya menjadi pemangkin kepada rakan-rakanku untuk gemar membaca bahan bacaan yang terpilih,yang berfaedah.

mungkin tulisan kali ini gagal,tetapi tidak mengapa,aku akan cuba lagi,mencipta fenomena baru,remaja Melayu-Islam yang sedar.

Thursday, December 11, 2008

ideologi atau nilai

sumber rujukan : Kamus Dewan Edisi ketiga Cetakan Ketujuh, ketua editor ; Hajah Noresah bt. Baharom, B. Sc. (UM), M.A. (Birmingham)

maksud ideologi : faham (ajaran) yang dipakai atau yang dicita-citakan untuk dasar pemerintahan dan lain-lain. (ms 476)

maksud nilai : 1.taksiran harga 2.harga sesuatu dibandingkan dengan harga yang lain 3.kadar,nisbah 4.darjat,kualiti,mutu,taraf 5.sifat ketinggian (pemikiran, agama, kemasyarakatan, dan lain-lain) 6. (Indonesia) markah (ms 930)

berdasarkan maksud-maksud di atas serta taakulan sendiri yang tentunya lemah ;

1) ideologi bukanlah pemikiran tetapi lebih kepada kefahaman yang merupakan kumpulan pemikiran yang penuh dengan interpretasi manusiawi, yang diakui cukup lemah jika melibatkan kuasa metafizik yakni Allah S.W.T.

2) nilai itu ialah sifat ketinggian (maksud ke-5) yakni sifat yang baik yang sangat bernilai dalam individu,keluarga,masyarakat,negara serta agama. kejahatan,keburukan,khianat,dengki dan sebagainya bukanlah nilai tetapi lebih kepada perwatakan,perbuatan dan nafsu manusia itu sendiri.

mari belajar fahami soalan

contoh soalan 1 ;

diberi huruf A,B,C,D,E, dan F.
berdasarkan imput di atas, apakah huruf yang pertama?

jawapan : A

setuju?

contoh soalan 2 ;

diberi huruf Z,A,B,C,D, dan E.
berdasarkan imput di atas, apakah huruf yang pertama?

jawapan : Z (walaupun huruf A ialah huruf pertama dalam susunan huruf roman)

setuju?

contoh soalan 3 ;

Oleh itu, soalan kepada pembaca dalam kongkongan pendapat ini, adakah islam itu ideologi atau nilai?
(post revolusi atau evolusi? ; isi nilai atau ideologi)

jawapan : nilai

setuju?

Wednesday, December 10, 2008

Separuh dekad

Selepas usai kertas terakhir, aku tidak rasa sekelumit bebas. Tetapi kali itu, yang pasti ialah kelegaan memenuhi setiap bilik dalam jiwa sanubari ini. Aku tidak gentar lagi dengan Sijil Pelajaran Malaysia kerana sudah terang lagi bersuluh ia berlari meninggalkan aku sendiri. Hati bertambah girang apabila pengawas kurus ala mirip keturunan orang-orang bangla melepaskan ikatan yang sering mencekekku. Lega memang perkataan paling serasi dan pastinya ‘bebas’ bukan untuk aku.

Aku bersama mungkin 3 orang rakan, Zahin, Kamil serta Aqeel memasang nekad memanjat tangki air sekolah yang tidak ketahuan berapa ketinggiannya. Memanjatnya dengan rasa debar, takut dan juga terselit rasa riak yang kini aku mula mempersoalkan dari mana datang dan untuk apa rasa itu. Panjat, niat di hati memerhati kawasan sekolah serta tidak lupa untuk membuat rekod kerana di tanganku sudah tergenggam cecair pemadam pen-tulis apa-apa yang terlintas kemudiannya.

Terang jelas tenagaku membazir sahaja. Malah sakit di kepalaku makin bertambah akibat terhantuk dalam perjalanan, yang mana aku tidak langsung sempat terngadah. Semuanya bergerak dengan tangkas ketika itu, bukan masa pastinya tetapi gerak kaki. Pembaziran masa dan tenaga. Aku hanya dapat melihat sebahagian besar bumbung sekolah, paya buruk, padang korup, rumah-rumah pentadbir dan tidak tinggal, kawasan perumahan ku sendiri.
Dan oh terlupa,aku turut mendapat benggak di hadapan kepala yang agak tidak rata seluruhnya.

Selepas bersalaman dengan rakan-rakan yang terkadang sahaja lagaknya, aku meminta izin pulang dari warden yang juga terkadang sahaja baik lagaknya terhadapku. Tidak ku sangkal, perangai pelik serta tidak sehaluan dengan insan-insan di atas dan di bawah serta setara ini membuatkan aku dilayan segamaknya. Aku terima hakikat ini juga tidak selalu tetapi yang selalu di kepala ialah pohon pastinya tidak bergerak sendirinya, termasuklah jisim takternampakkan oleh mata logika insan lemah-panggilan si dia. Aku meninggalkan sekolah, rakan-rakan, kenangan serta sejarah emosi yang tidak punya ketetapan. Tinggalkan mereka, oh bebas, kini benar-benar aku berasa bebas, bebas dari lingkungan seksa separuh dekad.

malam mengingatkan

Kanvas minda

Kini dan mungkin selamanya insan terduduk di muka bumi ini akan jadi juaranya ialah siapa yang berjaya mengongkong majoriti pemikiran dalam kanvas mindanya. Mushkilnya timbul apabila minda mana yang akan terletaknya insan-insan yang terduduk di badan bumi suatu hari nanti, adakah sama dengan hari ini? Oh tidak, insan penaip ini tidak rela.

Selepas peristiwa September tipuan seluruhnya berlaku, majoriti pemikiran insan bumi berjaya diculik masuk ke kanvas yahudi. Mereka dengan mudahnya memenjara ide manusia dengan labelan dan serangan dari aneka sudut, bertujuan tidak lain untuk terus memerangkap pemikiran agar mudah dipelihara bagai anjing yang patuh.

Anjing-anjing ini hendaklah yang muda-muda, punyai gonggongan kuat, otat padat, akal pintar, segalanya pertama. Cuma pengalaman dan pengaruh mungkin kurang dalam diri, yang pasti menguntungkan ketua anjing yang tentunya sifat anjing itu ada. Setiap hari ketua anjing bertambah anjing, tetapi muda mudi tentunya tidak. Itu pasti.

Proses kepastian itu panjang, terpaksa dikunyah masa selumatnya agar tercipta suatu generasi yang mampu mengeluarkan diri dari tembok terbesar dunia.

Mungkin salah si penaip, bukan yahudi tetapi Zionis. Penaip muda mungkin berdarah muda sehingga gamaknya meniru aksi yang bobrok dengan labelan liar terhadap manusia berbeza.
Tetapi soalnya adakah labelan itu cukup liar?

Siapa yang berani mengaku benar-benar tahu kanvas ‘liar’?

bangun dari tidur,tulisan tangan

Siapa jahat di dunia ini?

Masih segar lagi, ombak itu yang menghentam ku. Aku pasti, ombak itu yang menghentamku. Tanpa belas, ombak- ya, ombak itu- membunuh, meragut jantungku. Dia, ombak ganas yang membunuh seluruh harapan, seluruh tempat bergantung. Pada hari bahagia, ombak meragut nyawa ma dan pa. Tanpa belas, tanpa belas kasihan sedikit pun. Kau, ombak, ombak jahat! Kau campak, hentam insan yang melahirkan ku, kau bunuh insan yang menimangku. Mereka lemas akibat lambungan keji kau, kau lambung sampai ke awan, kau hempas sampai ke dasar. Kau hempas mereka sampai pecah muka-muka yang membentuk muka ku. Kau buat semua itu di hadapan ku, mengapa? Kau, ombak, ombak kejam! Aku menangis di hadapan kau, sudah,jangan kau pijak mereka. Tetapi apa yang kau buat? Kuat aku menangis, kuat kau memijak. Ingat! Kau pijak ma, kau pijak pa. Kau yang pijak mereka berdua, kau yang pijak sekali kedua-duanya. Aku menangis, adakah kau menangis sekali? Aku derita, adakah kau menderitainya sekali? Aku keseorangan menangis. Tersedu di hadapan insan-insan yang pecah muka mereka, siapa yang lakukan? Siapa yang lakukan? Kau ombak! Ombak jahat!

Selesai kerja ku, menusuk dan terus menusuk lagi. Menusuk sampai ke tempat paling dalam. Kasihan anaknya, aku peduli apa! Anaknya bodoh, terlampau melampau. Bukan emak bapaknya yang aku humbankan, tetapi jantungnya yang aku ragut. Aku jaga mereka, tetapi aku remuk dia. Dia, anak yang menangis itu! Menangis macam orang gila! Aku tahu hari ini hari bahagia dia, hari penuh dengan harapan. Aku tahu dia sayang akan mereka, tetapi sayangkah mereka akan dia? Mungkin sebelum ini ya, tetapi selepas pelbagai sumpahan terhambur, menyalahkan ku, aku pasti mereka membenci dia, dia, anak yang asyik menangis ketika aku bunuh emak bapaknya di hadapannya sendiri! Puas hati aku. Aku tidak humban mereka denagn kasar, tetapi aku humban dia dengan hina! Dia,anak yang menangis tidak sedar tujuan ku. Dia akan dibenci, oleh emak bapaknya sendiri! Percayalah orang yang mempercayai.

Siapa jahat di dunia ini?

Bukan manusia atau manusia bukan?
Jawapan dalam soalan.

Ujian dalam derita.
Derita dalam kesenangan.
Kesenangan dalam ujian.
Deita dalam derita.

Jawapan dalam soalan.

Malam semalam,25/08/08